Contest Bonus Akhir Tahun : Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Akhirnya siap jugak entri penyertaan saya dalam Contest Bonus Akhir Tahun :Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan. Tentu ramai yang sudah tahu akan contest ini dan sedang buat draf entri.Manalah tahu kan.Tarikh tutup hantar penyertaan pun lambat lagi.

pilih vitamin shaklee untuk kesihatan yang lebih bagus

Saya ada baca juga beberapa penyertaan rakan blogger lain sebelum hantar entri penyertaan saya.Seram jugak bila baca entri depa yang kebanyakannya nama besar dalam contest yang bermain dengan keywords Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan.Kira ini sama juga macam contest SEO.

Saya pula memang suka "menyibukkan diri" dengan contest yang macam ni, antara sebabnya ingin mencuba pengetahuan yang sedikit tentang ilmu SEO ni.Ini kira contest SEO ketiga yang saya sertai,Macam biasa, hantar entri kemain, menangnya tak jugak.hoho.

Saya memang galakkan kawan-kawan semua join contest ini sebab ia sangat bagus untuk traffic blog dalam jangka panjang, selain kita sendiri dapat pengalaman dan pengetahuan secara tidak langsung akan bagaimana penulisan yang mempunyai ciri-ciri SEO itu ditulis.

Jika berminat, dibawah ini saya kongsikan serba sedikit mengenai contest tersebut anjuran Blogger terkenal Akma Omar.

syarat-syarat pertandingan. Baca dengan teliti dan fahamkan.

1. Contest ini berlangsung selama 2 1/2 bulan bermula dari 15hb Oct – 31hb Dec 2014.

2. Tarikh AKHIR menghantar entri penyertaan pada 16hb November 2014 pada jam 11.56 malam (sebulan sebelum tarikh tutup contest).

3. Terdapat Dua (2) kategori dipertandingkan;

Kategori SEO
  • Kata kunci yang digunakan ialah “Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan”.
  • Kedudukan 10 terbaik kategori SEO menggunakan Google.com.my.
  • Keputusan diambil menggunakan Google Chrome Incognito. Seperti yang anda tahu keputusan disitu lebih tepat.
  • Anda juga boleh menghantar lebih dari satu peyertaan.
  • Hanya satu penyertaan sahaja akan dipilih sebagai pemenang walaupun anda menghantar lebih dari satu entri penyertaan. Pemilihan adalah dari SERPs yang paling terbaik.
  • Setakat ini, persaingan bagi kata kunci ini hampir tiada. Peluang terbaik bagi mereka yang membuat entri terawal.
  • Manfaatkan sumber informasi yang terlalu banyak mengenai Shaklee, anda boleh buatkan artikel menjadi lebih relevan.

Kategori BONUS
  • Untuk kategori BONUS anda perlu mendapatkan jumlah SHARE Facebook dan Google+ terbanyak. (Pengiraan: Facebook Share + GooglePlus Share = JUMLAH Share).
  • Mudah sahaja untuk mendapat Genuine Share, minta tolong sedara mara dan rakan-rakan anda yang mempunyai akaun Facebook dan akaun Google+.
  • Tiada masalah untuk anda SHARE berulang kali entri penyertaan anda di Facebook dan Google+ untuk menambahkan jumlah share.
  • Setiap blog harus mempunyai butang Share Facebook dan Google+ di setiap entri penyertaan untuk memudahkan proses kiraan juri.
  • Keputusan diambil dari share entri penyertaan bukan dari blog anda. Jangan letak button share blog yang sedia ada kerana tidak akan diambil kira.
  • Kesemua peserta harus menulis artikel menggunakan tajuk/keyword iaitu;Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
  • Jumlah perkataan yang ditulis hendaklah tidak kurang dari 300 patah perkataan
  • Artikel adalah bebas tetapi seharusnya berkenaan dengan Shaklee. Sumber informasi anda boleh rujuk dari kesemua pengedar Sah Shaklee dibawah.

Hadiah Kategori SEO
Tempat Pertama
1 x Wang tunai RM 600

Tempat Kedua
1 x Wang tunai RM 400

Tempat Ketiga
1 x Wang tunai RM 250

Tempat Ke Empat
1 x Wang tunai RM 200

Tempat Ke Lima
1 x Wang tunai RM 100

Tempat Ke Enam
1 x Wang tunai RM 100

Tempat Ke Tujuh
1 x Wang tunai RM 50

Tempat Ke Lapan
1 x Wang tunai RM 50

Tempat Ke Sembilan
1 x Wang tunai RM 50

Tempat Ke Sepuluh
1 x Wang tunai RM 50

Hadiah Kategori Bonus: RM600
6 x Pemenang – Wang Tunai RM100 Setiap Seorang!

Bagi Kategori Bonus, semua peserta layak untuk memenanginya jika mempunyai Jumlah Share (Facebook Share + GooglePlus Share). Enam peserta yang mempunyai jumlah share terbanyak akan mendapat Bonus RM100 seorang.

Sekalipun SEO anda kelaut, anda masih layak untuk mendapat hadiah Bonus bernilai RM100 ini. Tapi jika anda sudah menang kategori SEO di Tempat Pertama dan Jumlah Share anda paling terbanyak, anda juga tetap dapat hadiah Bonus bernilai RM100.

Oh ya, Facebook Share dan GooglePlus share yang Genuine sedikit sebanyak memberi kesan baik terhadap ranking entri anda di Search Engine.

Sekaligus ini adalah Win-Win Situation untuk anda.Anda dikehendaki menghantar penyertaan ke pautan ini : Submit Entri Penyertaan Contest Akhir Tahun : Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika suka:)

Post a Comment

0 Comments