Borang Instrumen Pemeriksaan khas PBS Oleh JNJK

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Seminggu lepas, sekolah saya telah mengadakan mesyuarat khas berikutan makluman oleh pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) berkenaan Pemeriksaan Khas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ( JNJK). Demi mendengar makluman ini, sudah terbayang dalam minda saya akan kesibukan semua guru di sekolah rendah dan menengah bagi menyediakan persiapan yang diperlukan.

Blog Cik matahariku Instrumen PBS, borang instrumen oleh JNJK

Pemeriksaan khas PBS oleh JNJK ini dijangka akan dijalankan dalam beberapa fasa seperti berikut :
  • 7 September-12 September 2014
  • 28 September - 3 Oktober 2014
  • 12 Oktober - 17 Oktober 2014
Antara komponen terlibat dalam pemeriksaan khas ini terdiri daripada enam instrumen iaitu :
Banyak perkara sebenarnya yang perlu dibereskan oleh semua guru dan para pentadbir sekolah. Banyak jugak dokumen yang perlu dimuat turun.Ringkasnya, meskipun PBS sudah ditambah baik aspek pelaksanaannya tetapi ia bukanlah bermakna secara total tugas guru telah benar-benar semakin ringan dan mudah.

Semua guru boleh merujuk instrumen yang saya kongsikan di atas untuk memuat naik borang atau mendapatkan butiran lanjut mengenai aspek-aspek pemeriksaan PBS yang bakal dijalankan oleh JNJK.

Selain persiapan melengkapkan instrumen-instrumen yang diperlukan oleh JNJK, para guru khasnya guru sekolah rendah juga boleh mendapatkan beberapa dokumen penting berkaitan PBS dengan merujuk pautan berikut.Semoga membantu dan memberi manfaat kepada semua:)
Sumber :  Borang Instrumen Pemeriksaan khas PBS Oleh JNJK

Post a Comment

0 Comments