Kedai Buku Online Tawar Harga Buku Murah Dengan Diskaun 70 Peratus

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Rasa macam nak lompat bintang seploh kali sebab jumpa Kedai Buku Online Dengan pilihan Tajuk Buku Dalam Bahasa Melayu.Wei, saya memang sah-sah bukan Cikgu English kat sekolah walaupun kekadang cakap campur omputih dalam blog.Macamlah paham sangat dengan English tu kan, tapi bila dah jumpa kedai buku online yang best macam ni, sumpah den tak cari lain beb!

Bukan apa, kalau buku Bahasa Inggeris ni,setakat baca untuk faham sendiri memang takde masalah besar, cumanya kali ini saya bercadang nak carikan buku-buku best tapi dengan harga bajet ( bajet kedekut..hihi..) untuk anak-anak kecik dan besar saya kat rumah ni.Sementara tengah dok bercuti sekolah ni kan.

Klik Banner Untuk Dapatkan Details tentang
Promosi Terkini di BookCafe

Saya berkira-kira begini sebab, kalau dengan harga biasa kat kedai buku saya hanya boleh dapat satu atau dua buah buku, jadi apa salahnya dengan pilihan di tangan saya sebagai pengguna, dengan tawaran harga runtuh yang Kedai Buku Online ni tawarkan, saya boleh dapat seploh buah buku beb!Ceh gitulah konon-konon ibaratnya!

Kedai Buku Online Tawar Harga Buku Murah Dengan Diskaun 70 Peratus
Mesti korang pun teruja nak tahu, dekat mana boleh jumpa sale dan promo yang best macam ni kan?Meh, saya kongsikan lebih banyak maklumat dekat sini. Klik banner ni pun boleh.Lagi senang, korang boleh terus pilih tawaran sale yang mana satu yang berkenan dalam hati.muehee.


Cakap pasal dapat harga buku jimat ni, saya sebenarnya juga masih berkira-kira dengan bajet pembelian buku ni.Dengan kapasiti askar-askar wataniah dekat rumah ni, yang dah sekolah ada empat orang, harus jugaklah kan kalau si kakak beli 3 buku, paling kurang yang adik-adik pun nak beli dengan bilangan yang sama kan, jadi saya fikir shopping buku dekat Kedai Buku Online nilah yang paling terbaik dan berbaloi untuk saya anak beranak.

Err..anak beranak? Yelah, dah mak beli untuk anak-anak, takkan mak nak tengok je kan.Kalau ikutkan mak yang nak beli lebih-lebih nanti.hhehe.

Haa, ni antara buku budak-budak yang boleh kita beli dengan harga runtuh sehingga 70 peratus tu.

Ni, kalau ikut budak-budak kat rumah ni, mahunya depa borong semua.huhu..
Pelbagai Jenis Buku Dengan Pilihan Penulis Yang Kita Mahu
Ini satu lagi bab beli buku yang saya suka.Kita boleh pilih nak beli atau baca buku dengan penulis yang kita sukai.Katakan saya suka tulisan buku Saudara Baharuddin Bekri, saya klik nama penulis tu, maka keluarlah senarai buku dia yang dijual dekat Kedai Buku Online ni.Suka tak? Suka tak?hehhe.

Kalau beli online dekat sini, siap boleh tahu deskripsi tentang buku ni, dengan harga promosi dan ada sinopsis buku lagi.Memang terbaiklah!

Tak payah tunggu esok atau nanti, ekau tengok tarikh Year End Sale tu pun dah tak berapa lama je lagi.Kalau kita dah suka, kita akan usahakan untuk dapatkannnya kann..eh.eh..kesitu pulak!

Oklah..sampai jumpa lagi.Terima kasih susah-susah baca sampai habis story pasal kedai buku online ni ya.Kalau ada yang dok cari buku-buku agama, kat sini pun ada juga:)

Klik Banner Untuk dapatkan Details tentang Buku Agama


Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!