Blog Cik Matahariku : Tukar Template Terbaharu Yang Responsif

Dengan Bismillah
As Salam Dan Salam Sejahtera,
Memang tak mudah.Seingat saya berbelas-belas template responsif saya cuba pasang dalam blog saya ni.Akhirnya, terkabul juga keinginan saya untuk dapatkan sebuah template yang responsif, seo friendly dan juga ads ready dengan ciri-ciri dua kolum dan juga footer yang simple.Pheww.Memang mandi tak basah dan tidur tak lena dibuatnya selagi tak setel bab tukar template blog ni.

 Template lama Blogspot dengan rekabentuk klasik-template sebelum ini-

Template Responsif terbaharu :Created by Arlina Design  | Distributed By Gooyaabi Templates

Blog Cik Matahariku : Template Terbaharu Yang Responsif
Sebenarnya, sejak dua tiga bulan kebelakangan ini, saya seperti buntu untuk selesaikan masalah pageviews (PV) dan unique visitor (UV) blog ini yang tak naik-naik dan bertambah.Kebetulan pula, cuti raya cina baru-baru ini, saya sempat bersembang panjang dengan Kak Uda saya yang juga Blogger Inspirasi Wanita yang sonyap-sonyap dah jana duit ribu raban dari blognya.hehe.pecah rahsia!

Dialah yang cadangkan saya tukar kepada template yang lebih responsif.Kalau ikutkan sebelum-sebelum ini, saya pernah pasang template responsif seperti dalam entri ini : Blog Cik Matahariku berwajah baru-

Cuma kali ini, saya masih sayangkan header sedia ada, dan belum terfikir nak tukar header baru.IKutlah, kalau semangat rajin datang, saya akan fikirkan untuk tukar header yang baru pula:)

Kelebihan Template Responsif
Banyak jugak kelebihan template responsif ni.Kebanyakan saya jumpa info tentang template responsif ni menyatakan hal-hal berikut : Sumber :Atastalian-
  • Template atau struktur keseluruhan blog responsif bermaksud ianya adalah secara automatik akan menyesuaikan paparan berpandukan saiz skrin pengunjung website atau blog dan ini adalah salah satu faktor penting untuk menaikkan ranking website/blog anda di carian Google.
  • Google.Inc telah secara rasminya menyatakan bahawa enjin carian mereka akan diperluaskan kepada penggunaan telefon pintar bermula dari tarikh 21 April, 2015 dan laman web yang menggunakan template mobile-friendly adalah menjadi keutamaan mereka untuk muncul dalam hasil carian Google. 
  • Google sentiasa mahu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pengguna jadi bila saja ada sesiapa yang membuat carian di Google Search menggunakan smartphone, Google akan memberikan hasil carian yang bersesuaian.
  • Salah satu sebab kenapa jika kita melayari laman web tidak responsif melalui telefon ialah ianya akan menjadi lembab dan akan menggunakan bandwidth yang banyak. Oleh itu, salah satu cara untuk Google 'menjaga hati' para pengguna enjin cariannya ialah dengan menetapkan bahawa sesiapa yang menggunakan template responsif akan diberikan lebih keutamaan untuk muncul di kedudukan yang tinggi laman mereka.

Pada masa sama,saya juga sedang perhatikan mulai hari ini perkembangan PV dan UV di blog saya.Adakah dengan pemasangan template yang responsif ini maka bilangan PV dan UV blog akan meningkat dengan drastik atau hanya sekadar suam-suam kuku.huhu.

Boleh baca di sini untuk lihat perkembangan positif dan pencapaian blog saya dengan template responsif ini: Dapat 5 Juta Pageviews Dengan Template Responsif-

Jika anda juga berminat dan sedang memikirkan untuk mengubah template blog sedia ada, inilah waktu terbaik untuk anda mengumpul maklumat dan mencari solusi bagi memastikan blog anda terus maju dan berkembang dengan lebih hebat.InsyaAllah.

Post a Comment

1 Comments

  1. Perkongsian yang memberi ilmu serta memberikan keyakinan pada sy untuk terus berblog..thanks cikmatahari semoga terus suksess

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!