Dan Jika Kamu Bersyukur

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Yay!! saya dah mula cuti sekolah.Rasa macam nak buat lompat bintang tiga ploh empat kali sebab hari yang saya tunggu dah tiba.Eh, bukan saya tak suka pi sekolah atau bosan dengan kerja saya.Saya cuma rasa nak "bebas sekejap" dengan rutin harian yang setiap pagi akan bangun seawal jam 4 pagi dan tidur semula pada jam 9 atau 10 malam.Penat beb!
Hasil carian imej untuk gambar cuti sekolah
Dah macam upin ipin gamaknya bila cuti sekolah ni.Happy betul!

Tempoh membesarkan anak-anak kecik yang tak berapa kecik ni saya anggap sebagai tempoh paling mencabar dalam tempoh usia kematangan saya.Saya mula berumahtangga ketika usia menginjak 26 tahun.Bukan tak laku..erkk..tapi kalau kira umur habis belajar lebih kurang gitulah waktu tu.Pejam celik-pejam celik, anak sulung saya sudah menjangkau usia 11 tahun dengan yang paling kecik dua tahun lebih.Umur anak yang kat tengah-tengah tu, korang kiralah sendiri.hehe.

Hasil carian imej untuk pemandangan

Ok.Sepanjang tahun ini, saya nampak banyak benda berlaku depan mata saya.Yang semuanya buat saya duduk diam-diam dan termenung sendiri-Nikmat Tuhan Yang manakah Yang kamu Dustakan?-
Ya, saya memang tak dapat nafikan langsung yang banyak perkara saya lalui dalam tempoh setahun ini- mengajar dan memperbaiki hubungan saya dengan pencipta.

Saya manusia biasa.Yang banyak dosa.Dosa kecil kalau buat banyak kali jadi besar juga kan.huhu.Sungguh besar dan banyak dan tak terkira betul nikmat Tuhan untuk saya-Sehingga saya rasa takut dan bersalah kalau saya belum betul-betul jadi hambaNya yang bersyukur.

Bersyukurlah cara yang kita diajar untuk bertindak kalau dapat nikmat dariNya.Bersyukur dan bersyukur.Sampai kalau anak saya mintak pensel baru untuk persekolahan mereka, sanggup Encik Suami saya geladah semua laci dalam rumah untuk cari pensel-pensel depa yang tak habis guna.Konsep berjimat cermat Encik Suami saya memang kadang-kadang buat saya terkata dia tu kedekut.haha.

Padahal, dia nak didik anak-anak supaya jangan membazir.Anak kecik yang dah sekolah kat taski  tu pun dah pandai sound saya jika terlupa tutup lampu atau kipas dalam bilik.Mama ni, membazir tau!-itulah katanya kat saya.

Ya, kami sekeluarga belajar satu sama lain cara bersyukur dan jangan sampai lupa bersyukur.Syukur dan syukur lagi.

Dalam diam, bila saya renung sejenak itu semua rupanya pintu buat kami dan sebenarnya untuk kita semua dapat rezeki yang lebih luas dan banyak.Rahsia mendapat rezeki yang banyak dan melimpah ialah dengan bersyukur.Itu sahaja!

Sebab dalam Al Quran, memang Allah dah janji dengan kita, dengan ayat macam ni :

Firman Allah SWT dalam Al-Quran:

لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ (إبراهيم: 7)

“Dan jika kamu sekalian bersyukur atas nikmat yang Aku berikan, maka niscaya akan Aku tambah nikmat-Ku untukmu. Dan jika kamu sekalian kufur atas nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku itu sangat pedih”.

Dan firman-Nya yang lain:

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلا تَكْفُرُونِ (البقرة : 152)

“Ingatlah kepada-Ku niscaya Aku mengingatmu, dan bersyukurlah kepada-Ku, janganlah kamu sekalian kufur”.

وَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ (آل عمران : 145)

“Dan lagi akan Aku balas orang-orang yang bersyukur dengan pahala yang amat besar”.

Serta sabda Nabi SAW:

“Diseru pada hari kiamat golongan Hamadun (orang-orang yang memuji Allah SWT) untuk berdiri, maka berdirilah mereka itu dalam satu himpunan/kelompok, lalu diberikan kepada mereka itu satu panji / bendera, 
kemudian mereka masuk ke dalam syurga. Rasulullah SAW ditanya: Siapakah Hamadun itu ya Rasulallah ? Jawab Rasul SAW: mereka itu adalah orang-orang yang senantiasa bersyukur kepada Allah SWT dalam setiap hal”.

Bagi saya pula, bersyukur itu selain kita menunaikan semua kewajipan yang difardhukan, bercakap benda baik-baik pun salah satu cara bersyukur.nampak simple tapi ia benar.Menghormati orang lain dan tidak memburuk-burukannya juga salah satu azam kita dalam bersyukur.

Menggunakan apa yang kita ada secara maksima juga tanda bersyukur.Melaksanakan pekerjaan kita dengan cara yang paling baik juga salah satu cara kita bersyukur sebab ada pekerjaan sedangkan mungkin ramai lagi orang sedang berhempas pulas mendapatkan pekerjaan yang diingini.

Pendek kata, marilah kita ambil pengajaran dan hikmah di sebalik ayat Quran yang saya kongsikan tadi. InsyaAllah, semoga segala usaha kita untuk mendekatiNya akan diberi kemudahan dan diberi jalan dan laluan yang luas.aamiin.

Terima kasih, sampai jumpa lagi.:)

Post a Comment

0 Comments