Homestay Di Dungun Dengan Pakej Lengkap dan Jimat

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Anda sedang mencari Homestay Di Dungun? Mahu Dapatkan homestay dengan pakej lengkap dan jimat? Tak payah susah payah.Saya boleh suggest kepada anda bahawa Homestay INI memang paling bagus dari segi servis dan juga bayaran yang dikenakan.Amacam? Tentu anda inginkan percutian yang benar-benar dapat memberi ketenangan kepada jiwa anda.Yeahh.

Jom tengok apakah pakej best yang kita boleh dapat kalau kita tempah dan menginap di salah sebuah Homestay paling jimat di Dungun ini.Manalah tahu, anda sedang merancang sebuah percutian keluarga, gathering ex-classmates ataupun ingin hantar rombongan meminang orang pantai timur.er..er..pengantin baru beb.ceh gitu.Kalau pengantin baru haruslah buat pra-honeymoon dekat sini.uhuk.uhuk.

Lokasi Homestay Di Dungun Yang Paling "acessable"
Jika anda baru pertama kali ingin ke Dungun, maklumat berikut pastinya diperlukan bagi memastikan Homestay Solehah pilihan anda ini adalah yang terbaik untuk percutian anda.

1. 100 Meter Dari Pantai Sura (Solehah Beach View Hanya 50 Meter Dari Pantai!)
2. Mayangsari/Ulek Mayang/Hotel Uitm : 5-7 Minit
3. Masjid/SK Sura/Klinik Kesihatan : 3 Minit
4. SM Sains Dungun: 3 Minit
5. Uitm Dungun : 5 Minit
6. Politeknik Dungun:5 Minit
7. Bandar Dungun : 5 Minit
8. SM Imtiaz Dungun/SM Teknik = 5 Minit
9. Kedai Makan, Medan Ikan Bakar, Bank, Petrol Pump, Keropok Lekor, Medan Selera

Ini baru cakap bab lokasi, belum lagi pakej dan kemudahan penginapan yang memang memuaskan hati.Berikut ini saya kongsikan pula info tentang pakej penginapan yang disediakan oleh Solehah Homestay di Dungun :)

Homestay Di Dungun Dengan Pakej Lengkap dan Jimat
Bab paling best yang saya suka dengan Homestay Solehah di Dungun ini ialah tawaran pelbagai bentuk penginapan.Homestay Solehah menyediakan pelbagai saiz unit homestay mengikut bilangan ahli atau keluarga yang ingin menginap di sana.Misalnya macam pakej di bawah ini:

Homestay Jimat Di Dungun
Ruang parking kereta yang luas dan boleh memuatkan rombongan berkereta atau berkeluarga
Homestay Solehah Beach View
Homestay Solehah Beach View  adalah unit homestay jimat dengan 3 bilik dan 2 bilik air.
  • Bilik tidur utama ( katil queen lengkap bercadar, penghawa dingin, almari pakaian,  kipas dan lampu )
  • Bilik tidur kedua ( katil queen lengkap bercadar kipas dan lampu )  dan satu unit katil bujang 2 tingkat
  • Bilik tidur ketiga  ( katil queen lengkap bercadar kipas dan lampu )
  • Ruang makan ( meja dan kerusi makan )
  • 2 buah bilik air
  • Dapur dan Kelengkapan memasak.
  • Unit yang paling berdekatan dengan pantai,dengan jarak hanya kira kira 20 meter memberikan anda hembusan bayu laut Pantai Sura Dungun yang segar dan bersih.
  • Harga adalah serendah RM 120 Sahaja/1 malam penginapan.
  • Jika penginapan melebihi malam, maka harga boleh dirunding sehingga jadi.



