Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Baru sekejap tadi buka Facebook ( yang semakin jarang dibuka dan diakses).Dapat satu mesej dari Blogger Izhar Sabtu atau dikenali dengan Blog popular beliau Aku Penghibur,tak pernah berhubung pun sebelum ini, tapi teringat yang saya ada beri link blog dekat Facebook KBBA untuk beri review percuma tentang satu program anjuran Astro Kasih.

Jadi, dalam kesempatan ini, saya mengajak pembaca semua untuk sama-sama meraikan Maal Hijrah 1436 bersama pihak Astro Kasih.Program yang diberi nama JELAJAH ASTRO KASIH merupakan sesi Ceramah & Zikir Perdana Maal Hijrah bertema ‘HIJRAH ROHANI’yang akan berlangsung pada 25 Oktober 2014 di Padang SMK Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu, Ledang, Johor.
Ceramah & Zikir Perdana ini juga akan di hadiri oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri.
Antara barisan selebriti yang turut serta adalah:
· Pencetus Ummah / Imam Muda / Ustaz
1. Ustaz Kazim Elias
2. Ustaz Haslin Baharim
3. Ustaz Amaluddin
4. Ustaz Zulkifli Hamat
5. IM Hizbur
6. PU Rahmat
7. PU Yeop
8. PU Fakhrul
9. PU Suffian
10. PU Hafiz
·
Beberapa artis tanahair juga turut memeriahkan program ini antaranya seperti :
1. Mawi
2. Fizo Omar
3. Iwan Syahman
4. Ayai Ilusi
5. Daqmie
6. Haziq AF
7. Silah KE3
Kepada readers yang ada dekat kawasan berhampiran, boleh ajak keluarga, saudara mara dan sahabat handai ke program Ceramah dan Zikir Perdana anjuran Astro Kasih ini ya..:)
Terima Kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika suka:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!