Rezeki Berblog Dapat 4 Juta Dalam Tempoh 3 Bulan

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Gigih saya menaip sambil dok atas bantal sofa.Laptop pulak saya tenggek atas bantal kekabu yang gebu.haha.Kesian bebenor tengoknya kan.Kemain nak update blog dari kampung rumah mak pak mertua.Saya tak dapat tahan nak kongsi berita baik plus gembira yang saya dapat sejak petang semalam.

Lagi pula, malam ni, anak-anak semua dah kepenatan tidur awal.Mak dan abah mertua juga dah masuk bilik. Tinggal saya dengan Encik Suami yang belum tidur sambil layan drama Tuan Anas Mikail.Ceh gitu.Detail sangat pulak ceghitanya.hoho.

Blog Cik Matahariku

Kalau sebelum ini saya ada kongsi perasaan dan keinginan saya untuk capai Pageviews Blog 10k Sehari, setakat ini, kalau ikut graf dekat Blogger Dashboard, memang dah tercapailah hasrat tu.Alhamdulillah.Syukur nikmat pemberian Tuhan:)

Pageviews Blog selepas capai 10k sehari

Pageviews sebelum dapat 10k sehari

Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang menjadi sebahagian atau penyumbang kepada kenaikan graf pageviews blog saya sehingga capai sasaran 10k sehari.Lepas ni,boleh tolong saya up lagi graf tu sebab nak capai 20k sehari pulak.hehhe.Dunia belako..hmm.

Kalau ikutkan memang tak sempat print screen hok 4 juta dengan nombor kosong-kosong tu,
kira berlebih kuranglah ni ya..muehee.


Kali ini, rasa teruja saya bertambah.Blog kecik saya sudah pun capai 4 juta pageviews dalam tempoh tiga bulan selepas mendapat 3 juta pageviews.Memang rezeki berblog betul nih.Kalau nak dapat RM 4 juta tu macam lambat je lagi kan, tapi dengan buat blog sendiri, merasa jugak dapat 4 juta beb.hoho.

Boleh baca entri syok sendiri saya time dapat Pageviews 3 juta.huhai.Kalau nak dapat tips macam mana nak dapat viewers macam di blog saya atau lebih baik, boleh baca tips yang saya kongsi kat situ:)

Tawaran Khidmat Review Produk Dengan Harga Murah Hati
Alhamdulillah.Kali ini saya memang berbesar hati nak offer dekat sesiapa yang berminat nak dapatkan khidmat review produk di Blog saya.Jangan risau atau takut-takut dengan bayaran yang saya dah tetapkan.Setakat ini, saya memang bermurah hati dan boleh berbincang tentang bayaran.Asalkan pihak client dan tukang buat review puas hati, saya layankan je.

Mungkin ada sesetengah peniaga online, tak nampak kelebihan membuat review produk dalam blog.Setakat yang saya boleh kongsi, jika produk anda di review dalam mana-mana blog, potensi untuk orang ramai mendapatkan info tentang produk anda lebih meluas dan terbuka.Lagi banyak anda minta produk anda di review, lagi bertambah keyakinan pengguna atau pembeli terhadap produk anda.

Kelebihan Buat Review Produk Dalam Blog
Lagi satu kelebihannya ialah, walaupun kita hanya buat sekali review, info tersebut akan terus berada dalam enjin carian selagi tidak di delete atau di padam oleh penulis review tersebut.Menarik bukan? Sebab itulah ada sesetengah Blogger meletakkan bayaran sedikit tinggi kerana faktor ini.

Lebih menarik lagi, saya sendiri berkebolehan memastikan artikel yang saya tulis berada di halaman pertama atau First Page di enjin carian Google.InsyaAllah:).Jadi, pasti peluang terbuka luas kepada pemasaran produk anda bukan?

Boleh tengok-tengok review yang saya dah buat untuk client saya dekat menu Advertorial & Review.Boleh juga cuba Google entri tu kalau nak check sama ada review tu kat first page ke tak.

Apa-apa hal pun boleh contact saya dekat menu Contact di bahagian atas.Terima kasih jika berminat dan silalah hantar mesej kepada saya untuk mendapatkan maklumat lebih detail tentang bayaran.

Sampai sini dulu dan selamat bekerjasama dengan Blog Cik Matahariku:)

Post a Comment

0 Comments