Musibah dan Nikmat : Dua-Dua Pun Bagus

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Memanglah saya dah redha dan terima apa yang terjadi sebagai Ujian dariNya.Baik dipihak suami atau anak-anak, kami tidak lagi membicarakan tentang hal tersebut.Saya yakin, jika DIA mengambil sesuatu dari kita, DIA akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, pastinya!

Hasil carian imej untuk gambar matahari pagi terbit

Cuma, dalam kesempatan ini saya ingin kongsikan dengan anda bahawasanya Jika Tuhan Menguji kita dengan kesusahan atau perkara yang tidak diingini, tidak ada hal lain yang ingin DIA berikan kepada kita melainkan DIA ingin anugerahkan kita sesuatu yang lebih baik.

Positiflah Terhadap kehidupan
Banyak perkara dalam hidup ini, yang saya lalui, bila kita positif dan mengharap kebaikan pada setiap penghujung usaha dan harapan yang kita inginkan, maka itulah yang kita perolehi.

Hasil carian imej untuk gambar matahari pagi terbit
Buka mata dan hati seluasnya, supaya dapat melihat kebaikan
dalam keburukan yang terjadi..
Saya pernah jumpa seorang makcik ( yang saya panggil wak ) walaupun dia sebenarnya seorang bidan perempuan, yang sepanjang saya mengenalinya kerana mengurut saya selepas bersalin anak ketiga hingga kelima, tiada ucapan lain yang diungkapkannya tiap kali bercerita hal baik atau buruk, melainkan : syukur alhamdulillah!

Berkenalan dengan Wak ini, meskipun dalam tempoh 3 tahun sekali iaitu setiap kali melahirkan anak-anak saya, dia tetap istiqamah dengan ucapan Syukur Al hamdulillah.Apabila saya bertanya kepadanya, apakah yang diharapkannya apabila berlaku musibah diucapkan juga alhamdulilah, telus dia menjawab pertanyaan saya begini :
Cikgu, yang namanya baik dan buruk tu kan dari Allah.Dengan izin Allah.Kita ni kan hambaNya.Kalau Dia tengok dengan kebaikan dapat membawa kita mengingatiNya, maka diberinya kita banyak kebaikan.Mungkin, ada masanya dengan beri musibah atau kesusahan akan buat kita ingat DIA semula, maka dia datangkan Ujian kesusahan kepada kita.Jadi, bukankah itu semua untuk kebaikan kita akhirnya? Sebab itulah, sebagai hambaNya, Alhamdulillah tu paling layak bagi kita.Lagipun kita tidak tahu, manakah yang bagus untuk kita? Datang Yang baik atau Datang Yang buruk?
Begitulah.Begitulah dia mengajar saya tentang positif terhadap kehidupan dan apa yang mendatang dalam kehidupan.Sehinggakan diajarinya saya juga satu ucapan penuh hikmah tiap kali berlaku perkara sulit atau yang tidak kita ingini dalam hidup kita sehari-hari dengan ucapan santun seorang hamba.Begini ucapannya :
Ya Allah, Berikan Padaku sesuatu yang lebih baik ( daripada kesusahan/ kesulitan) ini.Aamiin. 
Ya, dalam perjalanan hidup kita, pasti Allah akan temukan kita dengan seseorang.Seseorang yang sepertinya mengajar kita bahawa Allah itu sangat kasih akan hambaNya dan tidak memberi melainkan yang terbaik sahaja kepada kita.

Anda sudah bertemu dengan seseorang itu?Jika anda mengingini bertemu dengan si Hamba Allah yang begitu, dia sendiri akan datang kepada anda, dengan izinNya...:)

Semoga kita sentiasa dalam payung rahmatNya..aamiin. 

Post a Comment

0 Comments