Dengan Bismillah,
As salam dan Salam Sejahtera,
Hebat tak hebatlah ni.Nama pun Blogger Part time.huhu.Masuk hari ke-14 dalam bulan Mac 2016, baru Cikgu Blogger sorang ni berkesempatan update blog dia yang kononnya responsiflah sangat kan.hoho.
Jika anda pembaca baru di blog saya, terima kasih sudi singgah dan jemputlah nikmati mana-mana perkongsian saya dalam blog ini yang boleh dimanfaatkan.Haih.Banyak benda saya lalui sepanjang dua bulan pertama dalam tahun 2016 ini, semuanya saya kumpulkan menjadi satu kisah pada kali ini : Cerita Tentang Iman Saya:)
Cerita Tentang Iman Saya
Baru-baru ini, saya berkesempatan ke Johor Bahru kerana ingin menyaksikan Ihtifal Akademik Kebangsaan Sekolah-sekolah ABIM se-Malaysia.Salah seorang pesertanya ialah puteri sulung saya, Kakak Iman.
Dia mewakili sekolahnya Seri Al Huda, Gombak, dalam acara Syarahan Bahasa Melayu.Harapan untuknya meraih kemenangan pastinya ada sama ada di pihak guru-gurunya dan saya sendiri sebagai ibunya.Namun,aturan dan perancangan Tuhan itu pastinya lebih baik.
Kakak tidak mendapat sebarang tempat pun dalam pertandingan tersebut meskipun dia antara calon harapan yang bakal membawa pingat untuk sekolahnya.Latihan intensif juga sudah dia sertai sejak dipilih mewakili sekolahnya.Kalau ikut logik manusia biasa macam kita, peratusan untuk Kakak menang seperti tiada masalah.
Malah, kami sekeluarga sudah mengusiknya untuk melihat dia diumumkan sebagai Johan Syarahan Bahasa Melayu bagi kategori yang disertainya.
Tatkala melihat keyakinan Iman di hadapan ramai, teringat pula bila kali pertama saya melatihnya di rumah sehingga dia menangis.Ya, gurunya: Ustazah Asmaziah Ahmad banyak membimbingnya daripada dia zero tentang gaya dan penyampaian syarahan, sehingga dia berdiri di pentas dengan keyakinan yang bukan sedikit:)
Terlupa Teks Syarahan Semasa Pertandingan
Ini kisah tatkala pertandingan belum bermula.Selepas Iman selesai acara syarahannya, saya datang menghampirinya dan mengajaknya keluar sebentar dari kelas di mana pertandingan dijalankan.
Tatkala dia lupa Ya, kematangan dan ketenangan begini yang saya mahukan ada dalam dirinya. |
Saya lihat air matanya tumpah di hadapan saya dan saya terus memeluknya erat.Saya tanyakan sama ada dia sudah buat yang terbaik? jawabnya tidak, sambil air mata terus mengalir laju.Ya, saya lihat sendiri dia terlupa teks yang dihafaznya untuk tempoh 20 saat.Hanya selepas itu, barulah dia dapat menyampaikan syarahannya sehingga ke akhir dengan sempurna.
Namun, ketika itu, pasti juri juga sudah menulis markah yang sesuai dengan kelemahannya itu.Kerana pada masa sama, peserta yang bertanding dari sekolah lain juga menunjukkan kematangan dan penyampaian yang lebih hebat dari Iman.
Akhirnya dia berjaya teruskan syarahannya dengan lancar meskipun sudah hampir tergugat dalam tempoh 20 saat sebentar tadi. |
Nasihat Jika Tidak Menang
Saya selalu memilih untuk melihat hal positif dalam apa jua keadaan.Bila Iman begitu, saya ulang pesan saya kepadanya pada malam ketika saya membantunya berkemas sebelum bertolak ke MRSM Johor Bahru.
"Kakak ingat ya, kalau menang itu bonus.Tapi kalau akak kalah, takpe dan mama tak kisah sebab kakak dah cuba untuk buat yang terbaik.Kalau kalah banyak lagi peluang untuk cuba-Insya Allah"
Itu jugalah yang saya ucapkan kepadanya.Bukan mudah untuk suntik kata-kata semangat kepada sesiapa yang sedang "down" apatah lagi dia hanyalah anak kecil yang berusia 12 tahun.Mungkin dia kelihatan matang, tapi sesiapapun, orang dewasa sekalipun jika dalam moment bersedih, pasti hilang juga kematangan itu:).
Kali ini, saya tambah lagi nasihat saya supaya dia dapat merasionalkan kembali fikirannya bahawa :
"Kalau akak tak menang kali ini, anggap sahaja Allah bagi peluang kali ini untuk cuba dulu masuk pertandingan syarahan, rasa dulu perasaan kalah, lepas ni, bila dah tengok orang lain buat dengan bagus dan hebat, Akak pulak buat yang sama.OK?
Allah Mendidik Saya Melalui Iman
Dalam banyak keadaan, Iman sebenarnya juga mendidik saya sebagai Ibunya bahawa bukan semua usaha kita akan berhasil seperti yang kita inginkan.Ada kala, usaha gigih sudah kita tumpahkan, semua perintahNya sudah kita sedaya tunaikan, namun kejayaan itu tidak semestinya menjadi milik kita.
Ada satu bahagian, yang kita kadangkala lupa.Allah minta kita supaya berusaha.Tetapi dia tidak mensyaratkan kita supaya mesti berjaya dalam usaha kita itu.Dia hanya ingin melihat usaha kita.Berjaya atau tidak itu adalah ketentuanNYA.
Bahagian yang inilah yang kita sebagai hambaNYA yang lemah dan lalai selalu lupa.Saat Allah ingin uji hambaNya, bahawa DIA lebih berhak ke atas kita, maka diberinya kegagalan kepada kita.Dengan begitu, dia mahu kita lebih kuat, lebih tabah dan lebih bersemangat mengejar kejayaan di dunia dan akhirat.
Tidak ada satu dugaan atau ujian dariNya pun yang akan buat kita semakin berkurangan ( jika kita sabar dan belajar memahami hikmahNya).Malah disebalik kegagalan itulah, kita akan mengutip seribu rasa manis dan rasa syukur kerana tahu DIA sentiasa mengasihi kita dan mahu kita menjadi lebih hebat dari sebelumya!
Kakak Iman bersama ustaz, ustazah dan rakan-rakan selepas selesai Ihtifal Akademik peringkat Kebangsaan.Semoga cerita Kejayaan akan menyusul pula selepas ini:) |
Terima kasih baca catatan ini, semoga bermanfaat juga kepada anda yang membacanya:)-
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!