Tips Menjadi Usahawan Sehebat Rasulullah SAW

Dengan Bismillah,
Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dalam banyak hal yang saya ingat ketika mengikuti sirah Nabi Muhammad SAW bersama Ustaz dan Ustazah saya semasa lingkungan usia 8 hingga 12 tahun ialah kisah tatkala Jibrail datang menemui Baginda Muhammad SAW dan memeluk baginda seraya mengucapkan Bacalah Dengan Nama Tuhan-MU.

Masa tu saya masih kecil dan bayangan saya tentang takutnya Baginda apabila Malaikat Jibrail datang bertemunya itu membuatkan saya sangat yakin dengan semua kisah-kisah Nabi yang Ustaz dan Ustazah saya sampaikan.Yelah time tu, seingat saya Ustaz dan Ustazah kat sekolah Agama saya di Johor ramai yang garang-garang dengan umur yang sebaya mak bapak saya pulak tu.huhai.

Ada seorang Ustaz tu pulak, kecik je, tapi dengar suaranya memang tak boleh nak mengantuk dan dia siap bawak rotan panjang time ajar kita orang sebut kalimah syahadah dan hafal surah Al Fatihah.Alhamdulillah, dengan tunjuk ajarnya saya ingat ramai je kawan-kawan sebaya saya dulu yang sama satu kelas sekarang ni dah boleh ajar anak-anak depa benda yang sama.:)

Bila bercerita Sirah Nabi Muhammad SAW pula, ramai je yang kurang perasan bahawa Selain Kepemimpinan Baginda yang terbilang,Baginda juga sebenarnya seorang Usahawan atau Ahli perniagaan hebat pada zamannya dan sepatutnya menjadi inspirasi dan teladan kepada semua Usahawan pada zaman ini.

Jangan ingat zaman baginda dulu takde perniagaan online, maka tiada contoh keusahawanan Nabi yang boleh kita contohi.Anda memang silap kalau fikir begitu.Lihat sahaja apa ulasan Penulis buku ini mengenai Bagaimana Hebatnya Rasulullah ketika mengendalikan perniagaan milik Siti Khadijah.

Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad bin Abdullah
Klik gambar untuk dapatkan review penuh tentang buku ini

Sama ada kita sedar ataupun tidak, orang Islam sering terlupa, Nabi Muhammad adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya pada zamannya. Ini kerana kita sering menyempitkan pandangan kita pada beliau. Kita hanya melihat Nabi Muhammad sebagai pemimpin agama semata-mata. Kita juga lebih banyak mengetahui kisah hidupnya selepas beliau diangkat menjadi rasul. Padahal, contoh-contoh pada dirinya yang perlu kita ikuti wujud sejak beliau kanak-kanak, remaja dan sehingga dewasa. Sebelum diangkat menjadi rasul, nabi menunjukkan peribadi yang menandakan beliau bakal menjadi manusia terpenting dalam sejarah dunia. 

Buku terbitan PTS Publisher ini berkongsi dengan anda semua bagaimana ciri yang ditunjukkan Nabi SAW dalam menjalankan perniagaan sehingga menyebabkan baginda membawa keuntungan berlipat kali ganda kepada bisnes Siti Khadijah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.

Kandungan buku ini antara lain menceritakan tentang :
Bab 1
  • Nabi Muhammad Sebagai Seorang Usahawan    
  • Pengajaran daripada Menjadi Seorang Penggembala    
  • Pengajaran daripada Kegetiran Hidup    
  • Jejak Keusahawanan Nabi Muhammad    
  • Inti Pati Ajaran Rasul    
  • Karier Sebagai Pedagang    
  • Inti Pati Ajaran Rasul    

Bab 2
  • Bagaimana Nabi Muhammad Membina Keusahawanannya    
  • Tahap Keusahawanan Nabi Muhammad    
  • Inti Pati Ajaran Rasul    
  • Model dan Prinsip Keusahawanan Nabi Muhammad    
  • Inti Pati Ajaran Rasul    

Dalam bab 3 buku ini pula, telah menceritakan secara detail tentang tips interpersonal yang harus dimiliki oleh para usahawan offline dan online yang menjalankan perniagaan.

Bab 3
  • Cara Nabi Muhammad Membina Kredibiliti dan Kebolehan    
  • Mengutamakan Akhlak     
  • Mengutamakan Pembelajaran    
  • Mengutamakan Orang Lain    
  • Mengutamakan Silaturahim     
  • Inti Pati Ajaran Rasul    
  • Karakter Unggul FAST     
  • Orang yang Cerdas    
  • Inti Pati Ajaran Rasul    
  • Orang yang Dipercayai    
  • Orang yang Benar dan Jujur    
  • Inti Pati Ajaran Rasul    
  • Orang yang Komunikatif    

Ada 4 bab semua sekali dan banyak benda yang kita boleh belajar daripada buku ini.Jika anda ingin mengetahui lebih banyak tentang kehebatan Rasulullah SAW sebagai seorang Usahawan, anda boleh sahaja dapatkan buku ini dan beli secara online di sini : Beli Buku Menjadi Usahawan Sehebat Rasulullah SAW-

Klik Gambar untuk dapatkan review penuh buku yang anda mahu

Sempena Keputeraan Baginda Rasulullah SAW pada bulan ini, Bookcafe.com salah sebuah syarikat buku yang menjual buku secara online, turut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi kebanyakan buku mengenai Nabi Muhammad SAW.

Boleh juga tengok-tengok pelbagai tajuk buku yang mendapat diskaun dengan klik disini : Beli Buku Dengan Harga Promosi di Bookcafe.com 

Selamat membaca dan semoga kita dapat mencontohi kewibawaan Rasulullah sebagai Usahawan terbilang:)amiin dan InsyaAllah.:)

Post a Comment

1 Comments

  1. We're a bunch of volunteers and opening a brand new scheme in our community.
    Your site provided us with helpful information to work on. You have performed an impressive job and our whole community might be thankful
    to you.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!