Hari ke-20 di Tahun Baru

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pheww..magiknya rasa bila dapat duduk depan laptop kesayangan dan menaip untuk blog!Memang rasa 24 jam tu macam tak cukup je nak buat semua.Jadilah saya Blogger Part Time semula.huhu.Siapa kata jadi cikgu kerja senang dan cuti panjang.Err..mulalah nak mengungkit ni.hoho.Apapun, kena pandai urus masa. Tak gitu?


Saya mencabar diri saya sendiri, meskipun saya anak ramai, saya juga seorang housewife bekerjaya, tapi saya cuba sedaya upaya memastikan supaya kerja-kerja sekolah saya update, hal-ehwal rumahtangga settle dan anak-anak saya ke sekolah dengan persiapan rapi berbanding mereka yang bujang atau punya anak satu dua orang..ecehceh..amacam?Bagusnya kalau dapat istiqamah macam ni kann..:)

Begitulah harapan saya, yang kadang-kadang kesampaian, ada juga banyak masa tidak kesampaian.Tahun ini saya ingin lebih menjaga tertib ketika bekerja sama ada di sekolah atau di rumah.Bunyi macam best kan.

Tapi itulah.Kena usahakan sebab takut dah tak banyak masa untuk baiki mana yang kurang dan terkurang. Tanggungjawab kat dunia ni memang kalau tak jaga dengan betul, sia-sia je kan.Mesyuarat guru disekolah minggu lalu, sedikit sebanyak mencederakan perasaan saya dan saya jadikan ia suatu tagline dalam minda.Ia sangat berguna  time saya rasa upset dan penat dengan beban dan tugas harian.

Ia sebenarnya ungkapan Guru Besar saya dan selepas mendengarnya, banyak kali saya rewind dalam kepala otak saya..mak aihh..ganasnya bunyi cikgu..hohoho..

Katanya begini : Buat kerja Seperti Gaji yang Kita Dapat..

Memang takde makna apa-apa bagi sesiapa yang tidak mahu memikirkannya!Sampai jumpa lagi..:)






Post a Comment

0 Comments