Bukan Masalah Soalan Bocor Tapi Dimana Letak Integriti ?

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Beberapa hari sebelum UPSR 2014 berlangsung, memang banyak soalan-soalan ramalan dan jangkaan yang bertebaran di laman-laman sosial yang saya sertai sama ada di Facebook, whatapps dan ( itu je pun yang saya ada..hehhe).Memandangkan saya tidak terlibat secara langsung dengan kelas peperiksaan ini, maka saya tidaklah ambil kisah sangat akan soalan ramalan yang dikongsikan ini.

Pengalaman Menjawab Soalan Bocor
Lagipun saya ada kenangan pahit sepanjang terjebak dengan peperiksaan awam dan kena pulak paper yang saya ambil tu dilaporkan bocor.Masa tu saya ambil paper Ilmu Pendidikan di maktab perguruan.Ia merupakan paper wajib lulus.Saya fikir, sesiapapun yang bersedia untuk hadapi exam dan menjawab dengan sepenuh hati, kemudian akhirnya di dapati soalan yang kita jawab tu telah "berjaya" dibocorkan, maka perasaan kecewa dan stress memang ada.

Mood mengulangkaji pelajaran buat kali kedua dan menjawab soalan memang dah tak sama.Dah cuba sedaya upaya untuk kembalikan motivasi, memang payah dan lambat (lembap).erkk.Tak teringin langsung untuk jawab sekali lagi paper yang sama.huh.Tapi tulah.Realitinya kena jawab buat kali kedua dan redhakan hati.

Saya fikir berlainan pula dengan mereka yang memang tidak bersedia dan memang harapkan soalan bocor untuk menjawab dengan mudah dalam peperiksaan.Tiada hal dan tiada masalah bagi mereka kalau semua paper ada soalan bocor!Geng yang ingin berjaya dengan cara "short cut" ni memang tak fikir orang lain melainkan fikir untuk kepentingan diri sendiri sahaja.


Tiada Jalan Pintas Untuk Berjaya
Sebagai seorang ibu dan guru, yang punya anak yang akan ambil peperiksaan, yang punya anak murid-murid yang telah saya ajar dengan bertungkus-lumus, saya memang tidak berminat dengan segala mak nenek soalan bocor ini.Mungkin ada nada eksyen disini, tapi saya memang tidak pernah percaya dengan falsafah "ada jalan pintas untuk berjaya" dan jika ada orang lain yang berjaya dengan cara pintas ini, saya percaya sepenuh hati kejayaan yang dinikmati langsung tidak mempunyai nilai dan kepuasan tersendiri.

Kalau pun ada yang berpendapat, menguji soalan ramalan atau soalan bocor sebagai strategi peperiksaan, saya akui ada kelebihan dan kepentingan disitu.Tetapi tetap tidak menunjukkan integriti sesiapa yang terlibat dengannya. Banyak cara lebih bijak dan teknik berkesan untuk memastikan anak-anak atau murid-murid kita berjaya dalam peperiksaan.

Bukan Masalah Soalan Bocor Tapi Dimana Letak Integriti ?
Ringkasnya, bukan masalah soalan bocor yang saya musykilkan, tetapi apa sudah jadi dengan integriti individu terlibat dalam "menjayakan" hasrat kementerian pendidikan kepada semua murid-murid yang menghadapi peperiksaan.Para bapak-bapak  dan ibu-ibu pengarah tertinggi yang terlibat, kena kemaskini status integriti anak-anak buah anda.

Mudahnya, integriti itu seperti : Jika kita tidak dapat melihat Tuhan, Ingatlah bahawa Tuhan Sentiasa memerhatikan pekerjaan kita".Dengan prinsip ini, dalam apa jua peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan, kita akan berusaha menunaikannya sebaik mungkin kerana kita tahu, pekerjaan kita tidak habis setakat itu, ada hak-hak insan lain yang perlu kita lunaskan!

Pandangan Peribadi
Ini pandangan peribadi saya dan saya mohon jika tidak sependapat dengan saya itu bukanlah satu kesalahan bagi kita.Kita bebas untuk bersetuju atau tidak dengan pandangan peribadi sesiapa pun.Maaf jika keterlaluan dalam tulisan ini.Yang salah kan tetap salah kerana yang benar kan selamanya benar...




Post a Comment

0 Comments