Review Buku Biografi Muhammad Bin Abdullah

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, saat saya mengikuti review sebuah buku insan terulung di dunia ini iaitu sebuah buku mengenai Biografi Muhammad Bin Abdullah, lantas saya teringat akan beberapa nama ini-Ustaz Ridhuan, Ustazah Anjariah, Arwah Ustaz Ahya, Ustaz Zainuddin dan beberapa nama lagi yang samar-samar dalam ingatan saya.

Barisan nama ustaz dan ustazah saya dahulu saat saya mula diperkenalkan dengan siapa sebenarnya Muhammad bin Abdullah.Saya selalu menegur kesilapan diri saya sendiri, kerana pada usia belajar di sekolah agama di Johor dahulu kerana terlalu banyak mainnya dari belajar dengan sesungguhnya.Bila menginjak usia dewasa, hal-hal agama yang saya sudah pelajari jadi semakin mengecil dan menyurut dari kotak fikiran saya.Entah kenapa jadi begitu.

Buku Biografi Nabi dan Nostalgia Saya
Mungkin kerana kecilnya usia waktu belajar dahulu atau saya sendiri yang lalai dalam menjaga keistiqamahan mengamalkan ilmu yang dipelajari.-

Tulisan buku ilham istimewa nukilan (Prof Dr) Zulkifli Haji Mohd Yusoff dan (Dr) Noor Naemah Abd Rahman dengan tajuk Biografi Muhammad bin Abdullah banyak mengembalikan akan nostalgia tatkala saya mengikuti kelas agama pada waktu petang dahulu.Sedikit sebanyak bila saya mengikuti tulisan dalam buku ini, saya akan terbayang dan teringat semula kisah yang sama yang ustaz dan ustazah saya sampaikan dahulu-Ada rindu bertamu di hati saya tika ini-aduhaii.

klik gambar buku untuk dapatkan harga promosi dan review penuh mengenai buku ini

Sebelum mengenali Blog, saya antara pengemar dan pencinta bau buku baru-ah!saya dapat rasa kebanyakan pencinta buku sangat suka akan bau buku baru bukan? Membaca di dada maya atau secara online tidak seindah dan senyaman tatkala kita membaca dengan buku itu sendiri di dada atau telapak tangan kita.-

Kali ini, saya kongsikan beberapa review mengenai buku terbaik : Biografi Muhammad Bin Abdullah- yang harus dimiliki bukan sahaja kalangan penganut baru ajaran Islam malah ia lebih dipertanggungjawabkan untuk dimiliki oleh setiap keluarga dalam sebuah rumahtangga Muslim.

Review Pertama
Setiap nabi dikurniakan dengan mukjizat yang sesuai dengan zamannya dan mengatasi kehebatannya kaumnya. Nabi Musa diberikan mukjizat tongkat yang bertukar menjadi ular hingga dapat mengalahkan Firaun dan ahli sihirnya. Nabi Isa pula dikurniakan dengan kemampuan menghidupkan orang yang sudah mati, sesuai dengan kaum pada zamannya yang hebat dalam ilmu perubatan.

Rasul junjungan kita pula, Muhammad s.a.w dikurniakan dengan mukjizat yang agung, iaitu Al-Quran yang sangat indah bahasanya. Ketinggian bahasa Al-Quran menundukkan kehebatan para penyair Arab yang terkenal dengan syair-syair yang bisa memukau para pendengar. Itulah kehebatan bahasa dan bahasa sangat berkuasa. Bahasa yang indah seolah-olah mempunyai tempias mukjizat yang mampu mempengaruhi minda dan menyentuh hati manusia. Mahakarya agung ciptaan manusia terletak pada bahasa yang mengungkapkannya.

Memahami hakikat ini, keindahan dan kelancaran bahasa adalah kekuatan utama bagi sesebuah buku. Justeru, sebuah buku yang bercerita tentang kehidupan Rasulullah, terlebih utama perlu menggunakan bahasa yang indah sehingga mampu membuakkan kecintaan kita kepada Rasulullah. Oleh sebab inilah, buku Biografi Muhammad Bin Abdullah ditulis dengan bahasa yang mudah dan indah. Kekuatan buku ini adalah pada bahasanya.

Biografi Muhammad Bin Abdullah adalah buku sirah yang terbaik untuk mengenali Rasulullah. Menghayati kisah hidup nabi dalam buku sangat mengasyikkan. Novel-novel cinta yang popular sekalipun tidak mampu memberikan kenikmatan yang setara dengan nikmatnya membaca buku ini. Kita teruja untuk menghabiskan ayat demi ayat, helaian demi helaian buku ini, daripada muka surat pertama hinggalah ke muka surat terakhir. Inilah biografi kekasih yang teragung dan kisah cinta yang paling indah di dunia.

