Cerita Tentang UV dan CPUV Blog Sendiri

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bulan Februari sudah pun meninggalkan kita.Sekejap betul masa berlalu.Tahu-tahu nanti masuk pula bulan April dan seterusnya.Dalam dua bulan pertama tahun 2015, banyak juga kejayaan peribadi dan senarai impian saya yang sudah terkabul.Al Hamdulillah.Rasa macam mimpi.Tapi bila fikir semula, ia kini bukan lagi mimpi.Menarik bukan? Jika perkara dalam mimpi kita jadi realiti?..pheww.

Ingat lagi, tatkala saya mula belajar menulis impian sendiri,saya bayangkan dalam minda saya yang saya akan buat perkara tersebut atau akan dapat perkara tersebut.Selepas itu, satu demi satu, impian saya menjadi kenyataan.Betullah kata banyak pakar motivator, bila kita imagine apa yang kita ingin capai, ia akan jadi lebih mudah diperolehi daripada kita hanya mengharapkan ia terjadi.

Cerita Tentang UV dan CPUV Blog Sendiri
Ini antara cerita saya tentang impian yang tercapai untuk tahun 2015.Nampak cantik graf Unique Visitor (UV) di blog saya pada Penghujung Februari lalu.Rasa macam "best dan bagus" je blog kecik ni.hoho.bajet perasanlah ni.



Sama jugak dengan lambakan CPUV untuk bulan Februari dari Cik Nuffnang yang singgah ke blog saya. Alhamdulillah.Inilah rezeki berblog yang tidak pernah putus setakat ini.Sebenarnya saya belum pernah sekali pun cashout earning saya dalam Nuffnang ni.Bukan sebab tak capai jumlah minima untuk cashout, malah denga angka yang tertera, saya sudah boleh lebih 10 kali cashout earnings ni. Cuma mungkin kalau blogger lain dah ribu raban earnings depa kan.:)

Tapi tulah.Rasa sayang dan ingin lihat hasil blog bertambah lebih banyak.Yelah kan, itulah hasil usaha gigih diri sendiri membangunkan blog sejak Julai 2011.Err..lama jugak usia blog ini di persada dunia Blog Malaysia kan..:)


Err..cuma belum berani nak masuk carta Malaysia Best Blog 2015 yang tengah hot diperkatakan sekarang.Kalau ingin tahu, blog manakah yang terpilih dalam Malaysia Best Blog 2015, cuba belek-belek entri meletup tu dekat sini : Malaysia Best Blog 2015.

Saya kongsikan hal ni pun bukan sebab nak heboh sangat pasal UV dan CPUV dalam blog sendiri, yang sebetulnya den saja nak bagi blog berupdate gitu.heheh.

Harap-harap benda baik dan hal gembira ini berterusan sepanjang tahun 2015 dan masa-masa seterusnya.Yeahh..Fikir yang baik-baik, buat yang baik-baik dan Insya Allah dapat yang baik-baik..:) 



Post a Comment

0 Comments