Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tips Untung Berganda Dengan Buat Bisnes Kuih Raya Di Rumah -Saya pernah cerita dalam entri lalu : Teringin Buat Biskut Raya Sendiri.Semua orang pun sanggup bayar lebih sikit dalam bab makan, asalkan harga yang dibayar sepadan dengan rasa yang kita nikmati kan.Jadi, dalam pada saya melihat-lihat pelbagai jenis biskut raya yang ada dalam Mydin tu, saya betul-betul tak dapat tahan tengok Biskut Semperit yang ada di situ.Nampak sedap beb!Tak
Bukan Semua Biskut Raya Mahal Sedap Rasanya
Baru-baru ini saya sempat singgah ke Mydin Selayang-sebenarnya nak cari anak tudung.Tapi dah namanya pompuan, tambah lagi saya pi sorang je masa tu, maka saya sengaja jalan-jalan ke semua bahagian yang ada kat Mydin.Mata saya sempat menangkap koleksi biskut raya yang sudah disusun rapi di salah satu sudut di sana.Pheww...nampak semua sedap dan harganya memang murah-kalau nak bandingkan dengan harga yang pernah saya jumpa di Shopping Mall lain iaitu paling kurang pun mesti RM 25 ke atas bagi satu balang kuih raya.
Tips Untung Berganda Dengan Buat Bisnes Kuih Raya Di Rumah -Saya pernah cerita dalam entri lalu : Teringin Buat Biskut Raya Sendiri.Semua orang pun sanggup bayar lebih sikit dalam bab makan, asalkan harga yang dibayar sepadan dengan rasa yang kita nikmati kan.Jadi, dalam pada saya melihat-lihat pelbagai jenis biskut raya yang ada dalam Mydin tu, saya betul-betul tak dapat tahan tengok Biskut Semperit yang ada di situ.Nampak sedap beb!Tak
Bukan Semua Biskut Raya Mahal Sedap Rasanya
Baru-baru ini saya sempat singgah ke Mydin Selayang-sebenarnya nak cari anak tudung.Tapi dah namanya pompuan, tambah lagi saya pi sorang je masa tu, maka saya sengaja jalan-jalan ke semua bahagian yang ada kat Mydin.Mata saya sempat menangkap koleksi biskut raya yang sudah disusun rapi di salah satu sudut di sana.Pheww...nampak semua sedap dan harganya memang murah-kalau nak bandingkan dengan harga yang pernah saya jumpa di Shopping Mall lain iaitu paling kurang pun mesti RM 25 ke atas bagi satu balang kuih raya.
Semperit klasik yang sejak dulu menjadi feveret saya:)
Itulah first time saya beli biskut raya kat Mydin.Memang ambik risiko.Tapi sebab harganya pun cuma RM 11.90 sebalang, saya buat pejam mata dan beli biskut tu.Kalau ikutkan ada lagi biskut lain nak ambik, tapi fikir kalau tak sedap macam mana kan.Jadi, saya beli satu balang sahaja dulu dan sampai rumah terus bukak dengan excitednya!
Alhamdulillah.Whoaa..rasanya memang marvellous dan tak rugi beli.hehhe.So, kepada sesiapa yang nak beli biskut raya kat Mydin, especially Biskut Semperit, memang recommendedlah!Satu lagi packaging dia guna nama ni tau: Faiz Delight:)
Tips Buat Duit Dengan Bisnes Kuih Raya Di Rumah
Dah cerita pasal biskut raya ni, teringat pulak nak kongsi tips bisnes yang saya dapat time google kat internet.Manalah tahu, ada kalangan suri rumah, atau sesiapa yang nak cari duit lebih sikit untuk raya tahun ini.Saya tahu pasal bisnes kuih raya ni pun, ramai je kalangan kawan saya, malah mak mertua saya dan juga pakcik sebelah suami, buat bisnes macam ni time raya.Memang masyuk beb.Kalau tak, tak kan mak mertua saya boleh tukar fridge baru kat kampung jenis dua pintu lagi beb.hoho.jeles I..haha.
semperit dahlia lebih popular kerana rupa mirip bunga kekwa yang cantik dan warna yang lebih menarik.
