Dapat 5 Juta Pageviews Dengan Template Responsif Yang Baharu

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Pheww.Memang impress betul saya dibuatnya dengan template terbaharu yang baru sahaja saya pasang di blog dalam tempoh tiga hari.Mana taknya, dengan template responsif ini, itupun selepas mendapat nasihat dan saranan daripada Kakak Blogger Inspirasi Wanita yang cun tu, Hampir semua harapan dan impian saya terhadap Blog kesayangan ini menjadi kenyataan.Syukur sangat-sangat ni beb:) AlHamdulillah.Terima kasih Ya Allah yang maha memakbulkan segala hajat dan permintaanku selama ini.aamin-

Blog Cik Matahariku
Dapat 5 Juta Pageviews Dengan Template Responsif Yang Baharu
Pencapaian Blog Naik Mendadak Dalam Waktu Singkat
Ya, inilah yang boleh saya katakan terhadap kesan penukaran dari template Classic Blogspot kepada template responsif hasil design Blogger Arlina.Kalau ikut saya memang "buta huruf" jugak bab tukar template atau pilih template yang manakah bagus atau tidak.

Selepas Blogger Aynora suggestkan supaya saya tukar template yang responsif itupun selepas saya mengadu betapa sukarnya nak naikkan pageviews (PV) dan Unique Visitor (UV) blog sejak beberapa bulan lalu.Kenapa Tukar Template responsif, anda boleh baca jawapannya di sini :

Saya pun terus buat survey dekat Google.Mana je saya jumpa template yang responsif saya cuba dan download.Hampir berbelas-belas jugaklah template responsif yang saya download.Dalam pada tu saya tetapkan juga ciri template yang saya nak pasang kat blog mestilah yang mudah untuk saya edit dan tak banyak kena betulkan atau design semula.heheh,Bajet macam pandai sangat edit blog.peh.

Akhirnya.Ya akhirnya Template Viena Light 2 nilah yang telah berjaya memuaskan hati saya.Dalam pada tu cuak jugak, kot-kot template ni kata je responsif, tapi loading lambat dan sebagainya.

Syukur AlHamdulillah.Inilah hasilnya yang saya dapat sejak tukar template responsif yang baharu dalam tempoh tiga hari pemerhatian saya.Memang sangat mengujakan kepada mata saya yang melihatnya apabila angka-angka PV dan UV mula berubah.Yay!

Jom, saya belanja gambar perkembangan blog selepas tiga hari guna template responsif.

Pencapaian Blog Dengan Template Responsif
 Hari Pertama dengan Template Responsif, bilangan Unique Visitor
meningkat sehingga 1600 pelawat UV.Sebelum ni, paling tinggi dalam lingkungan
1000 ke 1300 UV sahaja sehari

Hari Kedua Bilangan Pageviews meningkat sehingga 30K Sehari.Blog ini biasanya mendapat
bilangan pageviews sekitar 10k sehari
Hari ketiga pula, bilangan Unique Visitor terus meningkat kepada
7500 orang Unique Visitor.Ini memang sangat "rare" kepada blog saya..:)

Blog Capai 5 Juta Pageviews Dalam 3 Hari Sahaja
ecehceh.Bajet macam "hebak" sangat blog ni kan.muehehe.Pasrah jelah kepada sesiapa yang membacanya ya.Bagi tajuk gempak sikit.Ok, ni pulak tentang pageviews yang naik mendadak dan turut membantu mempercepatkan pencapaian pageviews blog ini sehingga terus naik kepada 5 juta pageviews.yeahh.

Memanglah bagi sesetengah Blogger yang memang dah maju dan famous, apa ada hal kalau pageviews ko capai 5 juta pun kan.isk.isk.Selain daripada terlebih excited dengan pencapaian blog, saya just nak kongsikan kejayaan dan kegembiraan ini kepada readers blog ini.Manalah tahu, ada ramai silent readers yang doakan perkembangan Blog Cik Matahariku ni kan.hehhe.
Jika anda dapat banyak manfaat dari blog kecik saya ni,jangan lupa
LIKE Fan page Blog Cik Matahariku di Facebook dan kongsikan kepada rakan yang lain:)

Selebihnya saya nak beritahu kepada anda,jika anda seorang Blogger yang sedang merancang sesuatu untuk perkembangan blog, mungkin blog merupakan medium anda mendapat side income dan menjalankan perniagaan secara online atau menjalankan perkhidmatan review dan advertorial.Jadi, jangan berlengah untuk menukar template anda ( jika masih setia dengan template blogspot).

Kecuali jika anda memang pandai dan mahir edit template blog sendiri kepada yang lebih responsif, maka teruskanlah template sedia ada.

Saya memilih untuk mencuba perkara baru bagi blog saya dan Alhamdulillah saya nampak hasilnya kini.Saya harap dengan sedikit perkongsian yang tak seberapa ni. boleh membantu anda mendapat dan mencapai sesuatu yang lebih baik bagi blog anda.Insya Allah.

Boleh baca kisah "syok sendiri" saya time dapat pageviews juta-juta di sini :)uikss..
Terima kasih layan entri blog yang syok sendiri kali ini.heheh.Lagi nikmat daripada Tuhanku yang memang tidak dapat saya dustakan.AlHamdulillah:)

Post a Comment

2 Comments

  1. Assalamualaikum Cik Matahari :)

    Seronoknya dah join G+ dan be your loyal followers.
    Harap cik matahari sudi singgah blog Iza annnddd thank you sebab ajar cara tingkatkan pageviews ni.

    ReplyDelete
  2. Iza dapat 1000 pageviews mula-mula lagi excited :)

    website iza : www.syafrizajasmin.com

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!