Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya pada asalnya bukanlah pengamal makanan herba.Juga bukan ratu jamu yang kalau makan jamu tu steady je.Kali pertama mula kenal jamu dan merasanya sendiri ialah selepas melahirkan puteri sulung saya.Ya, itulah julung-julung kalinya saya mula makan jamu serbuk tradisional yang dibuat sendiri oleh mak bidan kampung.Harganya pun tak sampai seploh ringgit sebungkus.
Rupa buah manjakani yang dikatakan herba ajaib untuk menyelesaikan banyak masalah kesihatan wanita
Sekarang ni, bila masa berlalu, rupanya ada cara lebih mudah dan senang nak makan jamu beb.Saya tahu ni pun, bila salah seorang kenalan di Facebook minta saya kongsikan khasiat terbaik Kapsul Manjakani Asli Mama Tasneem-pheww.Manjakani tuuu.Kenapa kononnya dengan manjakani tu ya?
Kapsul Manjakani Asli Pilihan Terbaik Semua Wanita
Tambah-tambah lagi kalau ko anak dara moden yang tak tahu hujung pangkal tu apakah Manjakani-meh sini akhkak nak kongsi yang sebenarnya manjakani ni sejenis herba yang telah digunakan secara meluas dalam pelbagai tujuan kesihatan, kecantikan dan amalan kebersihan tubuh badan wanita.
Buah manjakani yang kini terdapat dalam bentuk kapsul bagi kemudahan semua wanita yang idamkan kecantikan dalaman dan luaran.
Apa-apahal pun, jom kita tengok khasiat Buah Manjakani kepada kita:
![]() |
| Kapsul Manjakani asli terbaik untuk kesihatan dalaman dan luaran wanita |
KHASIAT MANJAKANI
1. AWET MUDA
Antioksida melambatkan proses penuaan sel.
2. PENCEGAHAN KENCING MANIS
Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.
3. PENCEGAHAN BARAH PAYUDARA DAN RAHIM
Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan rahim.
4. PENCEGAHAN BAU YANG TIDAK DIINGINI
Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.
5. MATA YANG SIHAT
Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
6. RAWATAN PAYUDARA
Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bemanjakani dapat memperbaiki payudara yang telah hilang kekenyalannya.
7. KULIT KERING DAN BERMINYAK
Astringen juga dapat mengaawal kulit kering dan berminyak.
8. PELBAGAI KHASIAT MAKANAN
Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

9. MEMULIH OTOT DALAMAN FARAJ
Tannin pada manjakani amat mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar, lemah atau kendur.
10. MENGAWAL LENDIR DAN LELEHAN FARAJ
Astrigen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.
11. MENGECUTKAN TISU-TISU
Astrigen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
12. MENEGANGKAN DAN MENCANTIKKAN KULIT
Astrigen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
13. MENGUATKAN GIGI DAN KAYA DENGAN KALSIUM
Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
14. MULUT
Astrigen dalam manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut.
15. PERAWATAN KRONIK ULSER
Amalam meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.

ATURCARA KEGUNAAN UNTUK PELBAGAI TUJUAN
Ia amat sesuai untuk melambatkan kedutan muka(awet muda). Disamping itu juga, ia berupaya menghilangkan jerawat yang tumbuh di muka dengan kadar yang amat cepat sekaligus memudarkan parut-parut jerawat yang ada di muka sebelumnya.
Jika untuk menegangkan/memejalkan payudara atau hilangkan hitam-hitam celah kelangkang, ketiak atau pelipat, lakukan kaedah yang sama dan biarlah ia benar-benar kering. Selepas itu terus mandi. Semasa mandi, sisa-sisa serbuk manjakani yang masih melekat di badan itu gunakanlah sebagai scrub(gosok) untuk hilangkan daki-daki / bekas-bekas hitam celah kelangkang atau di mana sahaja. Selepas itu mandilah seperti biasa dan bilas sebersih-bersihnya.
CARA DAN ATURAN GUNA SEBAGAI LULUR/MASKER
Ambil serbuk buah manjakani ini dalam kuantiti separuh sudu kecil (terpulang kepada anda sebenarnya). Campurkan dengan air seolah-olah anda ingin memakai bedak sejuk. Agak-agak keperkatannya supaya mudah disapu. Sapu ke seluruh wajah anda. Biarkan ia betul-betul kering. Selepas itu, bilas dengan air bersih. Jika masalah muka anda teruk, sapulah setiap hari. Jika hanya untuk penjagaan sahaja, tiga kali seminggu sudah memadai.
Ia boleh juga digunakan untuk merawat luka samada luka biasa atau pembedahan perut selepas bersalin. Caranya, cuma sapu pes manjakani (serbuk yang dicampurkan dengan sedikit air)di tempat terbabit dan biarkan ia mengering. Selepas itu, dicuci perlahan-lahan sehingga bersih. Amalkan sehingga ia sembuh.

