Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sesi persekolahan tahun 2015 bakal bermula kurang 10 hari dari saya mencatat entri ini.Haih..awat cepat sangat cuti hujung tahun kali ini.Masih belum puas bercuti dan nak cuti lagii..hohoho.Minggu ini semua guru di sekolah saya sudah diminta hadir ke sekolah bagi sesi Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kemudian bersambung pula minggu seterusnya dengan pelbagai agenda mesyuarat.
Contoh RPT Subjek KSSR BM Tahun 1 ( yang ini belum lengkap kerana rakan guru perlu memasukkan atau menyesuaikannya dengan Takwim persekolahan 2015 sekolah masing-masing ). |
Tapi tak semua sekolah sama.Nampak gaya, sekolah saya paling awal bermula sesi persekolahan.Meskipun sesi persekolahan sebenar hanya bermula pada 5 Januari 2015, saya dah mula rasa bahang "kesibukan" menjelang tahun baru nanti.huhu.
Ok, kali ini saya ingin kongsikan kepada semua rakan guru yang masih mencari dan belum mendapatkan lagi Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi subjek KSSR Tahun 1 hingga 5 bagi sesi persekolahan 2015.
Sebenarnya, saya kongsikan pautan sahaja untuk anda ke laman web tersebut supaya anda boleh memilih subjek yang berkaitan yang akan diajar bagi sesi hadapan.
Sila klik gambar untuk mendapatkan RPT Subjek KSSR Tahun 2015 |
Sila Klik Pautan ini :
Rasanya semua guru maklum dan sudah biasa bahawasanya RPT ini masih belum lengkap kerana sebaik-baiknya rakan guru hendaklah memasukkan atau menyesuaikan RPT dengan Takwin Persekolahan sekolah masing-masing.
Hal ini bagi memudahkan semua guru merancang PdP dengan lebih baik, berkesan dan sistematik.Terutamanya apabila dengan adanya Dokumen Standard Kurikulum& Pentaksiran (DSKP) dan Panduan Perkembangan Pembelaajaran Murid (PPPM), maka semua guru juga harus membuat pentaksiran secara berkala.
Dengan adanya RPT yang lengkap, ia pastinya memudahkan tugas semua rakan guru.
Semoga perkongsian pautan Rancangan Pengajaran Tahunan ( RPT) Subjek KSSR Tahun 1 Hingga 5 2015 memberi manfaat kepada semua:)
Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika suka:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!