Terima Bayaran Komisen Ke-59 dari Affiliate Sweetmuslimah.com

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Baru berkesempatan update pembayaran komisen untuk program Affiliate yang saya sertai.Kalau ikutkan, tahun ini memang tahun paling untung (ewahh..kemain ayat!) sejak saya mula melibatkan diri dari dalam bisnes Affiliate pada tahun 2013.Owhh..dekat tiga tahun jugak rupanya saya buat Affiliate ni.AlHamdulillah.

Ucapan Syukur Sebagai HambaNya
Pernah saya baca satu status dalam satu Facebook, entah saya pun dah tak ingat siapa punya akaun Facebook tu, tapi dia ajar kita cara mengucapkan syukur dengan cara paling indah sebagai seorang HambaNya.Yelah, kita ni kan manusia biasa-biasa.Maksudnya sayalah tu.Amalnya pun biasa-biasa je.Pun berharap semoga sentiasa diberi kekuatan untuk memperbaiki diri dan ibadah setiap hari.huhu.

Katanya begini, tak salah kita ucapkan lafaz syukur seperti yang biasa kita buat tatkala dapat nikmat dan anugerah pemberianNya cuma adalah lebih baik kalau kita dapat ucapkan yang lebih santun begini :

Terima Kasih Ya Allah kerana mentakdirkan dan menetapkan aku untuk mendapat dan menerima semua nikmat-nikmat ini pada masa ini-

Ayatnya lebih kurang macam tulah.Kadang-kadang sebagai manusia lemah iman dan banyak dosa ni, kita akan ingat dan sangka yang Allah bagi kita nikmat tu sebab amal atau kebaikan yang kita buat, kita sangka sebab doa-doa kitalah Allah kabulkan permintaan kita-Bukan begitu?

Jika terbiasa dengan sangkaan itu, kita akan rasa diri kitalah penyebab makbulnya doa, sedangkan sebagai hamba, wajiblah kita meletakkan bahawa DIA-lah yang maha berkuasa dan maha layak memperkenan segala pinta.Ya, DIAlah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani kepada semua hambaNya yang berdosa dan taat.

Dialah juga sebaik-baik perancang yang tahu manakah yang lebih baik untuk setiap hambaNya.

Orait, jadi kira saya pun mulalah belajar untuk mengucapkan syukur yang begitu.Semuanya dari Allah semata-mata-Insya Allah-

Terima Pembayaran Komisen Ke-59 dari Affiliate sweetmuslimah.com
Paling seronok tatkala penjawat awam lain tengah kira hari gaji dalam seminggu dua ni, saya dah selamat terima pembayaran komisen ( yang saya selalu anggap "gaji" atau "bonus") sebagai Affiliate di sweetmuslimah.com.Saya selalu positif-Sejak mula saya mendapat komisen sebagai Affiliate meski hanya dengan keuntungan 10 percent, tapi begitulah ianya bermula.Walau hanya RM5.90!itulah rezeki saya dalam buat duit dengan blog kecik ini.

Huii..memang happy sangat bila tengok jumlah transaction ke akaun saya semakin meningkat dan meningkat.heheh.

 Terima pembayaran komisen kali ke-59 dari Affiliate sweetmuslimah.com

Jumlah komisen yang diterima sepanjang Januari hingga November 2015

Setiap kali juga, saya akan kongsikan dengan readers blog ini.Anda pun boleh dapat macam saya.Cubalah bidang baru dalam Affiliate Marketing, InsyaAllah anda akan lihat hasilnya.

Buat masa ini, saya banyak kongsikan semua produk baru yang terdapat di onlineshop sweetmuslimah.com- Paling selesa kongsikan produk dari sweetsmuslimah online shop ini ialah selain anda dapat pilihan baju muslimah yang cantik dan bergaya, fesyen pakaian dari sweetmuslimah ini mementingkan 3 ciri utama yang para wanita muslim kena jaga iaitu :
  • Pakaian ini dapat bantu kita menjaga aurat dengan lebih mudah dan baik.
  • Pakaian ini juga memberi keselesaan kepada kita untuk menunaikan solat.
  • Pakaian ini beri keselesaan dan kemudahan kepada wanita yang masih menyusukan baby dengan baju nursing friendly-
Kalau anda rajin ikuti entri saya berkaitan baju di sweetmuslimah, anda pun boleh tengok sendiri fesyen-fesyen baju yang dah saya kongsikan.Takpe.Jangan susah hati, saya berbesar hati untuk kongsikan fesyen kurung Najwa yang terkini juga yang tengah sales.Phew..memang bajet habislah!

Haa..kan dah kata, suka tak? Klik gambar kalau nak tengok lebih banyak pilihan warna dan saiz

Boleh tengok jugak, details tentang kurung Najwa ni kalau anda klik gambar.Contohnya anda nak tengok bahagian lengan ke, bahagian leher ke..memang puas hati beb:)

Kualiti jenis kain untuk kurung Najwa ni pun semua orang tahu ia memang selesa di badan kan.. 

Ramai jugak yang bagi review sampai bagi 5 bintang ko..terbaik!

Orait, saya ingat sampai sini dululah ya!kalau ada sesiapa yang mula jatuh hati dengan Kurung Najwa dari sweetmuslimah.com ni, boleh juga pi window shopping kat sini : Butik Online Shop Sweetmuslimah.com-

Thanks sudi baca dan boleh kongsikan dengan kengkawan satu rumah atau kengkawan satu grup..yeahhh!

Post a Comment

0 Comments