Membuat Orang Lain Gembira, Lebih Mengembirakan Diri Sendiri

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Memang belum ada idea khusus nak cakap apa dalam blog kali ini, tapi teringat peristiwa semalam ketika menyibuk makan dalam jamuan kecil-kecilan anjuran kawan dalam Bilik Guru.Memandangkan saya tidak duduk sekali dengan kawan-kawan dalam Bilik Guru, maka masa saya untuk selalu dengan kawan-kawan lain memang terhad.

Tambahan lagi, saya bukan suka sangat berpoya-poya dekat meja kawan time waktu kerja.Huh..bajet macam cikgu bagus kan.hoohoho.Jadi, bila depa buat pot luck, saya hanya menyibuk tolong makan apa yang depa sediakan.Kalau ikutkan, memang segan sebab tak bawak apa-apa, tapi sibuk nak makan yang orang bawak, tapi tulah.Kawan-kawan saya kat sekolah tu memang the best dan ramah-tamah belaka.
Image result for gambar kawan happy

Ya, saya gembira sebab depa ni semua memang baik hati dan tak kisah je.Saya pun makanlah dengan perasaan tanpa segan silu.mueehee.Tapi saya yakin, jauh dalam sudut hati mereka yang kongsi makanan dan sediakan makanan untuk kawan-kawan makan ni lagi gembira kan.

Bukan selalu kita dapat jamu kawan-kawan makan.Bila sesekali ada peluang dan kesempatan, saya sangat menghargai kesanggupan mereka bawak dan kongsi makanan yang dimasak sendiri tanpa sebarang halangan.Den kalau boleh, nak jugok bawak apa-apa yang boleh dikongsi makan, tapi tak sempat nak sediakan apa-apa.huhu.Insya Allah, lain kali gengs!
Hakikatnya, kecil atau besar yang kita buat untuk kawan-kawan kita, atau sesiapa sahaja yang kita kenal, sudah tentu akan mengembirakan mereka, tetapi lebih dari itu, ia sebenarnya lebih membahagiakan kita sendiri..:)
Sampai jumpa lagi, terima kasih sudi baca:)-

Post a Comment

0 Comments