i-Gambang Homestay Tawar Penginapan Selesa Dengan Harga Patut

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Anda mencari Homestay di Gambang, Pahang dengan kemudahan penginapan selesa khusus untuk famili besar? Nah, saya ada jawapan bagi pencarian anda itu.Lokasi i-Gambang Homestay yang terletak hanya 2 minit dari Bukit Gambang Water Park merupakan pilihan penginapan homestay terbaik untuk anda sekeluarga.

Homestay i-Gambang menawarkan pakej penginapan yang lengkap bagi anda seisi keluarga.Ia bukan sahaja lokasi strategik kerana berhampiran dengan destinasi percutian terkenal iaitu Bukit Gambang Water Park, malah homestay ini juga mempunyai beberapa kelebihan berbanding homestay lain seumpamanya.

Sekiranya anda menginginkan percutian dengan penginapan yang selesa, moden dan lengkap, maka i-Gambang Homestay adalah jawapannya.Antara faktor menarik yang tidak mungkin anda perolehi dari homestay yang seumpamanya ialah seperti berikut :
  • Kemudahan sofa moden dan selesa di ruang tamu
  • Bilik tidur Utama dengan kelengkapan pendingin hawa
  • Ruang dapur dengan kelengkapan memasak, meja makan dan kemudahan peti sejuk.
  • Kemudahan mencuci atau mengeringkan pakaian
  • Kemudahan menonton televisyen dengan pakej Astro
  • Kemudahan almari bagi penyimpanan pakaian
  • Ruang dan kemudahan menunaikan solat
  • Tandas yang bersih dan selesa
  • Kelengkapan bilik tidur dengan katil queen saiz
Kemudahan sofa moden dan selesa di ruang tamu

Kemudahan menonton televisyen dengan pakej Astro

  
Ruang dapur dengan kelengkapan memasak, 
meja makan dan kemudahan peti sejuk

  
Kelengkapan bilik tidur dengan katil queen saiz

Kemudahan almari bagi penyimpanan pakaian

Bilik tidur Utama dengan kelengkapan pendingin hawa

Lebih mengujakan ialah apabila anda bakal menikmati semua ini dengan kadar sewa yang sangat berpatutan. Tidak dapat kita nafikan, sekiranya boleh kita inginkan bajet percutian yang minimum terutamanya dari aspek penginapan.i-Gambang Homestay memberi anda peluang menikmati percutian yang maksimum dengan tawaran harga penginapan gaya Homestay yang paling berpatutan.

Selain kemudahan pakej penginapan yang selesa dengan harga berpatutan, anda juga bakal menikmati pelbagai kemudahan antaranya :



  • Berhampiran Kemudahan Kedai Makan & Kedai Runcit      (Lebih  Kurang 150 meter)
  • Bukit Gambang Water Park (Lebih Kurang 2 Minit)
  • Kolej Matrikulasi Pahang (Lebih Kurang 5 Minit
  • Kolej Komuniti Paya Besar (Lebih Kurang 5 Minit)
  • Pusat Asasi UIA (Lebih Kurang 5 Minit)
  • Felda Lepar Hilir ( (Lebih Kurang 5KM/8 Minit)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP) Lebih Kurang 12KM/15     Minit)
  • Kuantan Airport (Lebih Kurang 25KM/26 Minit)
  • Kolej Poly Tech Mara (Lebih Kurang 30KM/32 Minit)
  • Kolej Shahputera (Lebih Kurang 34KM/35 Minit)
  • Bandar Kuantan (Lebih Kurang 40KM/45 Minit


  • Kalau ikutkan, pemilihan i-Gambang Homestay bukan sahaja tepat dan strategik dari aspek lokasi dan kemudahan yang disediakan, malah ia juga merupakan antara homestay di sekitar Gambang yang paling mudah dari segi akses ke beberapa pusat pengajian tinggi seperti Kolej Matrikulasi Pahang, Pusat Asasi UIA, Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan banyak lagi. Jadi,ia juga sangat tepat bagi anda yang memilih untuk menginap di Homestay sama ada menghantar anak atau ahli keluarga mendaftar ke institusi tersebut, melawat atau menziarah ahli keluarga yang belajar di institusi tersebut dan juga sekiranya anda menghadiri majlis konvokesyen mereka.

    Tempahan i-Gambang Homestay 
    Jika anda ingin membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lanjut berkaitan homestay ini, anda boleh sahaja menghubungi pengurus Homestay :
    • Pn. Aida       : 0199179509
    • En. Ariffin   : 0199895693
    Kadar Sewa dan Daftar Masuk i-Gambang Homestay
    • Daftar Masuk                     :  2  :00 Petang 
    • Daftar Keluar                     : 12 :00 Tengahari 
    • Bayaran Deposit/Booking :  RM50.00 Semasa Sesi Perundingan 
    • (Baki Bayaran Semasa Daftar Masuk) 
    • Kadar sewa adalah sebanyak RM180.00 bagi Hari Jumaat/Sabtu/Ahad/Cuti Umum & Musim Cuti Sekolah
    • Kadar sewa adalah sebanyak RM170.00 bagi Hari Isnin Hingga Khamis
    • Harga sewa juga boleh dirunding Sekiranya Menginap Lebih Daripada Sehari
    • penginapan homestay ini khusus bagi Keluarga Muslim & Muhrim Sahaja. 
    Terima kasih sudi baca review i-Gambang Homestay yang menawarkan penginapan selesa dengan kadar sewa harian yang sangat berpatutan:) Selamat menikmati percutian sempurna dengan Homestay i-Gambang.

    Post a Comment

    0 Comments