Sambut Hari Merdeka di Swiss Garden Residences Kuala Lumpur

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Sambut Hari Merdeka di Swiss Garden Residences Kuala Lumpur-Tak banyak benda kami boleh rancang pada cuti umum sempena hari merdeka tahun ini.Si Kakak ada program pecutan akhir untuk peperiksaan UPSRnya.Pada sebelah pagi, kami hanya menonton acara perbarisan di kaca tv.

Sambil menonton tv tu, teringat pula saya akan panggilan telefon yang saya terima dua hari lepas.Panggilan dari seseorang yang memperkenalkan diri dengan nama Maria dari SWISS GARDEN HOTEL KUALA LUMPUR.

Jadi, saya terfikir untuk ajak Encik Suami memenuhi jemputan tersebut.Masa ini memang tak terfikir langsung akan agenda disebalik jemputan tersebut.Kami sampai sekitar jam 12 tengah hari.Memang sempat buat tinjauan kat Swiss Garden Residences Kuala Lumpur ni.

Swiss Garden Residences Kuala Lumpur ni sebenarnya sebuah kawasan perumahan elit seperti condominium yang juga mempunyai beberapa kelebihan seperti ada kemudahan gym, kolam mandi, cafe dan restoran dan pada masa sama juga ia dibina bersebelahan dengan Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur.Kira dalam satu tempat, ada hotel dan juga residen.

Memandangkan Encik Suami park kereta di Swiss Garden Residences parking, kami terus bawa anak-anak ke playground yang ada kat situ.Kat level 6 rasanya ni.

Ha, sempatlah jugak saya ambil beberapa keping pic depa anak-beranak ni.Kebetulan lokasinya indah dan nyaman.Memang rasa privacy nya.hihi.

Playground pun ada naga sekor..suka saya tengok idea depa buat gelongsor ni.Cantik kan.?

ni pulak depa dok atas badan Pooh..hihi

Abang baju biru ni memang mat senyum..haih..

Si kecik tu memang susah nak tangkap pic dia, asyik berlari dan melompat saja kerjanya!

Abam senior n junior..hehehe..

saya suka tengok pokok yang kurus ni..kihkih..daunnya pun halus je..
bila lah tuan blog nak kurus macam pokok nih..eh..eh..haha..

macam bosan je Bang Haji..hihi..

Model tudung instant shawl..bolehlah..

kawasan kolam mandi yang bersih dan cantik

panorama kat sini memang best..saya suka!

Anak dengan mak berlawan sapa paling tembam..haha..

Cik puan blog pun nak selfie jugak..

Jadi Ahli Kelab Swiss Garden International (SGI) Vacation
Selepas solat zuhur di surau hotel, kami ke level 7 untuk sertai jemputan yang katanya nak review hotel baru depa nih yang akan beroperasi di Melaka.Masa sampai tu, memang confius jugak, awat ramai benor orang kat bilik ni.Pulak tu, masing-masing dok dalam grup kecik and talk about something yang saya memang tak fahamlah kan.

Then, kami di pelawa makan dahulu.Ok, just nice sebab anak-anak pun dah start mengadu cakap lapar.Selepas layan anak makan, barulah bermula sesi untuk kami.Sebelum tu, kena isi borang pendaftaran dulu.Masa nilah saya dah dapat agak yang kami akan diajak secara halus untuk menyertai ahli kelab percutian mereka.hihi.

Voucher Percutian Percuma
Lagi satu yang saya interested nak pi review ni sebab dapat voucher percutian percuma 3 hari dua malam di dua lokasi yang di sebutkan dalam voucher tu.Sekarang ni, dah isi pun voucher tu.Nampak sangat tak sabar nak pi bercuti kan.

Yup, akhirnya kami decide untuk jadi membership vacation SGI.Kalau ikutkan,kami bukanlah kaki travel pi mana-mana tempat best kat Malaysia ni.Tapi ada tawaran lain, yang buat saya dan Incik Suami terbuka pintu hati dan terjebak dengan agenda pemasaran Hotel Swiss Garden ni.haha.

Kami ambil pakej platinium dan bayar RM2000 + untuk menjadi ahli selama 30 tahun.Encik Suami memang orang bisness minded dan tu jugaklah kerjanya, jadi bila orang marketing jumpa orang marketing, macam-macamlah Abang Haji saya ni tanya kat konsultant yang handle kami hari tu.

Kami dah rancang beberapa hal berkaitan dengan pakej SGI Membership yang kami ada ni.Insha Allah, semoga Allah permudahkan urusan dan rancangan kami.

Terima kasih baca entri ini-boleh kongsikan pengalaman anda kalau pernah attend program SGI membership ni.Jadi ahli ke tidak atau anda sudah pun nikmati pelbagai percutian menarik dengan SGI Vacation ni.? Jom kongsikan dengan readers lain.








Post a Comment

2 Comments

  1. as salam
    so far jadi sgi vacation member tu, ok tak? boleh kongsi pengalaman... tq

    ReplyDelete
  2. slm, setakat ini kami baru dua kali pergi bercuti, di swiss garden Kuantan dan Pulau Pangkor.Kemudahan bercuti memang menarik tapi biasanya tarikh yang kami ingin book, sudah penuh.jadi, kami sukar untuk memilih tarikh percutian mengikut kekosongan yang ada.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!