Baik Atau Buruk, Kawan Tetap Kawan

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dekat mana-mana pun kita kerja, kita akan jumpa ramai orang dan kawan.Suka atau tidak dengan kawan-kawan kita, kita memang kena suka dan terima seadanya sebab kita akan bekerjasama dengan mereka.Sebab apa? Sebab kita dan dia berada dalam satu pasukan atau organisasi yang sama.

Tak payah sombong sangat atau buruk sangka tak tentu hala.Saya mungkin dikenali sebagai seorang yang tak banyak cakap, tapi itu bukanlah maknanya saya ni pendiam.Kalau perlu, saya akan cakap dan luahkan juga.Saya pun manusia biasa.Ada emosi dan perasaan.


Jadi Kawan Sebenar Kawan
Entah.saya sendiri tak pasti ada ke cara terbaik untuk terima seadanya kawan kita walaupun kita tahu terang-terang dia suka mengumpat atau ajak kita buat benda tak betul? Adakah terima seadanya itu bermakna kalau ada kawan kita yang burukkan orang lain atau ajak kita buat benda tak betul, kita redha dan ikut je.Please, jangan jadi kawan yang sebegitu!

Anda dan kita jangan jadi kawan yang kalau dah sah-sah benda yang kawan kita buat itu salah, maka kita sokong dia dan galak lagi dia buat benda tu.Nauzubillah.

Akhir-akhir ini, saya perhatikan banyak sangat benda penting yang dipandang remeh.Kadang-kadang dan ada masa saya pun terikut sekali.Cuba kuatkan Iman, semoga Tuhan ampuni saya.

Hal paling ketara apabila teknologi masa kini menguasai diri dan kehidupan kita.Saya ada mendapat perkongsian mengenai berhati-hati dengan penggunaan whatapps atau Facebook, wechat ( saya tak pernah guna perkhidmatan ini) dan lain-lain laman interaksi yang mungkin wujud tapi saya tak tahu mengenainya!


Cerita Yang Baik dan Cakap Yang baik Sahaja
Ada sesetengah grup whatapps yang diwujudkan dengan tujuan murni untuk erat hubungan kekeluargaan dan silaturrahim, banyak juga yang asalnya diwujudkan untuk kebaikan tetapi dipertengahnnya berlaku macam-macam perkara yang tidak elok dan memburukkan keadaan.

Ingat, dalam hal ini jika kita menjadi pencetus kepada perbualan atau pendapat yang membawa kepada aib seseorang, mengumpat dan memburukkan  diri seseorang, maka kita juga menanggung "dosa" yang sama.

Tangan yang menaip akan jadi saksi di padang masyhar nanti.Nauzubillah.Lalu, bagaimana nasib ahli dalam kumpulan yang mendiamkan diri? Memang akan terjebak samalah jawabnya.Maka fikir-fikirkan...

Saya Bukan Ustazah
Saya bukan pemegang Ijazah dari Mesir atau mengambil usul Fiqh atau sebarang kelayakan yang membolehkan saya bercakap tentang hal ini, pendek kata saya memang bukan ustazah, tapi saya pernah belajar dengan ustaz dan ustazah yang mengajar hal ini.

Sebagai seorang Islam, asal sahaja perkara baik, hendaklah kita kongsikan dan sampaikan.Jadi, itulah pegangan saya.Saya harap nasihat dan teguran saya tentang hal ini tidak membuka aib sesiapa atau memburukkan sesiapa.

Kawan Tetap Kawan
Dalam hal ini, saya juga mungkin tersalah dan tersilap dimana-mana, saya cuma harap lontaran pendapat dan cara saya berfikir ini memberi manfaat dan kebaikan kepada pembaca blog saya,Insha Allah.

Ya, baik atau buruk kawan tetap kawan, maka saya kongsikan nasihat ini buat renungan kita bersama..


Post a Comment

0 Comments