Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Resepi Biskut Semperit Dahlia Sukatan Cawan-Kali ini, tak dapat nafikan mood raya memang dah semakin menebal dalam diri masing-masing.Apatah lagi, kalau time masak kat dapur tu, dengar pulak lagu raya.Memandangkan hari ni saya berpeluang balik awal dari sekolah, saya siapkan hidangan berbuka puasa juga awal.Makanya adalah masa untuk bukak blog sambil tunggu waktu berbuka.ceh gitu..:)
kegebuan semperit air tangan Azlina Ina memang memikat sesiapa sahaja yang menjadi peminat tegar semperit dahlia yang cair dalam mulut ni:)
Sambil tu, teringat pulak nak kongsikan resepi biskut semperit Dahlia sukatan cawan.Sebelum ini, dalam entri beberapa tahun lepas, saya memang ada kongsikan resepi Biskut semperit rangup, ramai jugak yang berpuas hati dengan resepi tu dan berjaya membuatnya.
Mudahnya Berniaga Hanya Dari Rumah
Resepi semperit yang kedua pula saya kongsikan air tangan saudari Azlina Ina.Semperit Dahlia Azlina ini telah berjaya menjadi jualan tertinggi pada musim perayaan yang lalu.Seronok tengok orang berniaga yang bermula dari rumah macam Azlina Ina kann?
Jika anda juga seorang suri rumah yang mempunyai kepakaran membuat kek dan cookies, tapi tidaK tahu cara nak mulakan bisnes dari rumah, atau ingin belajar dan mendapatkan panduan mulakan bisnes dari rumah, saya ingin kongsikan panduan dalam bentuk e book ini.Sila klik jika mahu mendapatkan tips dan panduan bisnes dari rumah:)
Mudahnya Berniaga Hanya Dari Rumah
Resepi semperit yang kedua pula saya kongsikan air tangan saudari Azlina Ina.Semperit Dahlia Azlina ini telah berjaya menjadi jualan tertinggi pada musim perayaan yang lalu.Seronok tengok orang berniaga yang bermula dari rumah macam Azlina Ina kann?
Jika anda juga seorang suri rumah yang mempunyai kepakaran membuat kek dan cookies, tapi tidaK tahu cara nak mulakan bisnes dari rumah, atau ingin belajar dan mendapatkan panduan mulakan bisnes dari rumah, saya ingin kongsikan panduan dalam bentuk e book ini.Sila klik jika mahu mendapatkan tips dan panduan bisnes dari rumah:)
Jadi, kali ini saya kongsikan pula resepi biskut semperit susu dahlia sukatan cawan air tangan Azlina Ina yang sangat terkenal dalam grup Masak Apa Hari Ini (MAHN) di Facebook.Beliau memang mengambil tempahan buat biskut semperit susu dan dikhabarkan telah meraih pendapatan sehingga angka ribuan ringgit.
Bahan-Bahan Biskut Semperit Dahlia Sukatan Cawan Resepi Azlina Ina:
Sumber resepi : FB Azlina Ina
250 gram butter @ 1 ¼ cawan butter
½ cawan susu pekat @ gula ising
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning
2 biji kuning telur
2 cawan tepung kastard (untuk bagi creamy pada Semperit)
1 ½ cawan tepung jagung ( untuk bagi rasa cair dalam mulut)
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras (untuk bagi rangup dan tak mudah pecah bila sejuk)
Bahan-Bahan Biskut Semperit Dahlia Sukatan Cawan Resepi Azlina Ina:
Sumber resepi : FB Azlina Ina
250 gram butter @ 1 ¼ cawan butter
½ cawan susu pekat @ gula ising
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning
2 biji kuning telur
2 cawan tepung kastard (untuk bagi creamy pada Semperit)
1 ½ cawan tepung jagung ( untuk bagi rasa cair dalam mulut)
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras (untuk bagi rangup dan tak mudah pecah bila sejuk)
Gambar ehsan Google:)
Acuan semperit dahlia pecah 15.
Cara Membuat Biskut Semperit Susu Sedap Azlina Ina
- Campurkan butter, susu pekat, esen vanila dan pewarna kuning.
- Kacau hingga sebati menggunakan whisk atau senduk
- Kemudian masukkan kuning telur dan kacau lagi.
- Masukkan tepung beras, tepung kastard dan tepung jagung.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
- Jika masih melekat pada tangan, tambahkan tepung gandum secukupnya.
- Bila dah siap uli, boleh buat semperit. Masukkan sikit adunan kat hujung munchung semperit. Tekan sikit bagi rata keluar angin dulu.Then boleh buat adunan pecah 11 lenggok atau pecah 15 lenggok.
- Hias kan dengan ceri. Siap untuk dibakar.
- Panaskan oven 170 darjah selama 5 minit. Selepas 5 minit bakar semperit yang dah siap tadi 160 darjah selama 25 minit atau sehingga bila kita tolak dia mudah tertanggal.
- Satu adunan di atas untuk 35 biji semperti. Ikut korang pecah 11 atau pecah 15. Apa tu pecah? Itu ikut alunan daun dia.Pecah berapa.
