Buat Side Income Dengan Bisnes Part Time Bun Dan Pizza

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Akhir-akhir ini, bukan sesuatu yang pelik dan ganjil kalau kawan-kawan anda rajin buat part time.Tak kiralah kalau depa buat part time buat kek, jahit baju dan pasang labuci, ambik tempahan catering, buat bun dan pizza homemade dan banyak lagi.Bagi saya simple je.Tuntutan hidup sekarang ini memerlukan kita buat sesuatu yang berbeza dari orang lain untuk dapat hasil yang berbeza.Bukan begitu?

Bagi saya yang minat dan mempunyai sedikit kemahiran dalam menulis dan buat review produk serta amat menyukai bab pemasaran produk, saya pilih untuk jadi Blogger Part time dan menyertai pula bidang Affiliate Marketer.Ianya sangat mudah dan tidak menganggu kerjaya hakiki saya.Tahu-tahu hujung bulan saya terima komisen dan duit masuk dalam akaun saya.Yang paling best ia bukan gaji bulanan saya:)

Hasil carian imej untuk gambar bun gebu

Untuk anda pula, yang mempunyai kemahiran terutamanya dalam bidang masakan khususnya dalam pembuatan bun, roti dan pizza, suka saya cadangkan beberapa kerja part time yang sesuai dan berbaloi untk anda ceburi.Salah satunya mengambil tempahan pizza dan bun sempena majlis keraian.

Anda tahu bukan, sebuah keluarga memerlukan sebuku roti gardenia paling kurang seminggu.Tapi itu tak termasuk lagi kalau pi shopping, anak-anak nampak bun roti sosej, pizza dengan keju cheddar atau sos mayonis dengan sayur campur diatasnya.Mesti depa mintak kita untuk membelinya.

Hasil carian imej untuk gambar bun gebu

Kalau bajet sorang boleh tarik nafas lagi, ni kalau dah berderet dua tiga orang, mahunya geleng kepala dekat anak-anak kan.Sebenarnya tak susah nak belajar buat bun dan pizza sekarang ni.Tambah-tambah dengan pelbagai kemudahan yang ada.

Setakat yang saya pernah tahu, terdapat sebuah pakej video buat bun dan pizza yang hangat dipasaran.Ramai yang belajar buat bun dan pizza dengan pakej video ini bukan sahaja ianya sangat mudah untuk diikuti, malah lebih hebat lagi ada yang berjaya menjadikan bun dan pizza yang mereka hasilkan daripada tunjuk ajar chef dalam pakej video ini sebagai sumber pendapatan sampingan mereka.

Hasil carian imej untuk gambar pau gebu

Bagi mereka yang sudah menceburi perniagaan bun dan pizza pula berjaya meningkatkan jualan mereka sehingga tiga kali ganda.Masya Allah.Begitu sekali berkesannya pakej belajar buat bun dan pizza dengan video ini.

Boleh tengok : Apa Kata Pengguna Pakej Video bun dan Pizza

Sambutan yang sangat memberangsangkan inilah yang buat saya ingin kongsikan pakej belajar buat bun dan pizza dengan video sahaja.Paling mengembirakan, anda tak perlu risau kalau perlu keluarkan modal yang besar.Ini satu lagi perkara yang buat saya yakin kita tidak patut lepaskan peluang terbaik ini.

Untuk  dapatkan pakej buat bun dan pizza ini kita hanya perlu keluarkan perbelanjaan tak sampai pun RM 70.Sangat murah sebenarnya. Sangat murah jika dibandingkan dengan pelbagai panduan yang akan kita dapat.Misalnya seperti dibawah : 

Di dalam modul ini anda akan diajar secara terperinci melalui video step by step dalam pembuatan bun original. Semuanya diajar dari asas sehingga pandai. Dibawah ini teknik-teknik rahsia yang bakal dipelajari.

1. Teknik membancuh bahan-bahan bun.
2. Teknik menguli doh bun dengan tangan
3. Teknik membulatkan doh besar bun.
4. Teknik membahagikan doh kepada bun kecil
4. Teknik memasukkan inti bun
5. Teknik membulatkan bun kecil style hotel
6. Teknik gliss/egg wash dan membakar doh bun. 
7. Teknik menjadikan bun berkilat.

Bukan sekadar resepi, tetapi Teknik Rahsia
Di dalam pakej ini, anda bukan sekadar mendapat resepi bun roti pau dan pizza. Tetapi anda diajar teknik-teknik penting dalam pembuatan bun dan pau. Kesemua teknik penting ini diajar melalui video bersuara step by step dari asas sehingga panda. Video dimuatkan di dalam ebook. Inilah ilmu yang sukar diperolehi di mana-mana. Semuanya ditunjukkan step by step melalui video dan penerangan bersuara yang detail.

Hasil carian imej untuk pakej buat bun
Klik gambar untuk buat tempahan
pakej video buat bun dan pizza

Dapatkan panduan dan miliki pakej video lengkap buat bun dan Pizza di sini.

Kelebihan Belajar Dgn Video Step By Step
Kelebihan menggunakan video ebook ini, anda boleh mengulangnya beberapa kali sehingga anda mahir. Jika anda terlupa, anda boleh kembali semula kepada video tutorial yang disediakan. Selepas 10 tahun pun, anda boleh membuatnya semula dengan baik. Malah anak-anak anda boleh menonton dan belajar membuat bun, pau dan pizza pada masa akan datang. Semuanya diajar dari asas sehingga pandai. 

Ok, sekarang hampir semua kebaikan dan faedah yang akan kita perolehi dengan pakej belajar melalui video ni sudah saya kongsikan.Anda tak akan dapat semua kebaikan  dan manfaat ini jika anda hanya mendengar dan tidak mengambil tindakan yang sepatutnya.Tambah-tambah kalau dalam akaun anda selalu negatif walaupun belum sampai hujung bulan.errr.

Ya, kita kena fikir untuk berubah.Berubah dalam cara mengurus kewangan keluarga.Jangan terlalu bergantung dengan gaji bulanan anda!Jika anda masih berharap yang indah-indah tapi tidak berusaha untuk memajukan kewangan keluarga, jangan mengeluh jika hidup anda masih sama seperti 10 tahun dulu atau lebih sukar.

Terima kasih sudi baca entri ini dan kongsikan jika ia beri banyak manfaat kepada orang lain:)

Post a Comment

0 Comments