Homestay Solehah II
  • Dikenali dengan nama Homestay Solehah II merupak sebuah unit rumah Semi D 4 bilik dengan 2 bilik air.
  • Bilik tidur utama ( katil queen lengkap bercadar, penghawa dingin, almari pakaian serta meja solek kipas dan lampu )
  • Bilik tidur kedua ( katil queen lengkap bercadar kipas dan lampu )
  • Bilik tidur ketiga dan keempat ( katil queen lengkap bercadar kipas dan lampu )
  • Ruang makan ( meja dan kerusi makan )
  • 2 buah bilik air
  • Dapur dan Kelengkapan memasak.
  • Berhampiran dengan Politeknik Sultan Zainal Abidin, SM Sains Dungun dan juga UITM Dungun, Terengganu Darul Iman
  • Harga adalah serendah RM 180 Sahaja/1 malam penginapan.
  • Jika penginapan melebihi malam, maka harga boleh dirunding sehingga jadi.
Homestay Solehah III
  • Dikenali dengan nama Homestay Solehah III merupakan sebuah unit rumah Semi D 4 bilik dengan 2 bilik air.
  • Bilik tidur utama ( katil queen lengkap bercadar, penghawa dingin, almari pakaian, serta meja solek     kipas dan lampu).
  • Bilik tidur kedua ( katil queen lengkap bercadar kipas dan lampu )
  • Bilik tidur ketiga dan keempat ( katil queen lengkap bercadar kipas dan lampu )
  • Ruang makan ( meja dan kerusi makan) 
  • 2 buah bilik air
  • Dapur dan Kelengkapan memasak
  • Harga adalah serendah RM 180 Sahaja/1 malam penginapa
  • Jika penginapan melebihi malam, maka harga boleh dirunding sehingga jadi.


Tempahan Homestay Solehah Di Dungun
Memandangkan cuti sekolah semakin hampir, anda sangat digalakkan untuk membuat tempahan awal jika ingin menginap dimana-mana Homestay Di Dungun. Berita baik untuk anda yang ingin menginap di Homestay Solehah Dungun, anda boleh juga membuat tempahan secara online di lamanweb ini : HomestaySolehahDungun.

Sebarang pertanyaan atau ingin berhubung terus berkaitan homestay ini anda bolehlah merujuk butiran berikut :
Tempat-Tempat Menarik Di Dungun
Jika anda memilih untuk bercuti ke Terengganu, di Dungun juga terdapat banyak tempat menarik.Pendek kata, kalau kita dok menginap di mana-mana Homestay di Dungun memang tak akan menghampakanlah..:)


Air Terjun Chemerong adalah yang Tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara!!. Ia pastinya akan mengundang sesiapa yang datang ke Terengganu bagi melihat ketinggian air terjun ini dengan mata sendiri. Air Terjun ini terletak di Daerah Dungun iaitu kira-kira 100KM dari Bandaraya Kuala Terengganu

Dengan susunan gerai yang teratur betul-betul di Muara Sungai Dungun memberikan satu tempat riadah yang baru di Dungun. Pada waktu petang kita boleh sekadar duduk-duduk sahaja di batu-batu besar di tepian muara. Manakala, malamnya boleh pula menikmati ikan bakar yang segar dengan tiupan angin muara yang nyaman.


Pulau Tenggol sebuah pulau yang sangat disukai oleh para penyelam skuba


Pantai Teluk Bidara terletak di Kampung Seberang Pintasan, Dungun. Ia merupakan antara pantai yang tercantik di Negeri Terengganu.Pantai Teluk Bidara ini menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong terutama pada hujung minggu dan hari cuti. Selain air yang jernih, di sini juga terdapat kawasan batu batan dan gua kecil bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Selain dari itu, pondok-pondok rehat dan gerai makan juga 

banyak terdapat di pantai ini.(Sumber Daripada SINI).


Akhir sekali, selamat bercuti ke destinasi pilihan anda, jika anda mencari homestay yang menawarkan harga paling jimat dengan pakej penginapan yang lengkap, Solehah Homestay Di Dungun adalah pilihan terbaik:)



Post a Comment

0 Comments