Cara Menulis Content Blog Yang Bagus

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Nak kata saya melalui cabaran getir saat membangunkan blog kecik ini, tidaklah ia terlalu mencabar sehingga membawa putus asa dalam diri saya.Paling saya ingat ialah tatkala saya mencemburui bilangan Followers atau pengikut di blog sahabat bloggers lain.Terkadang hadir juga rasa hairan dalam diri, mudahnya mereka ini mendapat pengikut yang ramai!sedangkan saya ambil masa sehingga 4 tahun 3 bulan, barulah mendapat pengikut sekitar berikut :




Akhirnya saya akur, dalam membina dan membangunkan blog, yang akan bertahan lama dan dapat membuatkan blog kita terus bernafas bukanlah pengikut blog semata-mata.Ada satu hal lain yang membuatkan blog kita terus di lawati dan mendapat perhatian pembaca iaitu Content Blog kita sendiri!

Inilah hakikat.Saya ada melihat seorang teman bloggers, yang diuji tatkala blognya yang disayangi, yang sudah mencapai puluhan ribu trafik sehari, yang mempunyai ramai pembaca yang rajin menghantar komen-apabila blognya dijangkiti malware dan tidak boleh diakses.

Saya sendiri jika berada di tempatnya, pasti akan berasa terkilan dan kecewa.Namun kerana content dalam blog beliau yang berkualiti dan banyak yang bagus-bagus, maka dalam sekejap masa blog barunya juga pantas mendapat perhatian. 

Bagaimana Mendapat Content Blog Yang Bagus?
Saya melihat begini, seorang Blogger mempunyai bakat tersendiri dan potensi yang Allah anugerahkan iaitu daya menulis dan menyampaikan sesuatu yang diketahui atau difahaminya kepada orang lain melalui tulisan atau catatannya sendiri.Inilah kelebihan dan kemahiran asas yang dimiliki setiap Blogger.

Untuk mendapat content blog yang bagus, jangan sekali-kali anda copy content dari blog orang lain.Inilah realiti.Inilah hakikat yang Blogger copy paste perlu akur.

Jika anda mahu berkongsi atau share maklumat atau info yang anda dapat, maka harus pula anda kongsikan sumber maklumat tersebut.Ini hal basic yang sepatutnya semua penulis blog tahu dan maklum.

Berkongsi info dan maklumat pula tidak semudah yang kita semua sangka.Ia harus pula dipastikan maklumat itu sahih, tepat dan dari sumber yang boleh dipercayai.

Maka, jadilah seorang penulis yang telus, tekal dan sentiasa menulis dengan sepenuh jiwa kerana dari situlah tulisan anda akan disukai, dipercayai dan dijadikan panduan kepada orang lain.Insya Allah.

Nah, dari sini dapatlah anda faham bahawa content blog yang bagus datang dari tulisan dan idea anda sendiri.Bukan meniru tanpa etika apatah lagi mengakui tulisan tersebut adalah dari anda sendiri.

Akhir kata, saya bersyukur dan berharap sokongan yang beterusan daripada semua pengikut dan teman-teman di alam maya.Sokongan anda sama ada dengan membaca atau berkongsi artikel dari blog saya amat saya hargai dan saya mohon semoga Allah SWT menganjari setiap yang anda lakukan itu dengan sesuatu yang lebih baik dan besar.aamiin.

Sampai jumpa lagi:)



Post a Comment

0 Comments