SEBAGAI EJEN PERAPAT / KEGUNAAN UNTUK BAHAGIAN SULIT
Bagi mendapatkan hubungan suami isteri seperti diimpikan, faraj wanita mestilah sentiasa dalam keadaan bersih, tidak berbau, rahim cantik terletak,faraj tidak banjir dan paling penting,maintain ketat bab perawan. Caranya cukup mudah. Ada beberapa cara sebenarnya.
Ambil serbuk manjakani dan campurkan dengan sedikit air lalu disapu ke pintu lubang faraj. Buat 3-4 kali seminggu pun sudah memadai. Tindakbalasnya akan segera dapat dirasai. Bertahanlah sedikit dengan rasa berdenyut-denyut di bahagian otot yang longgar sebab manjakani sedang bekerja untuk membantu anda.
SEBAGAI PENCUCI BAHAGIAN SULIT
Ambil satu sudu kecil serbuk manjakani ini dan campurkannya dengan segayung air(cebuk air). Kacau atau kocak-kocakkannya sehingga sebati dan gunakan semasa mencuci bahagian sulit anda. Air campuran yang lebih tadi bolehlah disimpan di dalam botol untuk kegunaan pada waktu-waktu yang lain.
*TIPS
Air janganlah disimpan di dalam botol terlalu lama sehingga berminggu-mingu. Bimbang ia akan bertukar menjadi masam sebab air paip kita bukanlah bersih sangat. Bakteria terlalu banyak. Jika air direbus terlebih dahulu lainlah ceritanya. Ia amat sesuai digunakan ketika wanita dalam keadaan haid kerana ia amat kaya dengan bahan antiseptik dan antioksida. Seelok-eloknya gunakan setiap hari sebagai amalan. Cara ini juga berupaya untuk mengetatkan faraj anda.
Selain Kapsul Manjakani, terdapat satu lagi produk yang juga berasaskan buah Manjakani iaitu pembersih intim wanita manjakani-Bab pembersih wanita ni, memang kita tahu sangat penting bagi memastikan dalaman kita sihat dan kuat.
Berikut pula saya kongsikan kelebihan dan manfaat Manjakani Hygiene wash :

2) MANJAKANI HYGIENE WASH/PEMBERSIH INTIM WANITA MANJAKANI
MANJAKANI HYGIENE WASH dengan ekstrak manjakani, serapat, daun sireh dan gel tanpa menggunakan sabun dan bahan kimia dan amat sesuai digunakan oleh semua peringkat umur wanita untuk:
♡ membersihkan, menyegarkan & menyakinkan setiap hari
♡ menghapuskan bau yang tidak menyenangkan
♡ merawat keputihan
♡ mengetat & merapatkan dinding faraj

Nilai pH 3.8 sesuai dgn pH semulajadi bahagian intim dan boleh digunakan hari-hari.
Kelebihan ramuan yang digunakan dalam PEMBERSIH INTIM WANITA MANJAKANI
Manjakani:
kandungan tannin yg tinggi membantu menegangkan bahagian intim selepas melahirkan anak.Sifat antiseptik semulajadinya berupaya mencegah bakteria, kulat dan yis (punca utama gatal-gatal & bau kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita).
Daun sireh:
Terkenal dengan kemampuannya menyegarkan dinding kelamin wanita, mengembalikan keanjalan dan mengurangkan cairan berlebihan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan & rasa tidak menyenangkan sesetengah wanita.
Serapat : berupaya membaiki dan menegangkan tisu faraj serta wangian yang sangat menyegarkan.
Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat tentang kedua-dua produk ini di halaman berikut :

Harga kapsul manjakani : RM30 sebotol (50 biji )
Harga hygiene wash : RM25 sebotol (80ml)
Postage RM6
Jika berminat untuk mendapatkan produk ini, boleh sms/whatsapp:
019 513 8283 (Puan Ina)

0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!