5 Tips Berkesan Jana Pendapatan Pasif Empat Angka Sebagai Affiliate Marketer

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Tips Jana Pendapatan Pasif Empat Angka Sebagai Affiliate Marketer-Post kali ini sekadar sedikit perkongsian  saya secara peribadi yang telah menyertai dunia Online Marketing sebagai Affiliate Marketer.Kalau anda mahu jawapan, kenapa saya sangat berminat dengan dunia perniagaan sebagai Affiliate Marketer, saya mahu anda semua tahu, terutamanya Blogger baru yang mahu jana duit atau pasif income dari blog, bahawa bidang Affiliate ini sangat menarik dan sangat mudah untuk kita buat duit dan jual produk, tanpa modal dan tanpa perlu pun ada produk sendiri!


Ada beberapa Program Affiliate yang kita boleh ikuti dalam Malaysia ni, antara yang saya sertai secara aktif dan dapat jana pendapatan atau dipanggil sebagai komisen ialah seperti berikut :
  • Job Di Rumah-Komisen ditawarkan 50 %
  • Sweet Muslimah- 10 %
  • Tudung Si Comel-15 %
  • Bookcafe-5 %
  • Klikjer-70 %
Kesemua program Affiliate ini telah terbukti membuat bayaran komisen kepada ahli seperti yang terkandung dalam terma atau peraturan mereka.Bagi saya bahagian pembayaran komisen ini sangat penting supaya kita tahu kita menyertai program jana pasif income yang menguntungkan. 

Sebenarnya dalam artikel terdahulu, pernah saya kongsikan tips bagaimana saya dapat jana pendapatan sehingga empat angka, tapi tips kali ini lebih kepada strategi atau teknik yang saya buat berdasarkan tips yang saya perolehi dari pelbagai blog-blog pakar  Affiliate di Malaysia.

5 Tips Jana Pendapatan Pasif Empat Angka Sebagai Affiliate Marketer
Mari perhatikan antara tips mudah dan cepat jana duit yang saya sudah lakukan dan ternyata memberi hasil yang lumayan.

  1. Buat dan tulis content berkaitan produk Affiliate yang anda sertai.Tulisan atau content anda mestilah ditulis dengan tujuan untuk membuat review atau promosi produk Affiliate tersebut.Jangan lupa masukkan link Affiliate anda supaya pembaca atau bakal pelanggan dapat terus kepada laman web produk Affiliate.
  2. Pasang Banner iklan yang sesuai dalam blog supaya pembaca atau bakal pelanggan anda tetap dapat lihat iklan produk tersebut meskipun mereka datang pada asalnya bukanlah untuk mencari produk tersebut.
  3. Buat Follow up entri supaya pembaca dan pelanggan anda sentiasa dapat lihat atau mendapat berita terkini tentang produk Affiliate yang anda promosikan.
  4. Kongsi Komisen yang anda dapat dalam blog sebagai cara bina kepercayaan pembaca atau bakal pelanggan anda bahawa produk jualan anda atau produk yang anda promosikan ramai yang sudah pun membelinya atau mendapatkannya!
  5. Sentiasa tambah ilmu mengenai cara dan gaya penulisan online marketing, tips Affiliate marketer dll-kalau anda rajin melayari internet, anda akan berjumpa dengan banyak tips buat duit mudah tanpa modal dan secara percuma sahaja.
Terima Pembayaran Komisen Setiap Bulan
Ini satu lagi yang saya sukai tentang program Affiliate apabila kita boleh jana pendapatan pasif yang tetap hampir setiap bulan.Anda ingin mencubanya?

Pendapatan Pasif Empat Angka Dengan Affiliate Tudung Si Comel
Walaupun hanya membuat promosi koleksi tudung untuk kanak-kanak perempuan, online shop Tudung Si Comel turut menyediakan pelbagai pilihan dan saiz kepada kanak-kanak perempuan dari usia 2 tahun hingga 17 tahun.

Tudung kanak-kanak

Jenis tudung yang ditawarkan pula memang cantik-cantik dan pastinya geng mak-mak budak macam saya ni cepat tertawan.Istimewanya di online shop ini, mereka turut tawarkan harga diskaun yang memang best dan kita tak dapat nak lepaskan peluang miliki tudung cantik dan murah untuk anak-anak perempuan kita.yeahh.

koleksi instant shawl kanak-kanak yang cantik dan tidak dapat di tempat lain-

Boleh segera ke ONLINE SHOP TUDUNG SI COMEL sekarang untuk dapatkan harga promosi!

Akaun dashboard Affiliate Tudung Si Comel Blog Cik Matahariku

Pembayaran komisen yang sudah diterima


Apakah Sweet Muslimah.com?
Jika anda meminati koleksi pakaian muslimah, online shop sweetmuslimah.com menawarkan pelbagai koleksi jubah, baju kurung, instant shawl, skirt labuh, pakaian kanak-kanak perempuan dan banyak lagi.Paling istimewa dan menarik di sweetmuslimah.com pastinya tentang harga tawaran bagi pakaian muslimah yang memang murah, berbaloi dan berkualiti untuk dimiliki.


Setakat ini, para pelanggan memberi feed back yang sangat positif terhadap pakaian muslimah yang terdapat di sini.Pastinya anda tidak mahu ketinggalan memiliki koleksi pakaian muslimah dengan harga yang tidak dapat di tempat lain.Jemput singgah ke butik online sweetmuslimah.com sekarang!

Orait, terima kasih sudi singgah baca post saya kali ini, harap anda dapat manfaat seperti yang diingini-Jumpa lagi, insha Allah.

Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!