Antara kuih raya popular sepanjang zaman-Almond london
Ok.Cakap pasal tips Buat Duit Dengan Bisnes Kuih raya ni, kalau anda sendiri dah melibatkan diri dengan bisnes ni, mungkin tak banyak masalah.Tapi bagi yang ingin bermula, pasti tercari-cari panduan khusus untuk tahu tips, teknik dan strategi berniaga kuih raya supaya kita tak dapat penat je, malah boleh untung lebih 100 peratus lagi.
8 Tips Mulakan Buat Duit Dengan Bisnes Kuih Raya :
Sumber Asal:Strategi Penting Berniaga Biskut Raya
1. Letak Matlamat Realistik
Matlamat ni untuk kita tentukan target berapa bekas biskut raya yang mampu kita buat sendiri.Kalau anda memang ada ramai tenaga kerja, mungkin target boleh besar, kalau untuk permulaan, target sekitar 200 ke 300 bekas dahulu.Jadi bila ada target, senang nak beli bahan-bahan buat biskut, dan rancang jadual nak siapkan semua biskut-biskut tu.
Bajet tu penting sebab bahan-bahan kena beli sebelum Ramadhan lagi. Kalau dah masuk Ramadan especially dah masuk minggu kedua, banyak bahan-bahan dah out-of-stok. Siapa yang masih ambil tempahan waktu pertengahan Ramadan, memang melilau la nak mencari bahan nanti sebab kebanyakkan kedai akan habis stok.
2. Ambil Tempahan atau Jual Terus?
Hal ini penting sebagai strategi anda untuk bisnes kuih raya. Kalau anda ambil tempahan, mungkin terpaksa menolak permintaan jika tempahan dapat agak lewat.Anda pula terpaksa bersengkang mata siapkan tempahan tersebut.Lain pula, jika anda buat dan jual terus.Ia tidak akan menganggu masa anda untuk keluarga dan menjalankan rutin ibadah sepanjang ramadan.
3. Fokus Satu Jenis Biskut Sahaja
Maksudnya guna Single Menu strategy. Mulakan dengan jual satu jenis produk dahulu, bina reputasi dan keyakinan pelanggan terhadap produk kita.Kita akan kelihatan lebih pakar.Misalnya mak mertua saya cuma jual rempeyek tradisional dia tu, sah-sah time raya dan tak raya orang akan hanya cari rempeyek mak mertua saya tu.Dia dah expertise bab rempeyek tu.hoho.
Selain itu, banyak kelebihan kalau kita fokus kepada satu jenis biskut atau produk sahaja.Antaranya pengurusan stok lebih mudah dan juga pengurusan bahan mentah.Tak payah fikir nak beli bahan yang pelbagai sebab kita cuma buat satu jenis produk sahaja.
4. Pilih Biskut Yang Senang
Misalnya antara buat kuih Suji dengan Tart nenas, mana yang lebih mudah?Tapi bila dibandingkan dengan Tart Nenas, Suji jauh lebih simple, lebih mudah, lebih cepat dan boleh tahan juga permintaannya. Biskut suji cuma perlu (1) uli, (2) terap dan (3) terus bakar. Itu sahaja. Tapi kalau tart nenas; (1) siapkan jem nenas, (2) uli, (3) terap, (3) letak jem, (4) sapu telur dan (5) bakar. Suji cuma 3 proses, sedangkan Tart Nenas 5 proses!
Maksudnya, Suji lebih simple, lebih mudah dan jimat masa. Chef Li pernah pesan, bila nak berniaga, pilihlah produk yang mudah. Mudah sebelum, semasa, dan lepas menjual. Sebab memang ada produk yang penat untuk prepare, penat semasa menjual, dan penat mengemas selepas menjual!
5. Produk Untung Melepasi 100 peratus
Pesan Chef Li, kalau nak berniaga produk makanan, pilih produk yang untung at least seratus peratus! Kalau kosnya RM10, harga produk at least RM20. Untung itulah upah masa dan penat kita. Yang paling baik, untungnya 400% dan ke atas. Itu baru cepat pergi haji kata Chef Li.
Jadi siapa nak berniaga biskut raya, cuba buat kira-kira dulu kos bahan mentah untuk siapkan satu bekas biskut tu. Saya ulang lagi sekali, mesti kira berapa kos sebekas biskut?. Jangan main agak-agak jer. Kena buat costing la sikit. Kalau untung tak sampai 100 peratus, Chef nasihatkan cari produk lain. Takut nanti buat penat je.
