Menghampiri Target 10K Pageviews Blog Sehari

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Niat dan target saya time mula-mula pandai berblog ialah nak kumpul ramai Unique Visitor.Melalui pembacaan saya masa tu, kalau nak earning banyak dekat iklan Nuffnang, kena make sure traffic tinggi dan juga Unique Visitor pun banyak.Masa tu Nuffnang antara sumber pendapatan sampingan dalam berblog.

Iklan On going sepanjang September dan Oktober ini
Hasilnya pun lumayan.Sampai ada kalangan blogger yang boleh dapat sehingga 4 angka dengan hanya mendapat sponsored Post atau CPUV yang tinggi.Dalam pada itu, ada juga yang tidak berpuas hati dengan Encik Nuff ni sebab agak kedekuts..erkk..dalam menberi earnings kepada blogger tempatan.

Saya sendiri secara peribadi, pernah tinggalkan Nuffnang dan jadi Non-Gliterrati dalam Nuffnang.Masa tu, sangatlah susah nak dapat CPUV on going.Kalau dapat dalam dua tiga ketul CPUV dah bangga sangatlah kononnya.muehee.Bila dah fed up, mulalah saya berpindah ke jenis pengiklanan yang lain.Tapi lepas tu pening nak faham macam mana iklan pesaing tu berfungsi.Akhirnya saya kembali ke pangkuan Encik Nuff dan pasang iklan depa dalam blog kecik ni.


Alhamdulillah.Sekarang ni tak kejar sangat banyak mana iklan Nuffnang nak bagi.Ikutlah kemurahan hati ko wahai Nuff.Sepatutnya Nuffnang dah kena fikir geng bloggers yang setia dan dah lama pasang iklan Nuff dalam blog masing-masing.Mungkin dari aspek bayaran  CPUV atau bonus tahunan.hihi.

Pun dari aspek nak cashout earnings.Sistem sekarang banyak dah canggih.dalam tempoh 24 jam dah boleh bank in dalam akaun kita.Tapi still Nuffnang nak kena tunggu tempoh satu bulan bagai time kita nak cashout.Ya, saya tahu mungkin ada banyak prosedur, tapi tak salah kalau Nuffnang jadikan sistem cashout depa lebih mesra Blogger.Ni just sudut pandang saya yang tak seberapa:)

Bilangan Pageviews pada bulan September 2015
Balik kepada cerita saya nak target dapat pageviews 10k sehari, harapnya target ini bakal menjadi kenyataan suatu hari nanti.Sekarang ni, pageviews blog saya masih dalam kadar purata sehari 8k hingga 9k.Mungkin nampak kecil angka ini berbanding blogger lain yang mungkin sedang target untuk dapat 50k atau 100k sehari.

Ada kala Pageviews blog dapat mencapai lebih dari 10k sehari.Harapnya PV seperti ini berterusan dan
semakin baik setiap hari
Saya fokus begini sebab blog saya kini mula mendapat perhatian untuk membuat review produk atau advertorial.Menulis review merupakan kerjaya part time yang amat saya sukai dan ingin melakukannya sebaik mungkin.Ia seperti saya membantu membina jenama dan pemasaran kepada empunya produk terbabit.

Meskipun saya bermula dengan bayaran serendah RM30 bagi satu review, tapi saya juga mulai mendapat kepercayaan para peniaga atau usahawan online dalam memperkenalkan produk mereka.AlHamdulillah.

Saya harap jika ada para usahawan atau peniaga online yang mahukan khidmat review dari saya, teruslah berhubung atau contact saya pada email yang disediakan pada menu CONTACT blog.Saya sedia membantu anda dengan khidmat bayaran yang sangat berpatutan dan hasil kerja yang sangat memuaskan.Insya Allah:).

Terima kasih luangkan masa baca entri ini:) sampai jumpa lagi..

Post a Comment

0 Comments