Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apabila datang idea mencurah untuk anda menulis sesuatu, segerakanlah untuk menulisnya secara serius dan bersungguh kerana dari situ tulisan anda akan dirasai benar-benar lahir dari hati.Saya tidak lah pasti penulis lain bagaimana caranya, tapi bagi saya secara personal, ilham menulis itu datang kadangkala kita tidak berada dalam kondisi yang sesuai.
Misalnya begini, saya biasanya mempunyai idea yang mencurah untuk menulis sesuatu tatkala sedang memasak di dapur, sedang menonton televisyen atau sedang menidurkan anak.Pheww..apa nak buat kalau idea menulis datang time-time gitu ya?
Buat bodoh sudahlah.Err.Kalau itu yang anda biasa buat, anda sebenarnya telah melepaskan peluang berharga sama ada menjadi penulis berjaya atau penulis kaya!Whoaa..Macam hebat dengarnya!Bukan macam lagi, tapi ianya memang suatu teknik dan strategi terbaik kebanyakan penulis berjaya menjadi seorang jutawan dengan hanya menghasilkan buku-buku atau tulisan-tulisan yang mengundang kepada jualan buku Best Seller.
Ok, sekarang.Apa teknik dan strategi yang patut kita buat kalau datang idea atau ilham yang bernas tatkala sedang memandu atau mandi di bilik air?
Saya suka tulis semula idea yang saya perolehi sementara saya masih ingat dan akan menyemak kem bali catatan tersebut jika saya mula membuka laptop kerja saya.Agak mudah sebenarnya kerana saya mempunyai sebuah buku catatan "List Things To Do" saya sendiri.Buku itu ibarat buku contengan saya tatkala saya mahu melakar idea atau draft dahulu semua perkara yang saya ingin buat atau ingin capai dalam tempoh tertentu.
Kenapa tak masukkan je dalam aplikasi "notes" bagi sesetengah telefon pintar yang memilikinya?Secara peribadi, saya akan ambil masa lebih lama kalau menaip di skrin telefon berbanding saya mencatat atau menulis dalam buku catatan.
Apa yang penting bagi seorang penulis review produk itu perlu buat?Tak payah buat apa-apa?Kalau itu mind set anda, anda memang boleh berjaya tapi akan lambat kaya.haha.Secara peribadi, kebanyakan artikel saya dalam "Affiliate Content" mengandungi beberapa kunci penting sehingga saya berjaya membuat sale yang berulang secara beterusan.Ringkasnya, dengan satu artikel yang sama, kita boleh dapat sale banyak kali.Mudah bukan?
Bagaimana caranya ?
Sila PM saya secepat mungkin! Ceh bajet macam penulis celebriti.hoho.Jangan risau.Saya memang niat nak kongsi apa yang saya dah buat dan berjaya mencapai pendapatan empat angka hanya dengan menjadi penulis review produk digital.Insya Allah.
Ok.Begini caranya.Sentiasa kaitkan apa yang angin anda tulis tentang sesuatu produk itu dengan pengalaman sebenar anda.Ramai orang suka baca hal-hal dalam kain cerita sebenar hidup orang lain.Mungkin cerita anda itu sangat sedih, lucu dan menarik untuk mereka pelajari.Ceritalah pengalaman anda yang ada kaitan dengan produk.
Sebab apa buat begitu? Sebab sebenarnya tanpa kita sedar orang lain pun mungkin ada cerita sama seperti kita.Bezanya mungkin mereka tidak tahu bagaimana kita atasi masalah kita itu.Bila kita kongsi dalam tulisan kita, mereka mula menunjukkan minat untuk baca sampai habis apa yang kita tulis.Nah, bukankah itu tujuan kita menulis? Mahu orang baca sampai habis dan buat satu tindakan.
Tapi harus diingat, misi kita menulis review produk ialah mahu orang beli produk yang kita review bukan? Jadi, make it short and simple.Jangan pulak cerita personal anda melebihi cerita produk.Dan personal talk dalam artikel review produk ini bertujuan untuk menarik perhatian mereka terhadap apa yang kita tulis.
Langkah Kedua Untuk Menghasilkan Review Produk Yang Sukses
Step kedua ini sedikit sukar tetapi kalau anda sudah biasa, ia akan menjadi mudah iaitu gunakan elemen memujuk dalam tulisan anda.Bagaimana caranya?Begini, dalam pada anda menulis tentang kelebihan dan kebaikan produk tersebut, beritahu juga sebabnya kenapa kita harus memiliki produk itu.Gunakan ayat atau perkataan yang santai dan bersahaja seperti ini :
Jangan Paksa Pembaca Beli
Ini sebenarnya pantang dalam mana-mana tulisan review produk.Jangan paksa pembaca artikel review anda beli produk tersebut.Adakala, mereka tidak terus membeli pada kali pertama mereka membaca atau mengetahui tentang produk tersebut.Biarkan pembaca berfikir dahulu.Biasanya mereka yang mencari maklumat tentang produk yang kita tulis, hampir 90 percent akan menjadi pembeli berpotensi kerana mereka memang memerlukan produk tersebut.:)
Nampaknya banyak rahsia penulis kaya dan berjaya saya bocorkan dekat sini.hehhe.Ustaz dan ustazah kita ajar dulu pun, ilmu yang kita ada kalau tak disampaikan atau dikongsikan, maka tak akan dapatlah manfaatnya kepada kita kan?Ni Kira sedekah jariah sayalah ya:)
Mohon maaf kalau banyak kekurangan.Saya pun masih lagi belajar menulis dengan lebih baik.Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat beri banyak manfaat kepada anda semua yang berminat menjadi Affiliate Marketer seperti saya.Doakan saya sukses sebagai Blogger dan Affiliate Marketer dan beri manfaat kepada orang lain.aamiin.
Terima kasih dan sila amalkan dalam tulisan anda-semoga berjaya!
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!