Petua Supaya Bunga Biskut Semperit Tak Rebah
- Rehatkan dulu biskut yang sudah diterap dalam setengah jam sebelum masuk ke dalam oven atau
- Masukkan doh ke dalam peti ais dalam setengah jam sebelum di terap menggunakan acuan semperit.
- Hanya masukkan kuning telur sahaja dan jangan campurkan putih telur.
- Kalau mix atau putar doh jangan sampai overbeat.InsyaAllah berhasil dapat biskut semperit Dahlia yang cantik.
Jika anda penggemar biskut semperit klasik Gold (Panjang), korang boleh juga dapatkan resepi Azlina Ina disini : Cara Mudah Step By Step Biskut Semperit Klasik Gold (panjang) dengan sukatan cawan.
Biskut Semperit Klasik Gold (panjang) dengan sukatan cawan Resepi Azlina Ina
Terima kasih sudi baca entri ini dan selamat mencuba buat sendiri Biskut semperit Dahlia Dengan Sukatan cawan.
67 Comments
Tq saya dah tahu kenapa bunganya rebah...tq byk2.
ReplyDeletesama-sama sis, terima kasih singgah blog ni..:)
DeleteTerima kasih cikmatahariku..saya guna resipinya..saya try buat ikut resipi lain tapi tak jadi..sedih sangat..mungkin tak pandai..hihihi..pertama kali cuba mungkin..doakan saya berjaya kali ini. Tgk gambar memotivasikan saya utk cuba lagi..sangat cantik biskutnya.
ReplyDeleteTerima kasih cikmatahariku..saya guna resipinya..saya try buat ikut resipi lain tapi tak jadi..sedih sangat..mungkin tak pandai..hihihi..pertama kali cuba mungkin..doakan saya berjaya kali ini. Tgk gambar memotivasikan saya utk cuba lagi..sangat cantik biskutnya.
ReplyDeletealhamdulillah, semoga resepi ini berjaya dicuba ya!
DeleteTerima kasih atas perkongsian..
ReplyDeleteTerima kasih ats perkongsian cikmatahariku...
ReplyDeletesama-sama sis! semoga bermanfaat ya resepinya..:)
DeleteThank youuuu!! Sy dah try.. Org smua puji sgt sedap.. Tq sgt2!
ReplyDeleteThank youuuu!! Sy dah try.. Org smua puji sgt sedap.. Tq sgt2!
ReplyDeletealhamdulillah, happy saya dengar news ni.hebatnya awak sis!!
Deleteterima kasih resepi.boleh cuba..jemput singgah blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com
ReplyDeletemacam mana nak tau 1sb tu berapa banyak?
ReplyDeletesis boleh tengok di facebook azlina ina, di situ beliau ada tunjukkan cara membuatnya dengan gambar..:)
Delete1 sb tu maksudnya satu sudu besar. harap puan boleh anggarkan..
Deletesalam puan..nak tanya sukatan 1 cawan tu berapa gram yer?
ReplyDeletewkmslm sis, maaf saya tak guna sukatan gram, saya hanya biasa guna sukatan cawan.Tapi sis boleh refer kat internet resepi dengan gram ya..terima kasih:)
Deletesukatan gram ke cawan atau cawan ke gram berbeza mengikut jenis bahan sama ada bahan kering atau cecair.Puan boleh rujuk atau cari pertukaran unit tersebut di pelbagai laman masakan.Tq
Deletesalam cik matahariku....terima kasih atas perkongisian reseki semperit tu
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteMinta izin cuba resepi.
Wasalam sis, silakan mencuba ya:)
DeleteSalam sis. Untk 1 sukatan ni dpt berapa pcs ya??
ReplyDeletewslm sis, boleh dpt dlm 35 biji semperit dahlia☺️
DeleteShare ya
ReplyDeletesis tepung ubi tu tepung ubi kayu ke tepung ubi kentang
ReplyDeletesalam sis, tepung ubi kayu ya..
Deleteresepi diatas tidak menggunakan tepung ubi ya.
DeleteBoleh sya tanya . Kuning telo tu masuk time bila ?
ReplyDeleteboleh refer kat resepi di atas ya, masukkan telur kuning selepas butter, susu pekat dna esen vanilla dah sebati.
DeleteAssalam sis.. Minx maaf saya ingin bertnya... Untuk buat dahlia susu mmg tidak perlu menggunakan tepung ubi kayu ye?
ReplyDeleteresepi azlina ina ini memang tidak menggunakan tepung ubi sis
DeleteTelur brp biji ye?
ReplyDeleteresepi ini tidak menggunakan telur sis
DeleteMaaf, saya tersalah reply komen, resepi ini menggunakan dua biji telur kuning sahaja.
DeleteTak silap saya ada dua resepi sebelum ni. Semperit dgnbiasa semperit susu. Ni ada semprit susu je. Sis yg resepi sempert biasa mana 😠saya dh 2 tahun buat ikut resepi biasa. Mak suka. Ni kalau saya tukar resepi takut dia xsuka sbb dia xsuka rasa susu
ReplyDeleteSalam sis, ini resepi semperit klasik (biasa) yang tidak menggunakan susu.
