Contoh Borang Sasaran Kerja Tahunan ( SKT ) Yang Lengkap Tahun 2014

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Cuti sekolah bulan September kali ini bukan sahaja saya peruntukkan untuk kerja-kerja PBS di sekolah.Malah perlu juga menyiapkan Borang Sasaran kerja Tahunan (SKT) yang telah dibekalkan oleh pihak sekolah. Kali pertama isi borang SKT ni memang hancus jugaklah.Sebab masa tu tak tahu pula kena buat detail dan report balik apa yang kita dah buat sepanjang tahun perkhidmatan ( tahun semasa ).



Tahun kedua pula, bijak sikit masa tu, pinjam soft copy SKT kawan sebab nak tengok macam mana ghupenya buat SKT ni. Yelah, orang tua kata, kalau malu bertanya sesat jalan.hehhe.Tahun ini masuk tahun keempat, saya dah boleh buat sendiri SKT dan kali ini ingin kongsikan dengan rakan-rakan lain pula jika ada yang memerlukan panduan dan contoh SKT yang mantap.eceh.ceh..

SKT ni sebenarnya taklah susah mana nak report asalkan saja kita tahu tugas dan tangungjawab kita di sekolah.Yang paling penting kita buat sebaik mungkin segala tanggungjawab yang diarahkan.InsyaAllah.Lagi satu buat SKT ni kena faham dan ingat bahawa bukanlah kita beriya atau nak sangat dipilih untuk dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Asalkan kita buat tugas dan tanggungjawab kita dengan ikhlas dan sebaik mungkin maka kepuasan dan keberkatan kerja itulah yang penting.;)

okeh.cukup membebel.Cuba baca dulu panduan buat SKT yang JPA sediakan dekat pautan ini.Kalau dah faham,baru boleh tengok contoh SKT yang mantap yang saya kongsikan ini.
Contoh yang saya kongsikan ini sebenarnya boleh dirujuk daripada pautan tentang cara penyediaan SKT seperti yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Saya harap semua rakan yang sama-sama berkhidmat sebagai pegawai perkhidmatan Pendidikan ( cikgu / guru) bolehlah merujuk contoh yang saya kongsikan ini.

Borang SKT guru yang baik, borang SKT 2014



Rasanya tentang asbab penjawat awam diminta isi borang SKT ini ramai dah tahu dan ianya tak lain tak bukan untuk memudahkan penilaian prestasi dilakukan dengan lebih telus,adil dan lebih objektif.Apapun,jangan banyak songeh, buatlah apa yang disuruh.Dah namanya "Yang menurut perintah"kannn.. 

Kepada kalangan pembaca blog ini yang ingin dapatkan Contoh SKT Guru Besar, boleh rujuk pautan ini : Contoh Borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Guru Besar-

Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC )
Saya hanya mahu kongsikan, mungkin berkat doa pembaca sekalian, rezeki saya murah dalam kerjaya perguruan ini .Saya baru sahaja menerima APC dari Jabatan Pelajaran Negeri dalam tempoh empat tahun perkhidmatan.Boleh baca entri ini : Momen Berharga di APC 

Masih terlalu awal untuk dinilai dan diiktiraf, tapi saya menerimanya sebagai rezeki anak-anak dan juga Encik Suami yang banyak membantu dan sangat memahami kerja " suri rumah mereka" yang seorang ini..:) 

Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!