Maafkan, Itu lebih Baik

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Bukan sebab apa-apa.Tapi itulah sebabnya.Memang susah kalau kita nak maafkan orang yang telah menyakiti hati kita.Itu bab orang yang sakitkan hati kita.Tapi kali ini, cuba ambil masa sekejap, untuk fahami perasaan orang yang lukakan hati kita.Hey!memang kurang masuk akal kan?


Biasanya kita hanya nampak orang yang melukakan atau menyakitkan hati itu sebagai pihak yang jahat dan tidak berperikemanusiaan.Jarang sekali kita mahu terima hakikat dan cuba pula fahami mengapa dan apakah puncanya sehingga pihak yang menyakitkan hati itu pula terpaksa buat begitu.

Memang susah nak faham kecuali kita sendiri berada di pihak yang "jahat" itu.Ah,lumrah dunia dan masa ini, Suka bertindak dan buat keputusan sendiri.Tambah-tambah kalau laman sosial menjadi ruang paling 'hebat" menghukum manusia.

Dengan berbekalkan gambar dan sebaris ayat.Pelbagai interpretasi kita luahkan.Entah kenal entah tidak.Entah ada kaitan dengan cerita entah tidak.Entah ada di tempat kejadian, entah tidak.Semuanya mahu jadi hakim dan juri yang bijak berhujah.Ada juga yang jadi 'tukang tambah nasi".hebat.memang hebat.

Cukuplah.Berhenti daripada cepat menghukum.Jangan mudah terima sesuatu berita atau khabar tanpa usul periksa.Kita tidak tahu, entah bila-bila nanti, kita juga buat hal yang sama.Entah-entah lebih buruk pula.Nauzubillah.

Sudahlah.Berhenti dengan sikap burukkan orang lain dan menghukum bagaikan kita sang pengadil yang maha bijaksana.Ingat satu hal ini: Kita juga manusia biasa, yang mungkin akan buat kesilapan serupa!

Post a Comment

0 Comments