5 Cara Mudah Menghias Rumah Dengan Bajet Rendah ( Siri 1 )

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa perasaan anda bila diberitahu rakan-rakan anda ingin datang menziarah?Hey, kalau rumah kita taraf banglo tiga tingkat, kalau rumah bersepah ke, perabot old fashhioned ka..err..banglo tiga tingkat dengan perabot old fashioned?bolehlah kita cover mana yang patut kan.ahaha.Tapi ni rumah biasa-biasa jek.Setakat apartment atau kondomaniam.Tentu anda dapat bayangkan ruang yang tak berapa semengah ni kan.hoho.

Saya sendiri buat masa ini yang mampunya ialah Kondomaniam tulah.Sangat bersyukur sebab sekurang-kurangnya dok rumah sendiri.Cumanya, dulu sebelum masuk dan duduk rumah ni, macam-macam majalah dekorasi saya beli.Kononnya nak bajet rumah cantik dan ala-ala selebriti gitu.Pheww..angan-angan tinggi tapi fulusnya tak berapa nak tinggi.muehee.

Hasil carian imej untuk tips hias rumah dengan bajet rendah

Rupanya ada teknik dan tips tertentu yang boleh kita praktikkan untuk deko rumah kita walaupun dengan bajet yang rendah.Malah kalau kita terlebih genius dalam berbelanja untuk beli barangan perabot, kita boleh dapat lebih dengan kos yang rendah.Hebat bukan?

Apalah agaknya Tips Mudah Menghias Rumah Dengan Bajet Rendah kan? 

Sebenarnya saya ada baca dalam satu laman blog milik seorang pereka hiasan dalaman dan beliau bagi tips percuma untuk hias rumah dengan bajet rendah ni, jadi kali ni saya nak kongsikan dengan anda pula.Haa, siapa yang suka deko tapi bajet tak berapa nak ada, jangan risau saya akan kongsikan tips berguna ini untuk anda:)

Hasil carian imej untuk tips hias rumah dengan bajet rendah
Cara Mudah Menghias Rumah Dengan Bajet Rendah

1. Cari Idea dari Sumber "Percuma" 

  • Mulakan membuat rujukan tentang idea dekorasi mengikut kesesuaian minat dan citarasa kita seisi keluarga. Dengan cara ini , kita telah dapat membuat penjimatan terhadap kos melantik perunding hiasan dalaman professional. 
  • Kita boleh dapat khidmat nasihat percuma dari Encik Google, Majalah hiasan dalaman, dan lagi satu (yang paling saya suka) adalah dengan cara berjalan-jalan serap idea ke rumah-rumah contoh yang disediakan oleh pemaju perumahan.

2. Tetapkan Budget mengikut kemampuan 

  • Setelah pilih konsep dan tema hiasan dalaman bagi kediaman, kita perlu berpijak di bumi nyata pula. Tetapkan budget mengikut kemampuan. Setiap ruang kita berikan anggaran kos yang akan dibelanjakan. Misalnya ruang tamu maksimum RM5 ribu sahaja, ruang makan RM4 ribu, Bilik Utama RM3 ribu dan seterusnya bilik-bilik yang lain.
  • Oleh itu kita tidak perlu buang masa bila terpegang perabot yang harga yang tertera melebihi budget yang ditetapkan. Teruskan mencari dan mencari, walau perlu keluar masuk beberapa kedai. Yang penting kita dapat perabot yang bertemakan tema yang kita pilih dengan harga yang telah ditetapkan limitnya.
  • Sebenarnya kita boleh beli perabot utama yang memainkan peranan dalam ruang tersebut dengan harga yang mahal sedikit, tetapi lain-lain aksesori tambahan di beli di kedai "second hand" atau di jualan murah sahaja. Ini dapat menjimatkan kos dan dalam masa yang sama, pencarian barang sebegini lebih menjanjikan hasil yang lebih kreatif dan unik!

3. Lagak sebagai Tetamu

  • Pilih konsep sudah, Budget pun sudah, sekarang kita mulakan menghias. Semasa menghias, lagaklah seperti tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Berdiri di depan muka pintu rumah dan melangkah masuk. Apa yang perlu ada dari pintu masuk hingga ke ruang-ruang lain? Perlukah ruang masuk disekat dan membentuk "Foyer" terlebih dahulu? Atau tetamu boleh terus masuk dan duduk di sofa? atau perlu ada kerusi tetamu di bahagian lain yang berasingan dengan kerusi penghuni lain untuk berehat dan menonton TV?
  • Ini semua tuan rumah yang tetapkan. Tuan rumah menetapkan ke mana arah tetamu perlu pergi dan apa aktiviti tetamu di rumah mereka. Sambil-sambil itu renung setiap ruang dan buatkan kotak kecil dengan jari dihadapan mata, seolah-olah sedang ambil gambar dari lensa kamera? Adakah imej yang dihasilkan kelihatan cantik?
  • Atau ruang kelihatan terlalu kosong atau juga terlalu sarat? Tanyakan pada diri dan sering bandingkan dengan gambar-gambar yang dipilih dari internet mahupun majalah yang dirujuk sebelum ini.

