Cara Semak Blog Adakah Mobile Friendly?

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dalam tempoh "bertapa" sebab tak sempat update blog, sempat juga saya baca mana-mana artikel daripada blog lain yang saya minati.Salah satu darinya berkaitan status Mobile Friendly yang telah dibuat dalam mana-mana blog atau website jika kita membuat carian maklumat di Google Search. Anda perasan bukan status seperti ini?

Cara Semak Blog Adakah Mobile Friendly? 
Jadi, kali ini saya kongsikan kepada anda semua cara mudah kita nak semak blog kita ni Mobile Friendly ke tidak.
Ini pula test yang saya dah buat kat blog sendiri.Memang owesomelah..hoho..


Ini gambar blog saya jika dibuka dalam semartphone:)
Kenapa Perlu buat blog Yang Mobile Friendly?
Kita semua tahu kan, pengguna dekat seluruh dunia ni termasuk kat Malaysia merupakan antara pengguna smartphone yang canggih manggih.Jadi, depa sekarang ni kalau shopping online pun guna tab atau smartphone.Itu belum lagi tambah jika depa dok cari maklumat penting atau info terbaharu melalui internet.

Maka nak dijadikan cerita, Google amat menggalakkan para pemilik website atau blogger yang tak berapa nak blogger ni (hehhe)  setting blog dengan mobile version supaya peminat atau followers blog korang yang puluhan ribu tu tak kecewa tiap kali nak baca update blog kita, terpaksa besarkan view atau lain-lainlah.

Karang tak pasal-pasal followers korang yang 2-3k tu lepak pulak kat blog den yang Mobile Friendly ni kann.hohoho.Walaupun tak berapa nak update tapi tetap ikut perkembangan semasa tau.uhuk..uhuk.

Cara Setting Blog dengan Mobile Version
Kalau ada yang tak tahu macam mana nak setting supaya blog kita boleh dibuka dengan jayanya dan mudahnya dalam mobile version, boleh pi menu template dekat dashboard. Macam gambar kat bawah ni :

  • Pilih menu template
  • klik ikon setting dekat mobile


Kemudian akan keluar dialog box macam ni :


  • Tak payah cakap banyak, pilih je YES, setel.hehhe.
  • Jangan lupa save ya, kang sia-sia pulak buat tuto ni.huhu.
Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika suka:)


Post a Comment

0 Comments