Tudung Kanak-Kanak Murah Beli Online

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tudung Kanak-kanak murah memang susah nak dapat kalau kita ni jenis mak bapak budak yang pentingkan keselesaan anak-anak.Bagi saya, pemakaian tudung yang selesa kepada anak-anak yang baru belajar pakai tudung ni memang sangat penting.Tambah-tambah saya ada 3 orang anak pompuan berderet.Memang kena fikir bajet lebih sikit kalau nak sediakan depa ni tudung yang selesa, berkualiti dan mestilah cantik kan.hehhe.

Baru-baru ini saya tahu dari seorang teman Blogger akan sebuah online shop khas untuk anak-anak kita yang berusia dari 3 tahun sampai 17 tahun.Memang sesuai dengan tahap umur anak-anak sayalah tu.Demi nak puaskan hati, saya pi tengok sendiri kedai online ni : Kedai Tudung Online Si Comel-

Alhamdulillah.Memang puas hati.First time masuk memang imppress tengok katalog jenis tudung yang kita boleh tengok.Sangat kemas dan tersusun.Kita yang nak beli dan buat pilihan pun senang beb:).

Meh, saya kongsikan gambar jenis tudung yang cantik dan dapat harga berpatutan dekat sini.

Jenis Fesyen tudung Instant Shawl.Kualiti kain pun lembut dan selesa untuk anak-anak kita

  • Instant Shawl Kupu-kupu Edisi Terhad adalah Instant Shawl Hybrid Istimewa TudungSiComel yang dijahit secara Dwi Tone menggunakan materiel Cotton Prada Original berkualiti Korea Istimewa Lembut dan Selesa. 
  • Edisi Terhad - Kita hanya hasilkan 40 helai sahaja setiap warna (10 warna) bagi menjamin ianya kekal Eksklusif. Jadi yang sempat memilikinya hanyalah Si Comel yang istimewa sahaja.
  • Ianya mampu membuatkan Si Comel tampak lebih kemas dan selesa namun tetap bergaya.
  • Bunga-bunga tepi dijahit terus dan dihasilkan khas dengan potongan istimewa kanak-kanak. Ini bagi memastikan ianya MUDAH dipakai, TIDAK PERLU menggunakan pin. Mudah dibasuh, LEMBUT dan pastinya SELESA.

Ada 10 jenis pilihan warna yang kita boleh pilih untuk Instant Shawl jenis ni. Cantik-cantik kan.:)

Jika anda inginkan tudung sarung yang lebih ringkas untuk anak-anak pi kelas mengaji atau tuisyen kedai online Tudung Si Comel ni ada jugak tawarkan pilihan tudung sarung yang cantik dan selesa.

Jom, saya kongsikan jenis tudung sarung yang ada di sini :

Yang ini pula jenis tudung sarung yang cantik dan kemas.Harganya pun kalau RM50 tu, kita boleh dapat dua pasang lagi.Best kan?

Anda boleh klik gambar untuk dapatkan saiz dan warna tudung yang lain. 

Mengapa Perlu Beli Tudung Kanak-Kanak Yang Selesa?
Pada peringkat awal, saya latih anak sulung saya bertudung, saya tidak sedar bahawa ada sesetengah jenis kain yang tidak sesuai bagi pemakaian anak-anak kita.Maklumlah waktu itu anak saya berusia lingkungan 5 tahun.Anak kecil lingkungan usia tersebut memang aktif dan kuat berpeluh.Tambah-tambah kalau dia dah jumpa sepupu dan geng main dia.

Sejak itulah, saya sangat ambil berat akan ciri keselesaan ketika memilih untuk membelikan tudung kepada anak-anak pompuan saya.Selain itu, kena cari jenis tudung yang lembut dan mudah dicuci.Bab ni pasti ibu bapa maklumlah kan.Budak-budak ni, nama je pompuan, bab comot tu memang tak boleh elak kalau pun umur dah 7-8 tahun kan.muehehhe.

Kalau ikut depa nih, mahu dia buat tudung tu kain lap.selamba je pulak tu.haha.Ni bukan kes mak bapak tak ajar, pada saya kadangkala, spontan depa buat gitu.Yelah, dah nama pun budak kecik, apa ada hal kalau comot pon kan.hehhe.

Jadi, kalau tak nak pening kotoran kat tudung tak boleh hilang, marilah kita sama-sama shopping tudung dengan beli online di sini: Kedai Online Tudung Si Comel-

Orait, sampai sini dulu,harap perkongsian ini dapat bantu anda buat pilihan tudung untuk anak-anak anda:)

Post a Comment

0 Comments