Terima Komisen Ke-4 Dari Affiliate Sweet Muslimah

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya pernah baca sebuah kisah seorang suri rumah yang membina kerjaya dirumah. Dia sanggup berhenti daripada kerjaya tetapnya ketika itu kerana yakin dengan masa depan bisnes part time yang diceburinya.Hal Yang menyebabkan saya teruja dengan pengalamnnya ialah apabila dia memberitahu, bahawa dia kini tidak perlu lagi menunggu hujung bulan untuk mendapat gaji, sebaliknya dengan bisnes part time yang diusahkannya, setiap hari adalah hari gaji!

SweetMuslimah.com

Setiap Hari Adalah Hari Gaji
Saya yang sejak terjebak dengan Affiliate Marketer ini sudah mula terbeliak biji mata bila dengar ayat yang diberitahunya itu.Biar betul ni! Setiap hari adalah Hari gaji?

Namun kerana keyakinan bahawa 9 daripada 10 sumber kekayaan itu ialah daripada perniagaan, maka saya cuba merancang sebaik yang mungkin dengan part time baru saya iaitu sebagai Affiliate Marketer.Bukan nak kaya sangat tapi ingin rasa dan buktikan bahawa setiap hari adalah hari gaji.hohoho.

Masuk tahun 2015, saya sudah berani menetapkan berapakah komisen bulanan yang ingin saya raih dalam bidang ini.Saya mensasarkan dengan jumlah paling minima dan paling mungkin saya boleh meraihnya iaitu lingkungan RM 100 sebulan.

Komisen Affiliate Semakin Melebihi Sasaran
Kini, menjelang Februari bulan kedua dalam kalendar Masihi, komisen yang saya sudah terima melebihi sasaran saya.Saya positif jumlah komisen ini akan bertambah lagi sebelum menjelang bulan ketiga nanti.Wahhh.sukarnya nak gambarkan perasaan seronok ini.Kepada anda yang mempunyai blog sendiri, ramai pula bilangan followers atau pembaca setia, mengapa tidak mencuba peluang ini?

Terima Komisen Ke-4 Dari Affiliate Sweet Muslimah
Saya masih baru sebagai Affiliate dalam Sweet Muslimah.Namun setakat ini, komisen 10 percent yang saya terima sangat memberangsangkan.Ada sahaja sale yang berjaya saya raih dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Saya kongsikan ini sebab mahu anda juga mencuba peluang yang sama.Saya masih mengekalkan kaedah menjual produk melalui review dalam artikel yang saya publish. Kalau ada kesempatan, saya akan buat dua hingga tiga entri yang berkaitan dengan produk tersebut.Paling saya jaga dalam tulisan artikel review saya ialah tidak memaksa pembaca saya membeli produk tersebut sebaliknya memberitahu mereka apakah kebaikan yang mereka dapat dengan memiliki produk tersebut.


Akhir kata, jika anda berminat mendaftar sebagai Affiliate Sweet Muslimah, anda boleh terus mendaftar di sini :

Sila Klik ikon Affiliate Sweet Muslimah untuk mendaftar sebagai Affiliate
Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan kepada lebih ramai rakan jika bermanfaat kepada mereka:)

Post a Comment

0 Comments