Buku ini adalah rakaman sirah yang lengkap tentang Rasulullah. Buku ini bermula dengan kisah-kisah ajaib yang berlaku sebelum kelahiran baginda. Sebagaimana peristiwa kelahiran baginda membawa sinar kebahagiaan ke seluruh dunia, buku ini juga berjaya membuatkan para pembaca asyik dalam penceritaan yang amat menarik. Namun, apabila tiba detik Rasulullah menghembuskan nafas terakhir, kita akan tenggelam dalam kesedihan dan hanyut dalam kerinduan kepada kekasih agung, Rasulullah s.a.w.

Babak demi babak seluruh kehidupan Rasulullah diceritakan dengan baik sekali. Penceritaannya mampu menggugah emosi pembaca. Inilah bahan bacaan yang terbaik sebagai pelengkap kepada karya sirah tentang Rasulullah s.a.w.

Review Kedua
Muhammad diberi pilihan untuk hidup kekal di dunia atau meninggal dunia seperti manusia biasa. Hal ini dijelaskan dalam dialog baginda dengan sahabatnya, Abu Muwaihibah semasa baginda dan Abu Muwaihibah menziarahi perkuburan Baqi'.

“Wahai Abu Muwaihibah. Aku diberi pilihan antara diserahkan kepadaku segala kekayaan dunia semuanya dan aku kekal di dunia kemudian aku masuk syurga. Ataupun aku bertemu dengan Tuhanku dan kemudian aku masuk syurga.”

Abu Muwaihibah berkata, “Wahai Muhammad. Pilihlah kami.”

Muhammad berkata, “Tidak, wahai Abu Muwaihibah. Aku memilih bertemu dengan Tuhanku dan syurga.” Kecintaan kepada Allah memenuhi hati Muhammad.

Tidak lama kemudian, Muhammad diserang sakit kepala yang amat sangat. Kesakitan para nabi adalah seperti kesakitan dua orang biasa.

Kemudian Muhammad diserang demam panas yang sangat kuat. Menurut Abu Said al-Khudri, sahabat yang meletakkan tangannya ke dahi Muhammad, “Aku tidak tahan meletakkan tanganku di atas dahi Muhammad kerana terlalu panas. Belum pernah aku melihat orang demam panas sampai begitu.”

Pada pagi 12 Rabiulawal, sakit Muhammad semakin kuat. Peluh keluar mencurah-curah dari kepala baginda. Aisyah menyapu muka baginda dengan air untuk meredakan kesakitan baginda. Muhammad berkata, “Wahai Aisyah. Sesungguhnya mati itu mempunyai sakarat (kesakitan).”

Pada saat kematiannya, Muhammad mengulang-ulang satu kata-kata, seolah-olah baginda diberi pilihan lagi untuk kali terakhir, sama ada memilih hidup kekal di dunia atau segera bertemu dengan Allah. Muhammad berkata, “Bahkan teman sejati di Syurga. Bahkan teman sejati di syurga.”

Aisyah berkata, “Ketika Muhammad mengulang-ulang kata-kata itu, kepalanya terlentok ke bahuku. Pandangannya mendongak ke langit. Roh Muhammad sudah keluar dari jasadnya untuk bertemu dengan Allah. Aku meletakkan kepada Muhammad ke bantal, lalu aku menangis. Semua ahli keluarga Muhammad yang perempuan juga menangis. Tangisan kami dapat didengari sehingga ke luar rumah.”

Apabila tiba detik Muhammad menghembuskan nafas terakhirnya, seluruh alam seolah-olah terpaku, masa terhenti, dan suasana menjadi hening. Saat kematian Muhammad ini diceritakan dengan lebih terperinci dalam buku Biografi Muhammad Bin Abdullah, buku sirah yang terbaik untuk mengenali Rasulullah.

Kurang Rasa Malu Dengan Miliki Buku
Paling kurang, jika kita telah memiliki Buku Biografi Muhammad Bin Abdullah, akan kurang sedikit rasa malu kita jika memiliki buku best seller Biografi lain karya agung penulis barat atau timur.

Klik Banner Untuk Lihat lebih banyak buku dengan harga promosi yang lebih menarik

Anda boleh miliki buku ini secara online di Bookcafe.com dengan pengurangan harga sebanyak 15 peratus.Cafe buku tersebut baru sahaja menawarkan promosi pada semua buku-buku berkisar kisah dan perjuangan Nabi Muhammad SAW bersempena bulan kelahiran Baginda pada bulan ini.

Post a Comment

0 Comments