6. Strategi Harga Mampu Milik
Letakkan harga yang berpatutan dan customer fikir ianya lebih murah.Andaikan anda mahu meletakkan 100 biji biskut dahlia dengan harga RM 36 sebekas.Dari sudut psikologinya, customer nampak harga itu lebih mahal. Tukarkan kepada bekas yang lebih kecil dengan 50 biji satu bekas, dan letakkan harga RM20, Jadi insya Allah, ramai customer sanggup beli.Tambah-tambah nak jumpa biskut Dahlia anda cuma ada time raya je, lagilah depa sanggup ambik 10 balang sekaligus!
7. Simpan Rekod Pembeli
Setiap orang yang beli dengan kita, kita mesti simpan rekod. Bila datang musim raya macam ni, Jadi bila nak promote biskut tu, Kita cuma blast mesej kepada semua regular customer.Bila ada regular customer, tak perlu pun bagi sample. Mereka dah tahu rasa dan standard Biskut yang kita buat.
Bahkan regular customer ni yang tolong promote secara percuma kepada kawan-kawan.Tapi kalau first time berniaga, memang kena bagi sample. Dan pastikan sample tu mesti sama dengan biskut sebenar yang kita siapkan nanti. Jangan pulak sample sedap, tapi bila siapkan banyak tempahan, hasilnya tak sedap.
8. Baking With Love
Akhir sekali, buatlah produk terbaik dengan cara yang terbaik.Utamakan kebersihan dan buat seperti mana anda ingin anak atau keluarga anda menikmatinya.Air tangan kita dalam menyediakan sesuatu hidangan atau masakan banyak bergantung kepada bagaimana perasaan dan niat kita waktu menyediakannya.
Jangan sampai kita pula tinggal solat kerana nak buat bisness kuih raya punya pasal.Insya Allah, kalau kita buat dengan cara yang betul dan berkat, rezeki yang datang itu akan berlipat kali ganda, lebih banyak dari yang kita jangkakan!
Panduan Lengkap dan Terbaharu Untung Berganda Dengan Bisnes Kuih Raya Dari Rumah
Sebenarnya tips yang saya kongsikan ini, cuma sedikit dan sangat ringkas kalau dibandingkan dengan panduan khususdan lengkap yang anda semua boleh dapat dari e-book yang sedang laris terjual sekarang ni : Panduan Lengkap dan Terbaharu Untung Berganda Dengan Bisnes Kuih Raya dari Rumah
Jika anda benar-benar berminat dan serius ingin menjalankan bisnes kuih raya, saya sarankan anda segera dapatkan e-book terbaik ini kerana ia mengandungi bukan sahaja cara memulakan perniagaan biskut raya, ia juga berkongsi tips dan strategi pemasaran yang kreatif dan berkesan sehingga anda tidak terfikir pun cara yang diajarkan dalam buku ini.
Kita tak nafikan, menjelang ramadan ini, begitu banyak lahir para peniaga segera yang ingin merebut peluang perniagaan biskut raya, banyak juga yang tawarkan pelbagai jenis biskut sehingga kita sendiri pun tak reti nak sebut nama biskut raya tersebut.Jangan risau dengan adanya persaingan seperti ini kerana dengan wujudnya persaingan dalam perniagaanlah yang mengajar kita supaya lebih kreatif dan berusaha memperbaiki perniagaan kita.
Panduan yang terdapat dalam e-book ini juga dapat membantu ada bagaimana meningkatkan jualan sedia ada sehingga 80 peratus.Bukan itu sahaja banyak jenis teknik pemasaran yang dikongsikan dalam panduan ini, antaranya teknik viral yang dianggap sangat berkesan dalam memasarkan produk terus kepada pembeli.
Ok.kalau nak lebih detail, apa kata anda dapatkan naskah e-book ini dan download terus ke telefon pintar atau desktop anda:)
Panduan Lengkap dan Terbaharu
Untung Berganda Dengan Bisnes Kuih Raya Dari Rumah
klik gambar untuk mendapatkan tips dan panduan
Terima kasih luangkan masa untuk membaca Tips Untung Berganda Dengan Bisnes Kuih Raya:)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!