Pesta Jualan Online Buku Dengan Harga Serendah RM1 di Bookcafe.com

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Pesta Jualan Online Buku Dengan Harga Serendah RM1 di Bookcafe.com-Wow!tiba-tiba rasa mata bulat dan membesar bila tahu pasal jualan buku online terbesar kat Malaysia ni.kihkih.Padahal dah sah-sah mata sepet ko tu tak boleh nak bulat dan besar macam mana lagi.Apapun orang kata, kalau pompuan mata sepet ni lembut hati, kononnyalah kan.kehkeh.

Orait, dah tahu ke berita yang saya nak kongsikan ni wahai readers-readers ku semua? Yup, tepat sekali yang dalam beberapa hari lagi Bookcafe.com akan mengadakan #mycybersale mulai 26 hingga 30 September 2016.


Boleh terus ke pautan ini jika anda ingin membuat belian pada harga tawaran yang sangat lumayan : Saya Mahu Beli Buku Murah Di Bookcafe.com

Klik banner untuk ke Bookcafe.com

Paling best penghantaran percuma beb dan sebenarnya banyak lagi.Orait, saya kongsi satu-satu apa yang best dan terbaik untuk kita miliki sepanjang  #mycybersale.

Diskaun sehingga 95 persen tu..terbaik!

Promosi Buku Bestseller
Pertama sekali marilah kita secara berjemaah dapatkan set buku best seller kat Bookcafe.com ni. Pelaburan membeli bahan bacaan seperti ini pastinya menguntungkan kita semua.Tambah-tambah lagi buku-buku terbaik ini dijual pada harga yang kita memang tak mampu nak tolak!

Antara pakej buku dengan pilihan tajuk yang best-best

Promosi buku Hamka dan buku kesihatan pun ada- mesti dapatkan ni!

Tawaran Flash Sale 

Berikut pula antara terma dan syarat jika anda ingin mendapatkan buku pada harga paling tak masuk akal iaitu hanya RM1 sahaja!

1. Tawaran Flash Sale ini adalah berdasarkan produk dengan kuantiti, harga dan masa yang telah ditetapkan sahaja.

2. Tawaran Flash Sale ini berdasarkan siapa cepat dia dapat. Biasanya stok produk hanya bertahan selama beberapa saat sahaja selepas jualan Flash Sale bermula.

3. Berjaya Add to cart tidak membawa maksud anda telah di reservekan stok produk yang anda pilih.

4. Pesanan Flash Sale hendaklah dibayar segera dalam masa 15 minit pesanan dibuat. Jika tiada pembayaran dalam tempoh tersebut, Bookcafe mempunyai hak untuk membatalkan pesanan tersebut dan membuka peluang kepada pelanggan lain membuat pesanan produk tersebut.

5. Free Shipping bagi pesanan produk Flash Sale hanyalah bagi penghantaran secara Self-Pickup sahaja.

6. Bagi kes pesanan berstatus Backordered atau Cancelled, ia bermakna anda gagal menjadi yang terpantas membuat pesanan produk Flash Sale. Kami akan beri pilihan supaya anda pilih produk lain atau wang anda dikembalikan.

7. Bookcafe berhak mengubah terma & syarat ini tanpa perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan.

8. Bookcafe tidak bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku samada kehilangan masa, harta benda atau nyawa yang dikaitkan dengan tawaran ini.


Antara buku-buku yang dijual ketika Flash Sale dengan hanya RM1 sahaja!

Review Pakej Hadiah Buat Semua
Bookcafe juga tawarkan diskaun bagi pembelian buku pakej hadiah untuk semua termasuklah hadiah berupa bahan bacaan kepada yang tersayang seperti suami, isteri dan anak.

HADIAH BUAT SUAMI

Hadiah Buat Suami adalah kisah saya bersama suami, adik-beradik, ipar-duai, rakan taulan, saudara mara, dan ramai lagi namun disampaikan dalam bentuk berbeza. Ia kisah yang perlu difikirkan, diamati di renung dalam-dalam. Usai menulis HBS, hati benar-benar tersentak. Rupa-rupanya banyak pengajaran boleh dikhabarkan kepada manusia tentang konsep jodoh, bersyukur, bekerjasama, berkasih sayang, bertimbang rasa, bertolak ansur, dan menghargai kehidupan. Insya-Allah, ia boleh ditemui melalui detik-detik kehidupan suami isteri.

HBS merupakan rakaman penghargaan isteri terhadap suami. Namun, ada sesuatu yang mahu disampaikan tetapi terdiam bisu kerana tiada upaya. Ia rasa hati yang terpendam sekian lama. Barangkali tidak ramai mampu menzahirkan ucapan itu dengan kata-kata.

-Roza Roslan-

 HADIAH BUAT SAHABAT

"Buku ini mengajak dan berbicara dengan minda. Lalu ia perlu diselak dengan laku berbeza, juga dengan minda dan mata hati. Minda saya bertemu pelbagai analogi secara nakal mengusik bersahaja, ada ketika bernada sinis, sungguh tajam dan berbisa tetapi penuh pengajaran berisi peringatan untuk dibuat keputusan. Saya tersentak malah ada kala tersentap."

- Mohamad Razali Kamaruddin, Pendidil dan Penulis Kolej Vokasional Pertanian Chenor.

"Hadiah Buat Sahabat banyak menyentuh tentang usia terutamanya kisah silam dan masa berbaki. Usia bak mutiara terhasil dari dasar lautan, indah serta bernilai tinggi di mata manusia. Namun, bila berdiam diri, merenung apa yang tertulis, hati terus berdetik, "Ya Allah, sesungguhnya aku yang dahulu mensia-siakan waktu seumpaman mutiara bernilai yang tidak dihargai."

- Ida Md Amin, Siswi U-MKI


Tawaran Penghantaran Percuma
Yeahh, yang ini tawaran penghantaran percuma kepada anda jika membuat pembelian sebanyak RM80 ke atas.Suka tak?suka tak?Jadi, sebagai peminat dan pencinta buku-buku terbaik ini, marilah kita dapatkan sekarang buku-buku yang kita ingin miliki semasa #cybersale ini.

Post a Comment

0 Comments