4. Berikan Nafas Baru Pada Perabot Lama

  • Tidak semestinya perabot yang lama perlu dibuang. Jika kelihatan usang, kita boleh baik pulih dan perbaikinya semula . Terutamanya kerusi dan sofa. Sekarang banyak kedai baik pulih perabot boleh didapati.
  • Mereka bukan sahaja boleh perbaiki rupa perabot kita malah kita boleh pilih fabrik dengan warna dan corak yang lain mengikut trend terkini bagi mengubah imej dan suasana rumah kita seolah-olah baru membeli perabot baru.  Bagi perabot yang lain, catkan dengan warna yang lain.
  • Bagi kesan yang dramatik, warna kan dengan warna-warna terang. Jika sebelumnya gelap, diwarnakan terang. Jika warna sebelumnya terang, kita warnakan pula gelap. Terus sahaja ruang nampak lain. Tak percaya, cubalah !

5. Rombak semula Susun atur Perabot

  • Cara yang paling berkesan dalam banyak-banyak cara ialah rombak semula susun atur perabot berpandukan sumber rujukan yang diperoleh tadi dari internet, majalah mahupun rumah contoh yang dilawati. Ubah titik tumpu kedudukan perabot tersebut. Jika asalnya menghadap dinding bahagian dalam, tukar pula susunan menghadap pintu masuk dan tingkap luar.
  • Begitu pula sebaliknya. Cari satu titik tumpu misalnya perabot menghadap TV atau menghadap pemandangan luar tingkap. Jika nak tahu, sebenarnya inilah yang selalu dilakukan oleh perunding hiasan dalaman di mana mereka mengubah suasana rumah dengan menukar titik tumpu dan susunatur perabot di rumah.
  • Cuba macam-macam cara pasti seronok. Nah, kini kalian pun boleh jadi pakar hiasan dalaman. Percuma bukan? :)

Anda puas hati dengan 5 tips mudah hias rumah yang saya kongsikan ini?Bagaimana pendapat anda, mungkin banyak lagi cara lain yang boleh kita buat bagi mendapat hasil dekorasi rumah yang memuaskan meskipun dengan bajet rendah?

Sebenarnya ada banyak lagi panduan dan tips yang kita boleh dapat untuk hias rumah seperti rumah idaman yang kita pernah lihat dalam majalah atau televisyen.

Hasil carian imej untuk hiasan dalaman

Anda boleh juga mendapatkan tips Hias Rumah dengan bajet rendah dari sini : Teknik Berjimat Dalam Dekorasi Rumah. Tips yang saya dapat dari sini juga sangat berbaloi memandangkan penulis berkongsi lebih banyak cara dan ada juga yang tidak pernah kita fikirkan caranya!.

Selain itu, anda juga akan diajar Teknik 'mix-match', susun atur semula perabut atau barang hiasan sedia ada dengan penggunaan barang-barang terpakai.Penulis turut memberi panduan bagaimana kita dapat menjimatkan kos sekaligus boleh pula mendekorasi ruang secara kreatif .

Bagi mereka yang langsung tiada pengetahuan asas di dalam seni dekorasi kediaman, panduan ini juga ternyata dapat membantu anda bermula dari langkah pertama!

Hasil carian imej untuk hiasan dalaman

Apa yang penting sebenarnya kepuasan diri kita sendiri terhadap hasil dekorasi dan kreativiti yang kita buat dengan teknik dan tunjuk ajar yang kita perolehi dari panduan ini.

Jika anda betul-betul ingin menghias rumah sendiri dan tidak mahu terbeban dengan kos yang bukan-bukan , maklumlah sekarang ini nak beli barang keperluan pun kita kena pilih juga, panduan yang terdapat dalam Teknik Berjimat Dalam Dekorasi Rumah memang nyata sangat membantu kita dalam mengurus dan mencantikkan kediaman kita seperti rumah idaman yang kita impikan.

Terima kasih luangkan masa anda untuk baca entri ini dan boleh kongsikan jika dapat juga beri manfaat kepada orang lain:)


Post a Comment

0 Comments