Homestay Murah Di Dungun, Terengganu

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Cakap pasal Homestay murah ni memang semua orang suka dan sibuk nak tahu kan.ahaha.Saya pula dengan pengalaman pernah menginap homestay murah, setakat ini memang tidak pernah mengecewakan hati dan sanubari.Ceh gitu.


Senang cakap, memang berbaloi kita pilih Homestay yang tawarkan harga berpatutan dan pada masa sama kemudahan pula terbaik misalnya seperti Homestay Murah Di Dungun yang nak saya kongsikan dengan anda sekejap lagi.Banyak sebab kenapa kita pilih homestay yang tawarkan harga berpatutan.

Biasanya kita cari Homestay ni bukan nak duduk lama kan, paling lama kalau ko sanggup pun mungkin 3-4 malam kan.Mungkin sebab out-station, bercuti, pi kenduri kahwin saudara mara, hantar rombongan pengantin, hantar anak atau ahli keluarga pi sambung belajar atau buat research kat sesuatu lokasi.Atau kalau ada pun..err..anda plan nak pi honeymoon bajet kat Terengganu kan.hoho.

Homestay ni sebenarnya milik seorang kenalan di Facebook. paling best pengurus Homestay Solehah ni siap ada website sendiri dan memang mudahkan para pencari homestay untuk buat survey dan boleh terus tempah online.Ini kira Level homestay dengan servis lima bintanglah senang cakap.Cuba pi lawat Website Homestay Solehah Murah di Dungun dan anda akan tahu sendiri bahawasanya homestay ini memang menawarkan harga menginap yang patut dan mampu duduk.Ceh gitu.

Lokasi Strategik Homestay Solehah Di Dungun, Terengganu
Cakap pasal negeri Terengganu, memang tak dapat nak nafikan memang banyak destinasi menarik untuk kita lawati.Begitu juga dengan lokasi Homestay Solehah ini yang terletak begitu hampir dengan pusat bandar dan pantai memudahkan penghuni menuju ke destinasi-destinasi menarik di Dungun, Terengganu.

Paling best apabila kita menginap di Homestay Solehah, kita bukan sahaja mendapat pakej penginapan menarik,malahan kedudukan homestay ini juga menghadap pantai dan pastinya satu bonus kepada anda yang sukakan keindahan pantai dan udara segar.Setakat nak bawak family mandi pantai memang takde masalah punyalah. Save bajet lagi beb!

Bagi pelancong-pelancong yang tidak pernah sampai ke Dungun, Homestay Solehah ini hanya 3km daripada Uitm Dungun  iaitu sekitar 7 minit perjalanan dengan kereta.

Pakej Penginapan dan Kemudahan
Memandangkan permintaan tinggi terutama ketika musim cuti sekolah atau cuti perayaan, Homestay Solehah menawarkan 3 pakej penginapan yang "mampu stay" bagi membolehkan anda membuat pilihan dengan mengikut bajet anda sendiri.

Homestay murah kat Dungun yang ingin saya kongsikan dengan anda ini menawarkan pelbagai pilihan ikut bajet, jadi takde masalah kalau anda merancang percutian atau perjalanan ke Dungun dalam masa terdekat ini.Kalau nak lagi best, buat tempahan awal, ye tak?

Unit Homestay Jimat di Solehah Homestay




10258576_289856047850323_3009410092426267658_n[1]   10274189_289856131183648_2799917651825070022_n[1]
10006989_289856091183652_5858680545634400143_n[1]
  • Homestay Solehah Beach View  adalah unit homestay jimat dengan 3 bilik dan 2 bilik air.
  • Bilik tidur utama ( katil queen lengkap bercadar, penghawa dingin, almari pakaian,  kipas dan lampu )
  • Bilik tidur kedua ( katil queen lengkap bercadar kipas dan lampu )  dan satu unit katil bujang 2 tingkat
  • Bilik tidur ketiga  ( katil queen lengkap bercadar kipas dan lampu )
  • Ruang makan ( meja dan kerusi makan )
  • 2 buah bilik air
  • Dapur dan Kelengkapan memasak.
  • Unit yang paling berdekatan dengan pantai,dengan jarak hanya kira kira 20 meter memberikan anda hembusan bayu laut Pantai Sura Dungun yang segar dan bersih.
  • Harga adalah serendah RM 120 Sahaja/1 malam penginapan.
  • Jika penginapan melebihi malam, maka harga boleh dirunding sehingga jadi.
Unit Homestay Bajet Untuk Family Besar (Solehah II)


SOLEHAH 2 IN VIEW
  • Dikenali dengan nama Homestay Solehah II merupak sebuah unit rumah Semi D 4 bilik dengan 2 bilik air.
  • Bilik tidur utama ( katil queen lengkap bercadar, penghawa dingin, almari pakaian serta meja solek kipas dan lampu )
  • Bilik tidur kedua ( katil queen lengkap bercadar kipas dan lampu )
  • Bilik tidur ketiga dan keempat ( katil queen lengkap bercadar kipas dan lampu )
  • Ruang makan ( meja dan kerusi makan )
  • 2 buah bilik air
  • Dapur dan Kelengkapan memasak.
  • Berhampiran dengan Politeknik Sultan Zainal Abidin, SM Sains Dungun dan juga UITM Dungun, Terengganu Darul Iman
  • Harga adalah serendah RM 180 Sahaja/1 malam penginapan.
  • Jika penginapan melebihi malam, maka harga boleh dirunding sehingga jadi.
Unit Homestay Bajet Untuk Family Besar (Solehah III)


SOLEHAH 3 IN


  • Dikenali dengan nama Homestay Solehah III merupakan sebuah unit rumah Semi D 4 bilik dengan     2 bilik air.
  • Bilik tidur utama ( katil queen lengkap bercadar, penghawa dingin, almari pakaian, serta meja solek     kipas dan lampu).
  • Bilik tidur kedua ( katil queen lengkap bercadar kipas dan lampu )
  • Bilik tidur ketiga dan keempat ( katil queen lengkap bercadar kipas dan lampu )
  • Ruang makan ( meja dan kerusi makan) 
  • 2 buah bilik air
  • Dapur dan Kelengkapan memasak
  • Harga adalah serendah RM 180 Sahaja/1 malam penginapa
  • Jika penginapan melebihi malam, maka harga boleh dirunding sehingga jadi.


  • Tempahan Penginapan di Homestay Solehah
    Sekiranya anda merancang percutian ke Terengganu atau ke destinasi berhampiran sama ada di Kuala Terengganu, Dungun atau ingin ke Pulau Tenggol ( pulau yang sangat disukai oleh para penyelam skuba) maka homestay Solehah adalah pilihan terbaik yang sukar untuk dilepaskan.

    Pulau Tenggol Di Dungun Yang menawan Kalbu
    Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh terus sahaja hubungi :
    Memang susah hati kalau part buat tempahan homestay ni, tup-tup tempat penginapan penuh pada tarikh yang kita inginkan.Tapi dengan pelbagai pilihan mengikut bajet yang ditawarkan oleh Homestay Solehah, anda tidak akan kecewa kerana semuanya ada!

    Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan kepada lebih ramai rakan anda jika dapat memberi manfaat kepada mereka..:)

    Post a Comment

    1 Comments

    Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!