Saya Blogger Biasa-Biasa Saja

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Entahlah.Tak tahu kenapa rasa nak tulis tentang ni.Mungkin sejak semalam hingga hari ini telinga saya berdengung-dengang ( jangan tiru ayat merapu saya ni..hoho) bila ada rakan sekerja dok sebut nama Cik Matahariku dihadapan saya.
Hasil carian imej untuk gambar cik matahariku

Seboleh mungkin saya tidak mahu identiti saya sebagai Blogger dikenali oleh orang yang mengenali saya.haha.Boleh gitu?Saya akan rasa tidak bebas untuk menulis di blog saya sendiri kerana saya "tak selesa" andai tulisan saya dibaca oleh rakan-rakan yang mengenali saya di sekolah.Terutamanya sekolah saya berkhidmat sekarang.

Saya bukanlah cikgu popular disekolah sehingga sebut sahaja nama saya, semua murid berlumba-lumba nak tolong angkat barang atau buku yang saya bawak.huh..bajet artis angannya!Seperti Blogger juga, yang setakat biasa-biasa sahaja, saya hanya menjalankan tugas disekolah mengikut semampu dan sebaik yang boleh saya berikan.

Saya Blogger Biasa-Biasa Saja
Entahlah, saya pun tak ingat bagaimana "jawatan" saya sebagai Blogger tak semengah ni diketahui rakan setugas di sekolah.Ke saya sendiri yang announce dekat depa.Bunyinya macam pelik pulak kan.heheh.Apapun, sebenarnya berapa kerat je yang tahu, dan bila ditanya saya akan jadi malu-malu kucing.uiks.Saya memang low profile lah senang cakap.


Tatkala bersembang petang di kantin sekolah dengan seorang guru yang saya panggil akak, dia antara rakan terawal yang tahu saya mempunyai blog sendiri.Saya tak berani nak tanya sama ada dia ada baca blog saya ke tak, tapi yang saya ingat dia sepertinya melontarkan kagumnya akan bilangan followers saya yang semakin bertambah.( kalau saya tak terlebih perasanlah.hoho). Dia siap suggest saya buat novel dalam blog..pheww.saya pun tak percaya kalau saya boleh sampai tahap nak buat novel sebab benda tu hanya bermain dalam kepala otak saya sahaja dan tak pernah saya berani jadikan ia realiti.

Saya kongsikan kepada akak yang saya kagumi ini kerana walaupun dia suka cakap lepas di sekolah, tapi saya tahu dia mempunyai banyak pengalaman dan kemahiran yang sangat bagus dimanfaatkan untuk pelajar disekolah kami.Saya katakan, blog yang saya miliki ini ialah minat dan kesukaan saya ( tentang menulis).Saya akan kerjakan blog ini hanya selepas rutin saya sebagai ibu dan guru diselesaikan.

Blog Sumber Amal Jariah
Saya bersyukur kerana anak dan suami saya tahu minat saya ini dan banyak beri saya peluang untuk memperuntukkan sedikit masa dengan blog.Selebihnya, saya anggap blog ini juga sumber amal jariah saya jika saya tiada lagi di alam ini.Semoga Allah swt menerimanya sebagai amal bakti saya untuk bawa sesiapa sahaja yang membaca tulisan saya, kembali kepadaNya.

Meskipun hanya sepotong resepi atau secebis panduan, saya yakin jika dimanfaatkan ke jalan kebaikan, saya akan turut mendapat "bahagiannya" disitu.Insha Allah.

Kepada anda atau sesiapa yang mengenali atau tidak mengenali saya, saya hanya mengharap kehadiran blog dan blogger seperti saya ini dapat mewarnai hidup anda, paling penting memberikan manfaat, tak mengapalah jika ianya hanya sepotong ayat.Moganya dengan sepotong ayat itulah dapat saya pinjam buat meniti titian sirat nanti..wassalam.

Post a Comment

0 Comments