Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sebenarnya sejak awal minggu ini, mulai hari Isnin hingga Semalam, hari Rabu saya menerima bayaran komisen dalam tempoh tiga hari berturut.Memang heaven betul rasanya beb.haha.Semua komisen tu saya terima kerana menyertai Affiliate.
Kali ini saya ingin kongsikan pula pendapatan pasif yang saya terima dengan menyertai Affiliate Jobdirumah.com.Kalau ikutkan, saya tak pernah terfikir pun sejak saya mempunyai blog,yang saya akan dapat jana pendapatan sehingga 1k.Pheww.Bajet macamlah dia sorang je dapat komisen ek.hoho.
Dashboard Affiliate report di Jobdirumah.com
Orait, marilah kita sama-sama selongkar rahsia macam mana saya berjaya dapat komisen sehingga Ik tu.Sebenarnya saya bukanlah perahsia sangat kalau bab dapat komisen.Saya belajar ini semua pun dari blog orang lain, jadi saya niatkan kalau saya dapat hasilnya, saya akan kongsikan pula dengan readers di blog saya.
AlHamdulillah.Syukur kepada Allah yang beri saya peluang dan kemampuan untuk memperolehi semua ini.Pun dengan bantuan Blogger lain yang berkongsi kejayaan mereka dalam blog masing-masing.
Daftar disini untuk dapatkan info lanjut kerja part time dengan Jobdirumah
Seingat saya, dengan Jobdirumah lah saya mula menjana komisen yang pertama dalam Affiliate.Saya pun pada mulanya agak cuak dan takut-takut kalau program Affiliate yang saya ikuti ini adalah tipu daya Syaiton semata-mata-huhu.Maklumlah msa saya mula mengenali dunia Blog sekitar tahun 2011, alam maya ini masih di anggap penuh dengan penipuan dan kepura-puraan.uikss.over pulak ko.
Tapi ketakutan dan kerisauan tu taklah besar sangat sebab dengan Affiliate Jobdirumah ni kita cuma buat artikel tentang kerja part time di rumah.Promo tentang pelbagai kerja part time yang boleh jana pendapatan sehingga RM950 sebulan.Mudah saja bukan?
Tambah lagi, semua maklumat dah ada, tinggal ikut kreativiti kita sendiri nak buat artikel macam mana supaya bila pelanggan baca artikel kita, dia pun nak buat kerja part time tu.Begitulah asalnya saya mula menulis banyak artikel "Affiliate Content".
klik gambar untuk daftar sebagai pekerja di rumah
Secara peribadi, saya tahu sebenarnya pendapatan kerja part time tu lebih lumayan berbanding menjadi Affiliate seperti saya.Sebab upah kita dibayar dalam USD.Cumanya saya tak mampu lagi nak beri komitmen dekat orang lain dalam buat part time ni.
Nampak tak sekarang, saya mula Affiliate ini dengan sekadar ingin mencuba perkara baru dalam hidup saya.Tak sangka sudah hampir sejauh ini impian saya tercapai!Anda bagaimana? Kalau anda inginkan bayaran yang lebih lumayan, mengapa anda tidak mencuba kerja part time yang boleh kita usahakan sahaja dari rumah.Mudah dan Selamat bukan?
Terutamanya bagi adik-adik lepasan SPM atau yang masih belum bekerja tetap.Kalau ikut akhak ni dik, nak buat semua kerja part time yang akk tahu boleh bagi pendapatan lumayan macam jobdirumah ni.Tapi tulah, la ni akhkak tengah dalam fasa mempunyai keluarga, kerjaya tetap dan part time blogger.Pun ada hati nak tambah komitmen buat kerja part time kat rumah dik.Pheww..
Jadi, adik-adik yang memang belum pasang niat nak kahwin, belum ada kerja tetap tapi pada masa sama ada hati nak dapat ribu raban, inilah salah satu caranya.Upah dibayar dalam USD tu.
Setakat ini, Alhamdulillah.Dengan buat pasif income dengan Blog, banyak benda dan impian besar saya tercapai dalam tahun ini.Yay!!Antaranya saya dah capai apa yang saya nak dalam entri ini-Rumah Mampu Tengok dan Mampu milik- & Maple Impian Terbaharu Saya-Saya juga dapat upgrade phone saya seperti yang saya pernah story dalam entri ini : Harga dan Cerita Iphone-
Kadangkala dalam dunia bisnes ni, modal tak perlu besar pun.Biar mula dengan modal kecil atau macam saya sendiri zero modal ( taklah juga zero dalam erti kata sebenarnya sebab Encik Suami bayar bil Unifi kan tiap bulan..huk.uhuk).Selepas kita mula dan cuba itulah, baru kita nampak teknik atau strategi macam mana yang kita boleh guna untuk promote atau buat sales dengan bisnes kita-
Orait, dah macam luah perasaan pulak kat sini.:)Hakikatnya, dalam hidup kita, memang sentiasa kena berubah dan mencari peluang yang lebih baik-Allah sendiri mewahyukan begini kepada kita :
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya."surah Ar-Ra'ad (ayat 11)-
Terima kasih sudi baca sampai habis entri luah perasaan ini-Semoga dapat manfaat!




0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!