Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tentu ramai yang tidak tahu, bahawasanya jual baju kurung merupakan antara kerja sambilan yang dapat untung sehingga 100 peratus dan paling best kerana kita hanya perlukan modal serendah RM127 untuk memulakannya.
Bukan itu sahaja, kita hanya jual.Tidak perlu kemahiran menjahit baju kurung pun, tak payah beli mesin jahit segala bagai dan tak perlu susah payah pergi kelas menjahit.Kalau anda sedang mencari kerja sambilan yang tidak perlu modal besar, inilah jawapan kepada pencarian anda.
Risiko bisnes baju kurung? Setakat yang saya tahu, risiko bagi jual baju kurung ialah kena cari lebih ramai pembekal sebab jualan baju kurung tak ikut musim dan setiap masa pasti ada sahaja orang cari baju kurung khasnya kaum wanita.Orang lelaki pun cari baju kurung.Untuk siapa? Tentulah untuk wanita yang mereka kasihi.Bukan begitu.Err..yang ini kita bercakap tentang lelaki budiman yang suka bagi hadiah dekat ahli keluarga, anak isteri atau ibu atau isteri-isterinya.hahha.
Tadi saya ada beritahu, bahawa modal untuk memulakan kerja sambilan jual baju kurung ialah serendah RM 127.Selepas itu, anda akan untung berlipat kali ganda.Tentunya dengan panduan dan teknik berkesan yang akan saya kongsikan ini.
Kalau anda jual baju kurung sembrono, boleh untung juga, tapi yang kita bicarakan sekarang ini ialah untung yang boleh dijana dengan jual baju kurung iaitu sehingga lebih 100 peratus.
Ok.Sebelum itu, saya sarankan bacaan ini hanya untuk anda yang serius dan berminat untuk buat kerja sambilan.Jika tidak, masa kita hanya akan terbuang kepada hal yang tidak memberi manfaat kepada kita. Bukan begitu?
Berikut merupakan teknik yang dikongsikan dalam e-book Rahsia Untung Berganda Jual Baju Kurung Terbongkar
- 7 Sebab rahsia kenapa kita kena buat bisnes jual baju kurung
- 4 jenis baju kurung yang mendapat permintaan tinggi
- Cara beli baju kurung daripada pembekal dengan harga rendah
- Rahsia jana untung 100 peratus
- Cara jual baju kurung dengan harga tinggi
- Tips pilih supplier yang boleh bagi harga borong
- 3 teknik pemasaran yang berkesan untuk jual baju kurung
Sebenarnya banyak sangat yang dikongsikan dalam e-book tersebut. Apa yang saya nampak, jika betul caranya, bukan sahaja kerja part time jual baju kurung ini yang buat kita seronok sebab dapat jana duit sampingan, tapi di luar pengetahuan kita, sebenarnya ramai yang dah buat duit dengan kerja sambilan seperti ini.
Tambah-tambah lagi, dengan musim perayaan yang akan datang, jualan baju kurung akan mendapat permintaan yang berganda-ganda kerana kebanyakan kaum wanita memilih baju kurung sebagai pakaian utama sempena Hari Raya.Kalau bukan sebab raya pun, ramai wanita yang bekerjaya memilih baju kurung sebagai pakaian formal ke tempat kerja.
Seperkara lagi yang menarik tentang e-book ini ialah ia ditulis oleh penulis yang sudah ternyata terkenal dalam kerja sambilan atau part time.Beliau merupakan pencetus kepada bisnes printing, kad kahwin, bisnes pemasaran online dan offline.Pengalaman yang beliau miliki menyakinkan kita bahawa e-book yang ditulisnya bukan sekadar cakap-cakap kosong!
Mengapa Buat Part Time Jual Baju Kurung?
Ya, siapalah yang sanggup bersusah payah buat part time kalau kerja tersebut hanya akan menambah kesusahan dan ambil banyak masa kita pula? sedangkan kita masih ada kerja sepenuh masa yang perlu diuruskan.Bukan begitu?
Ia hanyalah peluang buat duit yang tidak patut kita lepaskan.Banyak sebab kerja part time jual baju kurung ini patut kita buat.Antaranya:
- Modal rendah dan mudah jual sebab setiap masa ramai pelanggan yang mencari baju kurung.Tidak perlu kemahiran teknik yang macam-macam.Hanya perlu jual.
- Boleh mula secara part time dari rumah.Kalau anda ingin jual secara online, boleh jual dalam blog anda sendiri atau jual di Facebook atau Instagram.Sangat mudah bukan?
- Permintaan sangat tinggi.Tambah-tambah lagi pada musim perayaan.
- Pendapatan bersih peniaga baju kurung di Jalan Masjid India mencecah hingga RM1000 ke RM 30 000 sebulan!Kita harus rebut peluang ini..:)
Semoga artikel ini dapat beri panduan kepada anda yang berminat untuk menceburi kerja sambilan dengan menjual baju kurung.Dapatkan panduan lengkap kerja sambilan dengan jual baju kurung dengan e-book Jual Baju Kurung dan Untung 100 Peratus.
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!