Peraturan Baharu Cermin Gelap Kereta di Malaysia

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Berita ni memang dah dekat sebulan keluar dekat akhbar cetak, digital mahupun media elektronik arus perdana.Cuma saya buat tak peduli sebab saya antara pengguna perkhidmatan teksi.Itu jelah kenderaan rasmi saya setakat ini.Bukan mengada-ngada tak mahu drive pergi ke tempat kerja,tapi dah Encik Suami sediakan driver, den pon ikut jelah.muehee.

panduan pasang cermin gelap kereta

Tadi sambil belek-belek akhbar digital, terbaca pulak tentang Infografik Peraturan Baharu Cermin Gelap Kereta di Malaysia.Eh,kalau ikut tarikh kuatkuasa cermin gelap yang dibenarkan adalah dalam beberapa minggu je lagi iaitu pada 1 November 2014.Yang jadi sensitif dengan berita ni sebab kete Encik Suamiku masih lagi menggunakan cermin gelap dengan had yang tidak dibenarkan.hoho.Siap sedialah wahai Encik Suamiku...

  • Peraturan baharu ini menyaksikan ketelusan cahaya yang dibenarkan untuk sisi penumpang belakang dan bahagian belakang diturunkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus.
  • Pemindaan peraturan itu adalah mengikut standard antarabangsa.
  • Peraturan baharu itu tertakluk kepada semua rakyat Malaysia dengan pengecualian diberikan kepada beberapa pihak atau disebabkan atas alasan kukuh.
Pengecualian Cermin Gelap diberikan kepada :
  • Yang di-Pertuan Agong, 
  • Perdana Menteri Malaysia
  • Timbalan Perdana Menteri
  • Ketua Menteri
  • Menteri Besar 
  • Ketua Hakim  
  • Menteri.
  • PDRM
  • Kastam DiRaja Malaysia

Denda Jika Menyalahi Peraturan Cermin Gelap
Pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan baharu itu boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Post a Comment

0 Comments