Azam Tahun Baru 2016 : Miliki Semua Impian Besar & Kecil

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tatkala memandang buku kecil warna biru laut-hadiah pemberian seorang sahabat, yang sangat sayang untuk saya gunakan, tapi akhirnya digunakan untuk menulis impian-impian kecil dan besar saya!saya berasa seperti menulis cerita dongeng untuk diri sendiri.

Manalah saya tak rasa begitu, dalam buku kecil itu, pelbagai hajat dan impian yang saya senaraikan.Tambahan pula saya menulisnya tanpa mengambil kira apakah akan makbul impian-impian saya ini?

Saya jadi begitu gigih dan bersemangat menyenaraikan lebih banyak impian saya apabila terbaca dalam satu petikan kata-kata, yang saya pun dah tak ingat dari buku mana saya mendapatnya.Tulisnya begini :

Hasil carian imej untuk gambar seorang diri di taman bunga

Berdoalah semahumu sebanyak-banyaknya.Mintalah apa sahaja.Apa sahaja yang kamu ingini dan ingin miliki.Meski Engkau sendiri musykil akan mendapatnya atau tidak.Tulislah semua impian besar dan kecilmu,Mintalah apa sahaja.

Jangan ragu, Kerana Engkau meminta dengan yang Maha Kaya.Yang memiliki langit dan bumi.Yang mengetahui hal kecil dan besar.Jangan Engkau Fikirkan bagaimana jalan mencapai impian dan hasrat yang telah Engkau luah dan pohonkan.

DIA akan menolongmu.DIA akan tunjuk jalan untukmu.DIA akan hantar sesiapa sahaja demi membantumu.DIA akan kabulkan permintaanmu.Percaya dan Yakinlah.Itu sahaja yang engkau perlu-

Azam Tahun Baru 2016 : Miliki Semua Impian Besar & Kecil
Ya, inilah rencana saya untuk tahun 2016.InsyaAllah, semoga dipermudahkan dan diberi kekuatan diri dalam mencapai impian-impian saya-

Selamat menempuh tahun 2016 kepada semua readers blog kecik ini.Terima kasih kerana memilih untuk bersama saya-Andalah yang saya banggakan.Doakan saya terus maju dan cemerlang dalam membangunkan blog kecil ini.

Sampai jumpa lagi:)

Post a Comment

0 Comments