DeleteButtercup – 375g (1 ½ blok )
Tepung gandum – 1 ½ cawan
Tepung kastard – 1cawan
Teung jagung – 2 ½ cawan
Kuning telur – 3 biji
Esen vanilla – 1 sudu kecil
Gula – 1 1/2 cawan
Dalam bahan x ada telur...to hairan dlm tips ada pula telur
ReplyDeleteMaaf puan, saya dah baiki dan edit resepi diatas.Harap membantu jika puan ingin cuba resepi semperit dahlia susu ni.Terima kasih:)
Deletetrima ksih resepi di atas..minta halalkan ye..
ReplyDeletesemoga puan sntiasa di murahkan rezeki..
sama-sama puan, terima kasih doanya:)
DeleteAssalam.. Puan sy nk tanya.. Kenapa bile nk buat acuan.. Sy ssh nk tekan ye.. Sy beli acuan tembaga semperit panjang & bunga dahlia.. Mula2 mudah di tekan.. Tp kemudian jd ssh.. Kenapa ya.. Adakah sy slh step.. Sy perasaan yg doh sy kelihatan berminyak sedikit.. Terima kasih puan
ReplyDeletewslm puan, kalau doh berminyak, boleh tambah tepung gandum sedikit demi sedikit, tapi biasanya doh semperit memang sedikit lembik.Boleh juga simpan doh dalam chiller dalam 15-20 minit supaya mudah dibentuk atau dimasukkan dalam acuan.Bila kita rehatkan sekejap doh dalam chiller, ia akan buat semeprit dahlia kita lebih cantik.Harap membantu ya:)
ReplyDeleteSusu mmg 1/2 cawan shaja ke?
ReplyDeleteya puan, ikut resepi.
DeleteSaya dah buat guna resepi sis tapi tak boleh nak tekan keluar dari mould doh tu. Bukan sebab doh keras tapi mould tu payah nak guna. Doh dah simpan dalam peti 4 hari taktau nak buat caner..haha
ReplyDeletepuan guna acuan plastik atau tembaga? Kalau yang tembaga memang kena tekan atau picit dengan jari, cuba dulu beberapa kali..syg pulak sebab doh dah buat kan, saya biasa guna acuan semperit yg plastik tu..
ReplyDeleteNak tanya.. Kenapa adunan nye jdi keras ya.. Ada tips takk?
ReplyDeleteJika adunan keras, boleh cuba tambah butter sedikit, dan uli doh sehingga lembut.
DeleteNak tanya, kalau tak letak telur takpe ke?
ReplyDeletebiasanya buat biskut atau cookies memang akan guna telur walau sebiji, iaitu yg bahagian kuning sahaja, tapi biskut tetap rangup walau takde telur.
DeleteAssalamualaikom kak... Kalau guna cawan saiz macam mna ya...
ReplyDeletewasalm, boleh guna cawan yang bertangkai tu, biasa buat hidang minum air panas, set tea..yg penting guna cawan yg sama utk semua sukatan.
DeleteKalau biskut semperit keras apa sebab dia eh?
ReplyDeleteMaaf lambat respon sis:) biskut semperit boleh jadi keras jika sukatan tepung lebih daripada sukatan butter atau margerine.Jika guna tepung jagung dalam adunan dia, pun kena hati-hati sebab tepung jagung juga boleh jadikan biskut keras jika tidak tepat sukatannya.
DeleteMohon share resepi.. Terima kasih
ReplyDeleteSalam puan sya nk tnye..sya dh ikut semua resepi kt atas tu..tpi knpe semprit sya jdi ssah tekan n berderai ea..dia xnk trbntuk..sya ikut sebiji resepi puan..sedih..sya dh buang..ðŸ˜
ReplyDeletekalau doh kita jadi berderai, boleh tambah tepung gandum dan butter sedikit demi sedikit.Maaf jika resepi yang saya kongsikan tidak menepati kehendak puan..
DeleteTq sis.. Dah cuba menjadi, sedap sgt.. 😋😊
ReplyDeletealhamdulillah, terima kasih:)
DeleteKak, tepung harus di ayak atau tidak perlu?
ReplyDeletesebaiknya diayak terlebih dahulu..
DeleteAsalamualaikkum sis,dah buat biskut ni.saya tak simpan peti sejuk .letak luar rehatkan 30 minit aje.mmg cantik dan sedap.sampai customer repeat order.katanya melting masa mkn.tq sis atas resepi yg di kongsikan.
ReplyDeletealhamdulillah, tahniah puan:) semoga murah rezeki puan berniaga kuih semperit dan mendapat banyak permintaan.aammin.
DeleteSalam kak.. Saya dh try buat ikut resepi ni alhamdulillah jadi sedap sgt.. Ada resepi untuk semperit susu pulak x akak? Terima kasih
ReplyDeletemohon izin guna resepi
ReplyDeletekalau pkai tpung ubi boleh?
ReplyDeleteSalam Puan. Sy nak klau x tlur ...blh Puan.
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!