Terima Komisen ke-5 dari Affiliate Bookcafe.com

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Haih.Lama betul saya tinggal blog ni.Adalah dalam 3 minggu.Syukur ada cuti Thaipusam hujung minggu ni, kalau tidak mahu kena pi sekolah jugak agaknya.hoho.Ini pun saya taip entri blog ekslusif dari rumah mak mertuo den.Phew.Kira moden jugaklah kampung Encik Suami saya ni kan, setakat nak tengok tv astro dan layan wifi tu, takde masalah.hehe.Dasar menantu hantu.ciss.

Err..bukan macam tu.Saya sempat "memblog" ni pun sebab mak dan pak mertua dengan Encik Suami tengah sembang-sembang kat pelantar belakang rumah.Saja nak bagi suami habiskan masa sembang-sembang dengan orang tua.Sambil ngadap blog ni pun, si Kakak pun ada dok sebelah dok tolong mintak ajar homework matematik dia.

Dapat Komisen Terbaharu Dengan Affiliate Bookcafe.com
Orait, balik pada cerita yang saya nak kongsi kali ini, memandangkan saya ni memang suka bab-bab dapat duit, maka sukalah nak saya kongsikan perkembangan terbaru mengenai program Affiliate bersama Bookcafe.com yang saya baru sahaja join dalam dua tiga bulan.

Nampaknya dah membuahkan hasil beb.Sejak Disember hingga Januari, saya dah boleh jana komisen yang ke-5 kali.Alhamdulillah Setakat ini, saya positif saya akan dapat lebih banyak lagi kalau saya lebih rajin buat story pasal buku-buku di Bookcafe ni.

Alhamdulillah.Antara Cara Buat Duit Dengan Blog:)

Anda pernah dengar tentang Bookcafe.com?Salah satu online shop kedai buku yang paling popular dan menyediakan pilihan buku-buku bestseller dengan diskaun meleleh.Gitu katanya.haha.Saya pun dah banyak kali order buku online dengan Bookcafe.com dan dapat dengan mudah dan cepat.

Bab tawaran diskaun, tu yang saya kadang-kadang jadi tamak haloba.Padahal buku yang baru beli belum habis baca, tapi dok sibuk rambang mata nak beli lagi buku baru sebab diskaun yang kedai buku online ni bagi memang tak boleh tahan.Hampir setiap hujung minggu, ada je tawaran diskaun untuk buku-buku baru atau buku best seller.Pheww.

Klik banner untuk dapatkan diskaun beli buku online

Lagi satu, mana nak tahan nafsu beli buku kalau buku yang depa bagi diskaun tu, memang buku yang kita dok cari dan nak beli tapi stok kat kedai buku dah habis.Memang silaplah kalau anda tak ambik tahu tentang adanya kedai buku online yang macam Bookcafe ni.Especially bagi sesiapa yang memang ulat buku:)

Klik banner untuk dapatkan diskaun beli buku online

Klik banner untuk dapatkan diskaun beli buku online

Cara Buat Tempahan Buku Online dan Bayaran
Orait, macam mana nak order atau buat tempahan dan bayaran bagi buku yang kita suka? Senang je beb.Ekau pi login atau sign up dulu kat website ni.Jadi ahli kemudian senang-senang ekau boleh dapat diskaun sampai 80 persen pun ado.


Setakat cakap pasal buku yang ada diskaun, banyak lagi kedai buku yang bagi offer serupa dok, tapi dekat Bookcafe, bukan setakat dapat diskaun, ada juga dapat buku percuma, penghantaran percuma dan hadiah percuma.walaweh.susah nak dapat kedai buku yang "pelik" macam ni.

Ingat, pembeli yang berdaftar dengan Bookcafe,com ni sahaja yang boleh dapat hadiah, penghantaran percuma dan banyak lagi keistimewaan.Boleh daftar sekarang DI SINI:)

Pakej Doorgift di Bookcafe
Pakej Doorgift ni boleh juga korang tengok-tengok kot-kot ada member nak buat kenduri anak-anak atau majlis perkahwinan, harga memang tak patut kalau tengok pada kualiti, tapi dah depa nak bagi macam tu, baik korang cepat tengok.haha.


Tambah lagi dengan GST dan harga minyak dan getah yang semakin turun sekarang ni.Orait, jom kita survey dulu, buku apa yang tengah best seller sekarang ni kat Bookcafe.Yeahh:)

 Antara Buku Best seller yang memang rugi kalau tak baca.


Segera dapatkan buku best seller pada harga diskaun sekarang!

Orait, beli buku ni bukan setakat pelaburan yang sangat berbaloi untuk masa depan kita, malah kalau kita bijak manfaatkan ilmu yang kita dapat dengan bacaan dari buku tersebut, silap haribulan kita pun boleh lebih hebat, kaya dan berjaya dari penulis buku itu.Positif beb!

Post a Comment

0 Comments