Hadiah Buku Buat Yang Tersayang

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya mempunyai banyak kenangan tatkala membicarakan tentang Hadiah buku kepada insan-insan yang kita sayangi.Dulunya, waktu berkawan-kawan dengan Encik Suami, saya sangat tahu yang dia memang tidak suka membaca, apatah lagi membelek buku-buku baru di kedai buku.Ketika itu, kami berkawan jarak jauh di mana saya bekerja di Johor Bahru dan dia di Kuala Lumpur.


Saya masih ingat, buku pertama yang saya hadiahkan kepadanya ialah sebuah buku yang bagi saya sangat peribadi tapi menarik untuk dihayati-saya kongsikan buku itu dengannya.Buku tulisan Fathi Yakan: Apa ertinya saya menganut Islam-yang bagi saya sangat sesuai dibaca khasnya bagi seorang bakal pemimpin keluarga seperti Encik Suami.heh.

     
Klik Gambar Untuk Dapatkan Harga Promosi

Saya ingat kalau saya tak berjodoh sekalipun dengan dia, ilmu dalam buku itu tetap berguna kat dia.Ceh gitu.Bajet redha jelah masa tu.:)

Ada jugak beberapa buku lain yang saya pinjamkan.Saya memang tak tanya dia baca ke tak buku yang saya belikan atau pinjamkan tu.Ikutlah.Pada saya, jika kita beri atau hadiahkan seseorang itu dengan sebuah buku, tidak bermakna dia kena khatam buku itu dalam satu hari.Cukuplah kalau orang yang kita sayang dapat sedikit ilmu atau benda baik dengan apa yang terkandung dalam buku tu.


Bila dah kahwin, Encik Suami saya memang gitu-gitu jugak orangnya!haha.Buku bagi dia bukan satu benda yang best.Phew.Kecik hati den tau.Tapi takpe.Setiap kali kalau kami sekeluarga keluar bersama, dia still bawa saya dan anak-anak pi mana-mana kedai buku yang kami minta.Tu kira part yang paling heaven buat saya dan anak-anak.hehhehe.

Nampak tak psikonya saya kat situ.Saya tak kisah kalau Encik Suami tak suka buku asalkan dia suka saya.haha.Bagi memastikan hobi dan minat saya tak mati, saya train sekali anak-anak saya sukakan buku.Jadi, bila depa dah besar dan boleh membaca, memang Encik Suami tak boleh kata apa dah.

  
Klik Gambar Untuk Dapatkan Harga Promosi

Mungkin saya tak berjaya jadikan dia suka akan buku seperti saya, tapi jangan ingat saya tak boleh "hasut" dan buat anak-anak dia mempunyai minat macam saya.kehkeh.

Sebenarnya, saya tahu dia bersyukur dalam hati kot sebab saya didik anak-anak lebih sukakan buku daripada barang mainan yang entah hapa-hapa.Yelah kan, kalau ikutkan bajet besar kami sekeluarga ni, mahu ketar lutut juga kalau setiap sorang mintak patung barbie atau princess sorang satu atau koleksi Transformer atau Ultraman yang harganya pasti lebih mahal dari sebuah buku komik atau buku cerita kanak-kanak yang siri teladan tu.haih.Syukur sangat-sangat beb:)


  
Klik Gambar Untuk Dapatkan Harga Promosi

Bagi saya, menghadiahkan buku kepada seseorang yang kita sayang, tetap evergreen sampai sekarang.Buku bukan sesuatu yang tak ikut peredaran masa.Meski pelbagai edisi buku yang terdapat di pasaran termasuk jenis ebook yang boleh kita baca hanya melalui aplikasi telefon pintar, saya tetap setia dan percaya baca buku sambil golek-golek atas katil atau sambil kunyah kacang yang kita suka atau sambil dengar lagu yang kita suka tetap memberi kepuasan tersendiri!

Orait, kalau anda pun sama macam saya, suka sangat akan buku, kita geng:)Cuba kongsi sikit cerita anda di ruangan komen ya!

Post a Comment

0 Comments