Piala Malaysia 2014 : JDT Tetap Menang DiHatiKu

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
eceh.eceh.kemain lagi ayat sokong pasukan JDT ya.Jangan emosi kalau kenyataan yang saya kongsikan ini nampak sangat berat sebelah.Sebagai anak jati Johor yang lahir dan membesar di selatan tanahair, saya tiada sebab untuk sokong Pahang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia yang baru sahaja berakhir malam tadi.( Entri ini dipublish lewat dan sila baca dengan mood malam perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014:)


Dengan kemenangan melalui tendangan penalti, mana-mana penyokong bola sepak tempatan termasuklah penyokong JDT dan Pahang akur dengan keputusan yang berpihak kepada Pahang.

Menonton perlawanan akhir depan kaca televisyen, sudah tentu tidak semeriah menyaksikannya sendiri bersama ribuan rakan penyokong di stadium.Tapi saya dan Encik Suami tetap happy dan patriotik menonton sehingga ke minit terakhir iaitu apabila tendangan Mat Yo berjaya ditangkis oleh penjaga gol Pahang.Aduss..Tahniah buat pasukan Pahang dan semua penyokong setia Pahang:)

Sesudah JDT tewas dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, saya juga tiada sebab untuk berhenti menyokong pasukan ini. JDT Tetap Menang DiHatiku..:)


Post a Comment

0 Comments