Cakap Yang Baik-Baik & Sangka Yang Baik-Baik

Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Siapalah yang dapat nafikan, lidah itu lebih tajam daripada hujung mata pedang!Antara kita semua dalam hidup ini juga tak lepas daripada rasa terguris dan tersinggung dengan kata-kata yang diucapkan oleh orang lain.Atau mungkin, kita sendiri yang bercakap sesedap rasa, tanpa peduli apakah kata-kata kita meninggalkan bekas luka kepada yang mendengarnya.


Saya baru sahaja membeli dua buah buku pembangunan diri.Salah satu buku yang saya miliki itu menulis begini :

" Sebenarnya dunia ini juga ibarat syurga. Apa yang kita ingini, boleh kita miliki dengan mudah tanpa perlu bekerja keras.Cumanya dengan satu syarat, jangan sesekali berbuat
 atau melakukan dosa.."

Tak perlu pergi jauh-jauh, lihat sahaja contoh pada diri kita.Bagaimana kehidupan kita, jika tak melakukan sebarang kesalahan atau dosa dalam satu hari? Mesti kita rasa tenang dan semua yang kita uruskan berjalan lancar.Pendek kata, kita happy, anak-anak semuanya ok, Suami atau isteri pun gembira dengan kita, kawan-kawan pun baik dengan kita dan banyak lagi.

Ini baru nikmat dunia.Allah janji pula, jika bersyukur dengan pemberianNya, DIA akan tambah lagi rezekiNya kepada kita.Kita semua yakin tentang ini.Sejauh dan sebanyak mana kita mampu dan mahu bersyukur? Itu sahaja bezanya.

Kenapa kita memilih untuk bercakap hal yang buruk-buruk dan tak elok sedangkan banyak lagi hal baik dan elok yang boleh kita luahkan?Bagaimana cara mengelak daripada terjebak untuk berkata yang buruk? Bagi saya, selalulah fikir dan ingat bahawa apa sahaja yang kita luah dan tuturkan merupakan doa, jika kita mengata keburukan orang lain, suatu hari atau pada suatu masa yang lain, tidak mustahil Allah letakkan kita dalam situasi orang yang kita burukkan, supaya kita juga merasa apa yang dialami orang tersebut.Mahu begitu?

Kita pun manusia biasa.Kalau bercakap, macamlah kita ni sempurna dan serba tahu dan tidak pernah buat silap.Itu fikiran kita tatkala kita bercakap buruk tentang orang lain kan?

Mulai permulaan tahun baru ini, saya kira waktu terbaik untuk kita muhasabah dan fikir semula.Kita tiada hak sedikitpun untuk memperkecil-kecilkan kebolehan dan kemampuan orang lain.Biarlah apa yang dia buat buruk sekalipun, kalau kita tak dapat nak tolong atau bimbing dia, cukuplah kita doakan dia supaya bertambah baik.

Bukan membesar-besarkan kesalahan teman tadi.Ajak semua orang supaya membenci atau tidak menyukai orang yang tidak kita sukai.

Paling kurang, letakkan diri kita jika berada dalam situasi begitu.Inilah cara paling asas untuk membina kefahaman dan bertoleransi dengan orang lain.Terima seadanya!Susah bukan?

Mengapa terjadi begitu? Sebab kita tak mahu sangka yang baik-baik! Malah kita lebih suka memilih untuk bercakap yang buruk-buruk pula.

Abaikan nasihat saya jika anda tidak pernah buat begitu, tetapi cuba fikirkan sedalamnya, jika anda masih tidak mampu Cakap Yang Baik-Baik & Sangka Yang Baik-Baik.


Post a Comment

0 Comments