Selamat Datang Februari

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Yeahh.Heaven betul rasanya bila dapat cuti seminggu sempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini.Selain dapat balik kampung, dapat lupakan sekejap hal kerja di sekolah yang tak tahu bila nak habisnya.huhu.
Hasil carian imej untuk februari

Rasa tak mahu balik sekolah pun ada.haha.Nampak sangat ke tak ikhlasan buat kerja tu.erkk.Saya pun manusia biasa.Adakala saya boleh fokus dan beri seluruh jiwa dan tenaga kepada pekerjaan saya ( yang sebenarnya memerlukan lebih daripada khidmat guru semata).Pada masa lain, saat motivasi semakin mengecil, saya pilih untuk bersenang-senang dan buat dahulu apa yang saya suka.

Bukanlah saya tidak menyukai pekerjaan saya, tapi saya juga ada kesukaan lain yang saya berikan juga seluruh tenaga saya.Apabila kita melakukan setiap pekerjaan ibarat kita melakukan hal yang kita minati dan sukai, maka hasilnya sudah tentu sangat memberangsangkan.

Hasil carian imej untuk februari

Orait, Selamat Datang Februari:)Sudah hari ke-11-Pun saya masih mahu mengucapkan betapa cepatnya Januari pergi meninggalkan kita.Selamat menyambut Ulangtahun kelahiran kepada readers blog ini yang menyambutnya pada bulan lalu.Semoga hidup anda yang mendatang dapat terus dinikmati dengan penuh tenang, sejahtera, bahagia dan penuh barakah dan rahmat Ilahi.:)

Syukur.Ada beberapa wish list yang saya tuliskan dalam buku impian saya sudah pun saya mendapatnya.Anda bagaimana? Sudah mula menulis impian anda?Tulislah sekarang apa sahaja impian kecil dan besar anda.Seperti yang saya kongsikan dalam cerita : Azam Baru dan Impian Saya-

Secara senyap, saya turut mengikuti beberapa rakan di Facebook yang berkongsi pelbagai teknik dan strategi berjaya mencapai impian hidup.Tidaklah sesukar mana.Anda tidak akan mendapatnya selagi anda tidak mahu untuk cuba memulakannya.Percayalah.

Allah tidak pernah meletakkan syarat dalam kita berdoa kepadaNya.Malah, DIA minta kita supaya mintalah apa sahaja dan akan AKU kabulkan permintaan hambaKU-Setelah berdoa dan meminta kepadaNya, usah pula kita fikirkan bagaimana DIA akan kabulkan permintaan kita itu-Kerana DIA Maha Kaya, Maha Bjaksana dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Hanya dengan Kun Fayakun, maka terjadilah apa sahaja yang dikehendakiNya.Keyakinan kepada Allah SWT dalam mengabulkan doa hamba-hambaNya haruslah kita pateri teguh dalam diri.

Jika anda berani untuk memasang impian, maka anda juga harus berani memiliki impian itu-:) Semoga Februari anda lebih cemerlang dari Januari yang sudah pergi-


Post a Comment

0 Comments