Kenaikan Elaun Perumahan dan Bantuan Raya Kepada Penjawat Awam

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa sebanyak 1.1 juta penjawat awam bakal menikmati kenaikan kadar imbuhan tetap perumahan berkuat kuasa November 2015.

Sumber Berita dari Astroawani.com
Menurut Perdana Menteri, kadar baharu terendah imbuhan tetap perumahan dinaikkan kepada RM300 sebulan berbanding RM180 buat masa ini.

Penyelarasan kenaikan itu akan dibuat secara berperingkat, sehingga Gred 41.

Ia bakal melibatkan implikasi kewangan RM1.04 bilion setahun.

Selain kenaikan imbuhan tetap perumahan, Peradana Menteri turut mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam Gred 54 ke bawah, bagi meringankan beban mereka membuat persiapan menyambut Ramadan dan Hari Lebaran.

Bantuan khas ini turut dinikmati 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran RM250.

Kedua-dua pembayaran akan dibuat pada 25 Jun 2015 ini melibatkan peruntukan RM1 bilion. ( sumber berita)-

Rezeki Dan Sepatutnya Beri Khidmat Lebih Baik
Al Hamdulillah dan sangat bersyukur kerana direzekikan bekerja dalam perkhidmatan awam.Saya melihat dan menerima perkembangan dan berita terbaru ini sebagai suatu motivasi untuk bekerja dengan lebih dedikasi khususnya kepada semua anak didik saya.

Pun begitu, saya berharap ia juga dapat memberi impak yang sama kepada semua.Jangan hanya tunggu gaji, tunggu dapat bonus,tunggu dapat bantuan raya tapi kerja dan tanggungjawab entah dimana.

Seperkara juga, mudah-mudahan kita beroleh keberkatan dengan setiap apa yang kita terima sebagai sumber rezeki dalam bekerja.Allah jua lebih mengetahui segala..:)






Post a Comment

0 Comments