Lelaki Jarang Mendengar, Perempuan Pula Suka Bercerita?

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Baru sahaja membelek sinopsis buku Men Are From Mars Women Are From Venus dalam Edisi Bahasa Melayu-Memang betul sangat kalau kita perhatikan dalam hidup berumahtangga.Err.kalau ada pembaca blog yang belum berkahwin, baca entri ini sebagai satu tips atau panduan sahaja.Tidak semua lelaki dan wanita mempunyai karakter yang dinyatakan dalam buku tu.
Beli di kedai Buku Online, dapat diskaun sehingga 15 peratus-yay!

Seingat saya, sebaik sahaja menjadi ibu dan isteri barulah saya tahu orang lelaki ni memang bukan pendengar yang bagus.haha.Maaf Encik Suamiku-yang juga seorang lelaki tentunya! Cuma darjah ketidak mendengaran abang lebih baik sikit dari lelaki lain yang saya kenal.eceh.ceh.bajet puji suami sendiri nampaknya.muehee.Blog I kann.

Lelaki Jarang Mendengar, Perempuan Pula Suka Bercerita?
Saya memang macam perempuan normal lain yang suka bercerita itu ini.Tambah lagi kalau petang-petang balik sekolah, time Encik Suami ambik saya di sekolah, belum sempat bagi salam, mulut saya dah terjongket-jongket nak mengadu itu ini.haha.Teruk bebenor lagaknya ya!

Tapi tulah.Sambil drive Encik Suami saya hanya akan bertanya untuk ambik hati.Ada banyak masa dia bajet macam takde sesiapa pun yang bercakap dengan dia.Tapi saya tahu dia bukan tak dengar tapi tengah fokus pada pemanduan.Agaknyalah..

Kalau setakat buat dek dengan story saya pasal sekolah, saya taklah ambik hati sangat.Yelah, macam saya kata tadi, darjah ketidak mendengaran suami saya tu lebih baik sikit dari lelaki lain yang saya kenal kan.Makanya, saya masih boleh berkomunikasi dengan mudah dan selesa apabila ia berkaitan hal yang lebih serius seperti hal kewangan, anak-anak, keluarga dan perancangan masa depan kami bersama-ewahh.


Tips Mengenali Pasangan Sendiri
Jika anda mengenali pasangan hanya selepas berkahwin atau suami atau isteri anda seorang yang sukar berkomunikasi secara telus kepada anda, maka sudah tentu buku tulisan John Gray ini dapat bantu anda dalam membina hubungan yang lebih baik dalam perhubungan.InsyaAllah.

Anggaplah macam kita belajar mula-mula nak kenal komputer atau smart phone baru kan, mesti kita tengok manual atau review tentang benda tersebut.Begitu juga jika kita ingin mengenali insan yang bernama lelaki atau perempuan-Mesti sediakan diri untuk belajar.Paling kurang pun, bila kita berhadapan dengan konflik sama ada dengan suami atau isteri, kita ada guide dan tips yang boleh kita ikut.

Banyak jugak topik yang dibincangkan dalam buku Men Are From Mars Women Are From Venus dalam Edisi Bahasa Melayu ni, meh saya kongsikan apa yang boleh kita dapat selepas baca buku ni.Kotlah ada yang nak tengok-tengok dulu kandungan buku ini sebelum mendapatkannya di Kedai Buku online-Bookcafe.com.my-tengah harga promosi sekarang buku ni tau:)
  • Bagaimana memotivasikan pasangan
  • Bagaimana mengelakkan pertengkaran
  • Bagaimana meluahkan perasaan negatif
  • Bagaimana mengambil hati pasangan kita
  • Perbezaan emosi lelaki dan perempuan

Lelaki Fikir Begitu, Perempuan Fikir Begini
Sesetengah orang kata, dalam hidup berumahtangga, semakin lama kita bersama pasangan, kita akan lebih kenal hati budi dan cara berfikir suami atau isteri kita.Percaya atau tidak, sebenarnya dalam banyak hal, kalau tak betul-betul kita faham pasangan, memang boleh haru biru perhubungan tersebut.

Menurut John Gray, lelaki menganggap dia akan lebih mengembirakan dan membahagiakan isterinya jika dapat sediakan atau hadiahkan kereta mahal, rumah yang lebih besar atau barang kemas yang banyak.Sebab itulah lelaki banyak habiskan tenaga dan fokus untuk dapatkan benda-benda macam tu.hehhe.

Tapi perempuan ni lain pulak beb.Kalau ikut orang perempuan, dia tak kisah hadiah itu besar atau kecil nilainya, asalkan lelaki atau suami tolong masak kat dapur time anak meragam. tolong masuk baju dalam mesin basuh atau setakat bagi bunga dua tiga kuntum pun dah ok.haha.

Haa kan.Nampak tak macam mana complicatednya perhubungan dan cara berfikir antara lelaki dan perempuan.Jadi, bagus sangatlah kalau anda dapatkan buku ini :Men Are From Mars Women Are From Venus-baca sampai habis dan cuba ikut tips yang penulis ni bagi.InsyaAllah akan berhasil dan menjadi lebih baik hubungan anda dengan pasangan, rakan sekerja, adik beradik atau sesiapa sahaja yang sering menimbulkan konflik dalam perhubungan anda:)

Jika anda ingin dapatkan buku ini secara online dengan harga promosi, boleh klik di sini :Kedai Buku online-Bookcafe.com.my-Segera pilih buku dan buat tempahan.Paling best, kalau timing anda membeli dan membayar kena dengan promosi depa iaitu beli hari ini dapat hari ini, malam ni jugak anda dah boleh baca buku ni sambil baring-baring atas katil.hehhe.

Same Day Delivery-untuk lokasi tertentu.
Selain itu, boleh juga rebut peluang dengan pelbagai keistimewaan yang kedai buku online ini sediakan khusus untuk pembeli online seperti anda.Pilih je mana-mana buku yang anda suka dan berkenan, kemudian dapatkan tawaran ini segera:)


Post a Comment

0 Comments